Liku-Liku Runcing Sarawak Membentuk Persekutuan Malaysia
Di pertemuan Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik pada garis khatulistiwa terbentang semenanjung dan ribuat pulau-pulau dinamai Arkipelago Melayu. Membina tamadun maritim tersendiri di antara dua tamadun besar, China di sebelah barat dan India di sebelah timur menjadi super-world economy mengeluarkan rempah-ratus yang mencetuskan revolusi perdagangan dunia yang bermula di Eropah ketika itu. Selama ratusan tahun semenjak abad yang pertama irama sejarah Arkipelago bergema dengan keunggulan Srivijaya, Kataha, Majapahit, Brunei dan Melaka menjaga ribuan pulau dan lautan demi kemakmuran perdagangan sejagat.
Mengiringi kapal perdagangan dan para peniaga Eropah ialah kuasa negara-bangsa yangn memulakan penjajahan di seluruh dunia. Pada tahun 1511, Portugal menawan Melaka dan kemudian di Maluku. Pada tahun 1578, menawan Cebu, Luzon dan Visaya. Pada tahun 1641, Belanda pula mengambil Melaka.
Britain pula tiba dan merampas Pulau Pinang pada tahun 1786 dan terus meluaskan penjajahannya Singapura pada tahun 1819 dan Melaka pada tahun 1824. Kemudian mulai 1874, Britain menguasai negeri-negeri Melayu; bermula dengan Perak, Selangor, Pahang, Trengganu, Kedah, Johor, Kelantan dan Perlis dan mengenepikan kuasa raja-raja dan pembesar Melayu.
Di Sarawak muncul pula seorang pemuda Inggeris bernama James Brooke pada tahun 1841. Bermula di Kuching dan kemudian memperluaskan pengaruhnya hingga ke Lawas pada tahun 1905, menjadi negeri Sarawak.
Di timur Borneo sebuah firma, North Borneo Charterd Company, membina jajahannya menjadikan Sabah mulai tahun 1888.
Masyarakat berobah menjadi majmuk dengan hadiran orang India dan China sama ada dibawa kuasa penjajah atau mencari kehidupan baharu di Arkipelago Melayu yang telah bermula semejak abad pertama itu.
Bermula dari perdagangan menjadi penjajahan sehingga kemudian menular menjadi persaingan ideologi demokrasi Barat dan komunisme Soviet Union dan China.
Perang Dunia Kedua tahun 1941 memberi sinar harapan kepada tanah-tanah jajahan Barat untuk melepaskan diri dari cengkaman kolonialisme dan berjuang menuntut kemerdekaan yang telah hilang selama ratusan tahun itu.
Di tengah-tengah kemelut perjuangan kemerdekaan oleh berbagai golongan, muncul seorang anak raja, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang berjiwa rakyat. Beliau berjaya memberi arah-tujuan baharu yang menyakinkan perjuangan menuntut kemerdekaan kepada parti UMNO dan kemudian diterima oleh parti Malaya Chinese Association dan Malaya Indian Association. Dengan watak dan keunggulan kepimpinan yang berjaya menyenangkan semua pihak, termasuk pemerintah penjajah Britain, Persekutuan Tanah Melayu telah meraih kemerdekaan dengan titisan dakwat pena, bukan pertumpahan darah, pada 31 Ogos 1957.
Terserlah gaya kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang dilantik menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu seolah-olah mulai terdengar semula irama sejarah di Arkipelago Melayu mengiringi kelahiran sebuah negara baharu. Walaupun baharu sahaja mencapai kemerdekaan selama tiga tahun, Tunku Abdul Rahmann Putra Al-Haj, menyambung irama sejarah politik dan diplomasi antarabangsa dengan mengumumkan suatu gagasan baharu di antara negeri-negeri Melayu dalam Perseketuan Tanah Melayu dengan negeri-negeri British Borneo, iaitu Sarawak, Brunei dan Sabah pada 27 Mei 1961. Gagasan ini pada mulanya dikenali sebagai Melayu Raya kemudiannya menjadi Malaysia.
Ketika itu persaingan ideologi demokrasi dan komunisme sedang memuncak di seluru dunia. Komunisme semakin berkembang dan popular di bawah kepimpinan Russia dan China di mana mereka telah mula menarik sokongan golong bawahan di mana komunisme China telah berjaya menguasai Vietnam.
Dalam tempoh 23 hari, Sir Harold MacMillan, Pedana Menteri Britain, telah memberi tahu parlimen bahawa cadangan Tunku Abdul Rahman itu baik dan menarik. Pendirian Britain ini telah menjadikan cadangan ini perlumbaan pecut dalam sejarah intergasi politik dunia. Enam hari kemudian, pada 26 Jun 1961 gabenor tanah jajahan British Borneo, iaitu Sarawak, Brunei dan Sabah telah berkumpul di Singapura untuk membincangkan gagasan Malaysia itu.
Pada 9 Julai terdapat dari kalangan pemimpin seperti Ong Kee Hui dari Sarawak, A. M. Azahari dari Brunei dan Donald Stephen dari Sabah yang menubuhkan sebuah United Front. Bagaimanapun mereka hanya merupakan golongan kecil dan bukan suara rakyat di ketiga buah negeri itu.
Semasa persidangan Commonwealth Parliamentary Association di Singapura pada 27 Julai, wakil-wakil Sarawak, Sabah dan Brunei telah menubuhkan sebuah jawatankuasa, Malaysia Solidarity Consultative Committee untuk membincang dengan lebih terperinci mengenai gagasan Malaysia. Sarawak telah diwakili oleh Datu Bandar Abang Mustapa, Temenggong Jugah, Ling Beng Siew dan James Wong Kim Min. Secara umumnya jawatankuasa ini telah berubah dari menentang gagasan Malaysia kepada bagaimana untuk menjayakan secepat mungkin memandangkan ancaman komunis semakin kritikal dengan perang sengit di Vietnam di samping keganasan komunis di dalam negeri Sarawak sendiri. Sehubungan dengan itu ini negeri Sarawak telah mengambil inisiatif membentangkan sebuah Kertas Putih, Malaysia dan Sarawak di Dewan Undangan Negeri dan bersetuju dengan penubuhan Malaysia pada 4 Januari 1962.
Pada 3 Februari 1962, untuk memantapkan lagi persetujuan rakyat Sarawak dan Sabah, sebuah Suruhanjaya Cobold telah dibentuk yang dipengerusikan oleh Lord Cobold yang dianggotai oleh Sir Anthony Abell dan Sir David Watherton sebagai wakil Britain dan Dato Wong Pow Wee dan Encik Ghazali Shafiee sebgai wakil Persekutuan Tanah Melayu. Di Sarawak mereka telah mendengar pandangan rakyat dari semua lapisan masyarakat di 36 pusat, di bandar dan juga luar bandar di mana mereka menyelesaikan tugas ini pada 17 April 1962 dan terbang ke Kota Kinabalu untuk tujuan yang sama. Walaupun mereka mendapat tentangan oleh anasir komunis tetapi akhirnya majoriti rakyat Sarawak bersetuju menyertai penubuhan Malaysia.
Berdasarkan Laporan Cobold, Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan Perdana Menteri Britain pada 1 Ogos 1962, lalu mengumumkan persetujuan mereka bahawa Malaysia akan diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Sebuah jawatankuasa, Inter-Governmental Committee telah ditubuhkan untuk mengkaji pengoperasian Persekutuan Malaysia, khususnya sebuah perlembagaan baharu.
Tentangan dari luar negara dan dalaman dari komunis telah meneguhkan tekad Sarawak dan Sabah untukmempercepatkan pembentukan Malaysia. Ekoran daripada itu, pada 12 September 1962 Dewan Undangan Negeri Sabah telah meluluskan penubuhan Malaysia dan Inter-Governmental Committee. Dewan Undangan Negeri Sarawak pula meluluskan sebulat suara Persekutuan Malaysia.
Dalam pada itu Dewan Perwakilan Philippines suatu resolusi menentang penbuhan Malaysia dan memulakan tuntutan ke atas Sabah pada 24 April 1962. Parti Komunis Indonesia menuduh Malaysia sebagai neo-kolonialisme di Borneo. Ini akan diikuti pemberontakan Parti Rakyat Brunei pada 8 Disember 1962 yang melibatkan beberapa Daerah Bekenenu, Limbang dan Lawas. Perintah darurat telah diisytiharkan di Bahagian Limbang pada 3 Januari 1963 di mana perintah berkurung telah dikuatkuaskan.
Pada 28 Januari 1963, Presiden Philippines, Diosado Macapagal mengumumkan tentangan terhadap penubuhan Malaysia semasa state-of-the-union speech dan selang beberapa hari ikuti oleh pengumuman Meneri Luar Indonesia, Dr. Subadario pada 11 Februari 1963. Keadaan menjadi sangat tegang dan meruncing yang dibimbangkan akan mencetuskan peperangan.
Maka tercetuslah tahap awal konfrontasi pada 12 April 1963 apabila sepasukan askar Indonesia telah menyerang dan menawan Stesyen Polis Tebedu yang dekat dengan sempadan selama seminggu sebelum ditawan semula. Communist Clandestine Organization (CCO) melancarkan kegiaan provokasi seperti menyebarkan risalah komunis dan mengebarkan bendera Parti Komunis Chian. Suasana di Bandar Kuchng berubah menjadi suasana peperangan, ribuan askar Persekutuan Tanah Melayu dan askar Komanwel membanjiri bandar itu. Raungan bunyi jet dan helikopter tentera mengisi ruang udara dan keenderaan tentera menguasai jalan raya.
Dalam keadaan runcing ini Jepun telah mengambil inisiatif membawa Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman; Presiden Philippine, Diosado Macapagal dan Presiden Indonesia, Sukarno ke Tokyo pada 31 Mei 1963 untuk perundingan damai. Indonesia bersetuju menghentikan tenteranya memasuki Sarawak.
Dalam pada itu laporan Inter-Governmental Committee telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 23 Februari dan di Sabah pada 13 Mac. Pilihanraya pula telah dijalankan di mana parti Perikatan yang menang sebagai bukti sokongan dan penerimaan rakyat Sarawak dan Sabah terhadap Malaysia. Ini telah menjadi faktor terkuat untuk menyempurnakan Perjanjian Malaysia yang bersejarah dengan tandatangan pengesahan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Harold MacMillah, Perdana Menteri Britain di London pada 9 Julai 1963. Sarawak telah diwakili oleh Dato Bandar Abang Mustapa, Temenggong Jugah, Abang Haji Openg, Ling Beng Siew dan P.E. H. Pike.
Sepuluh hari kemudian, House of Commons Britain telah meluluskan Malaysia Bill untuk memberikan Sarawak dan Sabah bertaraf berkerajaan sendiri untuk membuat keputusan sendiri. Lanjutan dari pilihran raya yang telah diadakan, maka pada 22 Julai 1963, Stephen Kalong Ningkan, pengerusi parti SNAP dan Perikatan, telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak berserta dengan kabinet pertama yang dianggotai oleh Abdul Taib Mahmud, James Wong, Dustan Endawie, Awang Hipni Pengiran Anu dan Teo Kui Seng.
Tiba-tiba Presiden Indonesia, Sukarno mengumumkan secara rasmi dasar “Ganyang Malaysia”, menandakan konfrontasi bermula, pada 27 Julai 1963 sedangkan tarikh pengisytiharan Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos hanya sebulan sahaja lagi. Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman tanpa mengenal erti menyerah tetap tegas dan berani dan memanggil perundingan di Manila dengan Sukarno dan Diaso Macapagal pada 30 Julai. Setelah berunding selama empat hari hasil yang dicapai diluar dugaan di mana mereka bersetuju mengeluarkan tiga dokumen. Yang pertama ialah Deklarasi Manila di mana mereka bersetuju membentuk sebuah konfederasi MAHPHILINDO, gadungan Malayisa, Phililippines dan Indonesia. Yang kedua ialah Persetujuan Manila di mana ketiga negara akan berkerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Dalam bidang politik ini, Indonesia dan Philippines dengan segera mengusulkan supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan pungutan suara rakyat Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Perseketuan Malaysia. Maka tertubuhlah United Nation Malaysia Mission yang diketuai oleh Lawrence Michelmore. Anasir-anasir komunis di Sarawak membuat bantahan dan tunjuk perasaan di Kuching, Sibu dan Miri.
Bagaimanapun persiapan menyambut hari kemerdekaan terus dirancang. Dan pada 6 Ogos 1963, Menteri Sumber Alam, Yang Berhormat Teo Kui Seng telah dilantik sebagai pengerusi sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Malangnya oleh kerana United Nation Malaysia Mission masih belum menyelesaikan tugasnya maka pada 19 Ogos pihak kerajaan telah menangguhkan pengisytiharaan Malaysia dari 31 Ogos kepada 16 September 1963.
Pada 4 September 1963 dalam Sidang Dewan Undang Negeri Sarawak, Ketua Menteri Encik Stephen Kalong Ningkan telah membentangkan usul Malaysia dan berjaya diluluskan dengan 38 menyokong dan 5 menentang.
Pada 13 September 1963 United Nation Malaysia Mission berjaya menyelesaikan tugas mereka denga membentang laporan rasimi yang mendapati bahawa rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju membetuk Persekutuan Malaysia. Pada hari yang sama Gabenor Sir Alexander Wadell mengumumkan bahawa Yang Dipertuan Agong telah berkenan melantik Datu Abang Hj. Openg Hj. Shapiee sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Temenggong Jugah anak Barieng sebagai Menteri Hal Ehwal Sarawak.
Pada 15 September 1963 tepai jam 12:30 petang Gabenor British, Sir Alexander Waddell secara meninggalkan Astana untuk menaiki kapal yang akan bawa beliau dan sejarah penjajahan pulang ke tempat asal mereka untuk selama-lamanya.
Seluruh rakyat Sarawak menantikan dengan debaran hari kemerdekaan pada kesokan harinya. Kemeriahan dirasakan dengan Pertandingan Bola Sepak Piala Sarawak peringkat akhir melihatkan Kuching menewaskan Miri. Menjelang malam pula diadakan perarakan tanglung dan kereta berhias tetapi telah dibatalkan apabila sebutir bom diletupkan oleh anasir komunis di Open Market, Kuching.
16 September 1963, tarikh yang penuh sejarah dan debaran akhirnya tiba. Hari ini tiada siapa yang dapat menghalang sejarah. Tiada siapa yang dapat menghalang suara rakyat yang mahukan sebuah negara baharu, Persekutuan Malaysia lagi. Seperti kata Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada hari itu:
“The great day we have awaited has come at last – the birth of Malaysia. In a warm spirit of joy and hope ten million people of many races in all the states of Malaya, Singapura, Sarawak and Sabah now join hands in freedom and joy.”
Semangat ini terpancar di Padang Sentral, Kuching di mana kemuncak sambutan kemerdekaan bersama kelahiran Persekutuan Malaysia bagi negeri Sarawak diadakan dengan kemegahan dan kemeriahan ketikia itu. Encik Khir Johari, sebagai wakil Perdana Menteri telah melafaz Pengisytiharan Malaysia dan didampingi oleh Tuan Yang Terutama Datu Haji Abang Openg dan Dato Stepeh Kalong Ningkan serta barisan kabinet pertama sambil disaksikan oleh rakyat yang hadir.