EKSPEDISI CARI MELAYU YANG HILANG (ECMYH) 6 :
NEGERI SANTUBONG, circa 600ES.
Pada 12 September 2015, saya dan sahabat telah menghidupkan semula projek ECMYH6 ke Kampung Santubong yang terletak di antara di kaki Gunung Santubong dan Pantai Pasir Putih. Manuskrip Hikayat Datu Merpati (bukan burung tetapi sempena nama Datu Marpatih dalam Alam Minagkabau) menceritakan bagaimana Datu Merpati mendirikan Negeri Santubong.
Kajian arkeologi oleh beberapa orang sarjana dari UK membuktikan Negeri Santubong telah wujud pada tahun 600ES (Era Sekarang, terjemahan daripada CE Current Era, tidak lagi guna AD). Justeru itu Negeri Santubong adalah sezaman dengan Srivijaya dan Brunei.
Laporan China pada tahun 1264 mencatatkan nama negeri ini sebagai Sha-Hu-Chung dalam Mandarin yang bererti Lautan Batu Karang (Ocean of Coral Reef) dan bukan Mountan of Wild Boar dalam dialek Hakka. Kemakmuran Negeri Santubong dibuktikan dengan industri besi dan ribuan pecahan tembikar China yang disimpan di Jabatan Muzium Sarawak.
Tamadun Melayu yang awal ini dan juga kemakmurannya telah mengilhamkan lagenda Puteri Santubong, seorang puteri Melayu yang cantik dan gagah. Suku kaum bumiputera lain belum lagi tiba di Borneo pada zaman silam itu.
#sejarah #Sarawak #Melayu
#sejarah #Sarawak #Melayu