Thursday, March 03, 2016

BANGSAWAN SULTAN TENGAH: SULTAN SARAWAK DAN SULTAN SAMBAS, MAC 2016

Bangsawan Sultan Tengah akan dipentaskan di Kuching pada 4, 5, 6 Mac 2016 atas anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

Wednesday, September 16, 2015

EKSPEDISI CARI MELAYU YANG HILANG (ECMYH) 6 :
NEGERI SANTUBONG, circa 600ES.
Pada 12 September 2015, saya dan sahabat telah menghidupkan semula projek ECMYH6 ke Kampung Santubong yang terletak di antara di kaki Gunung Santubong dan Pantai Pasir Putih. Manuskrip Hikayat Datu Merpati (bukan burung tetapi sempena nama Datu Marpatih dalam Alam Minagkabau) menceritakan bagaimana Datu Merpati mendirikan Negeri Santubong.
Kajian arkeologi oleh beberapa orang sarjana dari UK membuktikan Negeri Santubong telah wujud pada tahun 600ES (Era Sekarang, terjemahan daripada CE Current Era, tidak lagi guna AD). Justeru itu Negeri Santubong adalah sezaman dengan Srivijaya dan Brunei. 
Laporan China pada tahun 1264 mencatatkan nama negeri ini sebagai Sha-Hu-Chung dalam Mandarin yang bererti Lautan Batu Karang (Ocean of Coral Reef) dan bukan Mountan of Wild Boar dalam dialek Hakka. Kemakmuran Negeri Santubong dibuktikan dengan industri besi dan ribuan pecahan tembikar China yang disimpan di Jabatan Muzium Sarawak.
Tamadun Melayu yang awal ini dan juga kemakmurannya telah mengilhamkan lagenda Puteri Santubong, seorang puteri Melayu yang cantik dan gagah. Suku kaum bumiputera lain belum lagi tiba di Borneo pada zaman silam itu.
‪#‎sejarah‬  ‪#‎Sarawak‬ ‪#‎Melayu‬





Wednesday, April 08, 2015

LAMAN BAHARU TELAH SIAP

KAMPUS TELAH SIAP.  Diibaratkan kampus, laman web baharu kami telah siap dibina di sini www.universitimelayu.com.  Kini hanya tinggal pengisian sahaja.  Kami mengundang dosen dan sarjana untuk menjadi tenaga pengajar untuk menabur bakti kepada anak bangsa yang terpinggir di ribuan pulau di Nusantara.  Jadi UMM ini wadah untuk mencapai impian mereka dengan ilmu anda.

SERTAI KAMI SEKARANG!  TABURKAN ILMU ANDA!

Thursday, January 01, 2015

UNIVERSITI MELAYU: ARAH TUJU TAHUN BARU 2015

Happysus, M. Rizwan dan Faisal
Tahun baru 2015 membawa ilham untuk memberi arah baru untuk Universiti Melayu, jika di Indonesia digelar Universitas Melayu.  Banyak yang telah berubah di internet semenjak Univeristi Melayu di maya ini dibina dalam blogspot Google.

Pagi ini, 1.1 2015 saya bersama seorang rakan baru, seorang rakan lama yang baru ditemui semula dan seorang lagi rakan yang bukan baru telah berbincang di Taman Sukma, Samariang, Sarawak.  InsyaAllah Universiti Melayu akan dijenamakan semula dengan kemudahan internet pada masa kini.

Sunday, December 21, 2014

UNIMAS BUKA SEMULA INSTITUT PENGAJIAN ASIA TIMUR (IPAT)

Pada minggu lepas pihak pengurusan UNIMAS telah melantik dekan dan pengarah baharu universiti tersebut yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.  Antara yang disenaraikan adalah Prof. Madya Dr. Shahren Tun Zaidi yang dilantik sebagai Pengarah, IPAT.  Sekaligus bermakna bahawa IPAT yang telah ditutup selama setahun semenjak Prof. Madya Dr. Sanib Said menamatkan kontrak beliau pada akhir tahun 2013, telah dihidupkan semula.  Dalam masa yang sama UNIMAS juga telah membuka semula Institut Rekaan/ Design yang mengalami nasib yang sama kecuali CTC yang nampaknya tidak terdapat dalam senarai tersebut.

Keputusan UNIMAS membuka semula IPAT telah disambut baik oleh mantan pengarah, Prof. Abdul Halim Ali yang sempat ditemubual pada 21 Disember 2014 dan begitu juga Dr. Sanib Said yang berasa lega supaya Kursi Nusantara yang dibiayai oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu akan memainkan peranan yang aktif seperti dahulu.

Saturday, October 19, 2013

PERSIDANGAN ANTARABANGSA KABOKA 7 2013


KONFERENSI ANTAR UNIVERSITI SE BORNEO-KALIMANTAN KE-7 (KABOKA KE-7)

Sukacita dimaklumkan KABOKA 7 2013 telah mendapat sambutan hangat dari peserta dalam dan luar negara. Sehubungan itu, tarikh penghantaran kertas kerja penuh KABOKA 7 2013 dilanjutkan sehingga 30 September 2013. Panduan penyediaan kertas kerja penuh boleh diperolehi di sini. Maklumat lanjut tentang KABOKA Ke-7, boleh diperolehi melalui laman sesawang iniKABOKA 7