Showing posts with label Pengembaraan. Show all posts
Showing posts with label Pengembaraan. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

Corat-Coret dari Jakarta #1: Kisah Cinta Ustaz

Sejak tahun lalu seluruh Indonesia digemparkan oleh kisah cinta seorang ustaz dari Jawa dengan tiga orang gadis;  pertama seorang perawan bule campuran Turkey dan Jerman, kedua pula siswi beragama Kristian Koptik Mesir dan ketiga seorang bakal ustazah dari Jawa juga.  Akhirnya ustaz ini menikahi dua orang yang pertama itu dan mengecewakan perawan dari tanah airnya sendiri.

Kisah ini diceritakan dalam sebuah novel berjudul, Ayat-Ayat Cinta dan pengarang mudanya bernama Habiburrahman El Shirazy, lulusan Universiti Al Azhar, Mesir.  Novel ini menjadi bestseller dan kemudian dijadikan filem dengan judulnya sama yang juga menjadi filem paling popular.

Kemudian beliau menerbitkan Ketika Cinta Bertasbih.  Kini kata cinta dan agama menjadi satu komoditi karya yang sangat laris dan menjadi ikutan sebagai landasan kreativiti.

Tuesday, July 29, 2008

PENGALAMAN CUTI DI JAKARTA

Akhirnya saya sampai ke Jakarta untuk kali kedua.  Kali ini lebih lama, 5 hari.  Saya tidak kasihan dengan Jakarta dan Indonesia.  Saya kagum.  Saya kagum dengan Monumen Nasional dan Taman Mini Indonesia.  Jakarta rupanya tidak semuanya miskin dan melarat.  Jakarta rupanya tidak teruk sangat macetnya, kesesakan lalulintas. Ada yang sangat kaya. Ada yang sederhana. Dan ada yang miskin.  Ini biasa saya di mana-mana.

Saya sempat ke Pasar Senen.  Di sini memang kasihan.  Lambang kuasa marhaen yang direka gagah dan indah telah terbiar sedangkan di seberang jalan sudah ada mall mewah.  Saya suka buku-buku di sini, khususnya Gunung Agung.

Saya bersama isteri dan anak ke Mangga Dua.  Gedung bersambung penuh wanita yang bertudung membeli-belah.

Saya juga pergi ke Senayan City.  Di sini 99% wanita tidak pakai tudung, maksud bukan sawo matang tapi mudah makan masakan Jawa.  Ini seperti KLCC dan Pavillion di Kuala Lumpur, mall supermewah.

Jadi Jakarta sama saja seperti di bandar lain di Asia.