Pada minggu lepas pihak pengurusan UNIMAS telah melantik dekan dan pengarah baharu universiti tersebut yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2015. Antara yang disenaraikan adalah Prof. Madya Dr. Shahren Tun Zaidi yang dilantik sebagai Pengarah, IPAT. Sekaligus bermakna bahawa IPAT yang telah ditutup selama setahun semenjak Prof. Madya Dr. Sanib Said menamatkan kontrak beliau pada akhir tahun 2013, telah dihidupkan semula. Dalam masa yang sama UNIMAS juga telah membuka semula Institut Rekaan/ Design yang mengalami nasib yang sama kecuali CTC yang nampaknya tidak terdapat dalam senarai tersebut.
Keputusan UNIMAS membuka semula IPAT telah disambut baik oleh mantan pengarah, Prof. Abdul Halim Ali yang sempat ditemubual pada 21 Disember 2014 dan begitu juga Dr. Sanib Said yang berasa lega supaya Kursi Nusantara yang dibiayai oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu akan memainkan peranan yang aktif seperti dahulu.
A Malay Cyber University, an online university since 16 Mac 2007. "MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA!!!", Hang Tuah, Sejarah Melayu. Memberikan ilmu untuk membela agama, bangsa dan tanahair demi kelangsungan tamadun Melayu. Sebuah universiti di Nusantara untuk Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Thailand, Philippines, Sri Lanka,Madagascar. Juga Universitas Nusantara.
Showing posts with label UNIMAS. Show all posts
Showing posts with label UNIMAS. Show all posts
Sunday, December 21, 2014
Saturday, October 19, 2013
PERSIDANGAN ANTARABANGSA KABOKA 7 2013

KONFERENSI ANTAR UNIVERSITI SE BORNEO-KALIMANTAN KE-7 (KABOKA KE-7)
Sukacita dimaklumkan KABOKA 7 2013 telah mendapat sambutan hangat dari peserta dalam dan luar negara. Sehubungan itu, tarikh penghantaran kertas kerja penuh KABOKA 7 2013 dilanjutkan sehingga 30 September 2013. Panduan penyediaan kertas kerja penuh boleh diperolehi di sini. Maklumat lanjut tentang KABOKA Ke-7, boleh diperolehi melalui laman sesawang ini. KABOKA 7
Labels:
Borneo,
Institut Pengajian Asia Timur,
KABOKA,
Kalimantan,
PERSIDANGAN,
UNIMAS
Subscribe to:
Posts (Atom)