Skip to main content

Posts

Cebisan Catatan DULI PENGIRAN MUDA HASHIM Raja Muda Hashim ialah seorang tokoh yang terkenal dalam sejarah Sarawak.  Nama penuh beliau, seperti yang ditulis dalam perjanjian 1841, ialah Duli Pengiran Muda Hashim ibn Sultan Muhamad Kanzul Alam yang memerintah Kesultanan Brunei dari tahun 1807 hingga 1826 sementara bonda beliau bernama Pengiran Anak Salama @ Salmah binti Pengiran Seri Rama. Isteri beliau pula bernama Pengiran Babu Norsalam binti Pengiran Shahbandar Ali Saifudin. Memandangkan ketika itu Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852) masih belum dewasa, maka Duli Pengiran Muda Hashim telah memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kesultanan Brunei mulai tahun 1828. Tidak berapa lama selepas itu satu peristiwa penting telah meletus di Negeri Sarawak berupa satu pemberontakan yang dipimpin oleh Datu Patinggi Ali, seorang pemimpin bangsawan Melayu Sarawak keturunan Datu’ Marapati.  Pemberontakan ini merupakan bantahan penduduk ke atas tindakan Pengiran Indera ...
 It's been a very long time since I surfed my own blog.  I have moved to Wordpress with several blog.  After all these years, I could not believe I have written some beautiful pieces.

BANGSAWAN SULTAN TENGAH: SULTAN SARAWAK DAN SULTAN SAMBAS, MAC 2016

Bangsawan Sultan Tengah akan dipentaskan di Kuching pada 4, 5, 6 Mac 2016 atas anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.
EKSPEDISI CARI MELAYU YANG HILANG (ECMYH) 6 : NEGERI SANTUBONG, circa 600ES. Pada 12 September 2015, saya dan sahabat telah menghidupkan semula projek ECMYH6 ke Kampung Santubong yang terletak di antara di kaki Gunung Santubong dan Pantai Pasir Putih. Manuskrip Hikayat Datu Merpati (bukan burung tetapi sempena nama Datu Marpatih dalam Alam Minagkabau) menceritakan bagaimana Datu Merpati mendirikan Negeri Santubong. Kajian arkeologi oleh beberapa orang sarjana dari UK membukt ikan Negeri Santubong telah wujud pada tahun 600ES (Era Sekarang, terjemahan daripada CE Current Era, tidak lagi guna AD). Justeru itu Negeri Santubong adalah sezaman dengan Srivijaya dan Brunei.  Laporan China pada tahun 1264 mencatatkan nama negeri ini sebagai Sha-Hu-Chung dalam Mandarin yang bererti Lautan Batu Karang (Ocean of Coral Reef) dan bukan Mountan of Wild Boar dalam dialek Hakka. Kemakmuran Negeri Santubong dibuktikan dengan industri besi dan ribuan pecahan tembikar China yang disimpan di...

LAMAN BAHARU TELAH SIAP

KAMPUS TELAH SIAP.  Diibaratkan kampus, laman web baharu kami telah siap dibina di sini  www.universitimelayu.com .  Kini hanya tinggal pengisian sahaja.  Kami mengundang dosen dan sarjana untuk menjadi tenaga pengajar untuk menabur bakti kepada anak bangsa yang terpinggir di ribuan pulau di Nusantara.  Jadi UMM ini wadah untuk mencapai impian mereka dengan ilmu anda. SERTAI KAMI SEKARANG!  TABURKAN ILMU ANDA!

UNIVERSITI MELAYU: ARAH TUJU TAHUN BARU 2015

Happysus, M. Rizwan dan Faisal Tahun baru 2015 membawa ilham untuk memberi arah baru untuk Universiti Melayu, jika di Indonesia digelar Universitas Melayu.  Banyak yang telah berubah di internet semenjak Univeristi Melayu di maya ini dibina dalam blogspot Google. Pagi ini, 1.1 2015 saya bersama seorang rakan baru, seorang rakan lama yang baru ditemui semula dan seorang lagi rakan yang bukan baru telah berbincang di Taman Sukma, Samariang, Sarawak.  InsyaAllah Universiti Melayu akan dijenamakan semula dengan kemudahan internet pada masa kini.

UNIMAS BUKA SEMULA INSTITUT PENGAJIAN ASIA TIMUR (IPAT)

Pada minggu lepas pihak pengurusan UNIMAS telah melantik dekan dan pengarah baharu universiti tersebut yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2015.  Antara yang disenaraikan adalah Prof. Madya Dr. Shahren Tun Zaidi yang dilantik sebagai Pengarah, IPAT.  Sekaligus bermakna bahawa IPAT yang telah ditutup selama setahun semenjak Prof. Madya Dr. Sanib Said menamatkan kontrak beliau pada akhir tahun 2013, telah dihidupkan semula.  Dalam masa yang sama UNIMAS juga telah membuka semula Institut Rekaan/ Design yang mengalami nasib yang sama kecuali CTC yang nampaknya tidak terdapat dalam senarai tersebut. Keputusan UNIMAS membuka semula IPAT telah disambut baik oleh mantan pengarah, Prof. Abdul Halim Ali yang sempat ditemubual pada 21 Disember 2014 dan begitu juga Dr. Sanib Said yang berasa lega supaya Kursi Nusantara yang dibiayai oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu akan memainkan peranan yang aktif seperti dahulu.

PERSIDANGAN ANTARABANGSA KABOKA 7 2013

KONFERENSI ANTAR UNIVERSITI SE BORNEO-KALIMANTAN KE-7 (KABOKA KE-7) Sukacita dimaklumkan KABOKA 7 2013 telah mendapat sambutan hangat dari peserta dalam dan luar negara.  Sehubungan itu,  tarikh penghantaran kertas kerja penuh  KABOKA 7 2013 dilanjutkan sehingga  30 September 2013 . Panduan penyediaan kertas kerja penuh boleh diperolehi  di sini . Maklumat lanjut tentang KABOKA Ke-7, boleh diperolehi melalui  laman sesawang ini .  KABOKA 7

JOB FOR SCHOLARS

www.ieas.unimas.my

Program PhD, Bantuan kewangan disediakan

Permohonan adalah dipelawa untuk ijazah PhD dari Nusantara yang berkelayakan.  Pembiayaan akan disediakan.  Keterangan lanjut adalah seperti di bawah ini: 1. PhD studies on Plant-Wildlife-Human Evolutionary Association:  The Department of Zoology with USM colleagues are keen to work on the Plant-Wildlife-Human Evolutionary Association (e.g. dispersal patterns) in the Sunda Shelf region by using selected molecular markers. Candidates will register in UNIMAS with GRA stipend. 2. PhD Candidates in Small Carnivores: Candidates in molecular ecology and population ecology to conduct research in Ulu Baram river basin, Sarawak, Malaysia (at least 12 months of field work) and will register in UNIMAS with GRA stipend.  Mereka yang berminat sila nyatakan dalam komen.

Hang Tuah In History

Received emails from friends attaching someone called Monkey who made fun of Hang Tuah.  Here is my reply.  This is no monkey business, leave it to the historians to debate. Some newspapers carried an interview with Tan Sri Professor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim who rejected Hang Tuah as a historical figure fit to be a Malaysian hero.  His view was disputed by Datuk Professor Emeritus Dr. Nik Hassan, an archaeologist and Kassim Ahmad, a literary intellectual who studied the text.  In the same vein, V. Braginsky, a Russian Malay literary scholar and Leonard Andaya, a renown American historian, many years ago believed in the historicity of Hang Tuah. With due respect, Prof. Khoo Kay Kim is from an old Rankean school of history that could see only easy to read and easy to see facts, and only hard facts, especially, as he mentioned, those western and Chinese sources. To be fair and objective historians must also refer to other sources, such as the Ma...

In Search of Sarawak's Lost Kingdoms Pt. 1: Negeri Saribas

25 Disember 2011, di Batang Saribas, Bahagian Betong, ke bekas tapak kota Negeri Saribas di Ulu Sungai Padeh.  Sebenarnya sebelum kedatangan Brooke, orang Melayu telah berkampung di kawasan hulu Padeh, Layar dan Paku.  Brooke menlabelkan kawasan ini sebagai sarang lanun pada sejak mengambil Sarawak pada tahun 1841.  Di bawah ialah makam Dato' Kadir di sebuah tanjung antara Sungai Padeh dan Sungai Layar.

Sejarah Sarawak

Sarawak Sebelum Brunei dan Brooke:   5 Negeri Melayu Yang Hilang Prof. Madya Datu Hj. Sanib bin Hj. Said Felo Kanan Kursi Nusantara, Institut Pengajian Asia Timur   Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak ©Sanib bin Said 2011 Pengenalan Sejak membaca sumber bumiputera 36 tahun dahulu melihatkan ketegasan tentang kesejarahan negeri bernama Sarawak, Samarahan, Sadong, Kalaka, Saribas, Brunei, Kutei dan negeri-negeri lain sebelum 1400ES sentiasa berlegar dalam benak sehingga saat ini.   Sifat kesejarahan Rankean itu masih menjadi pegangan utama walaupun perubahan juga telah diterima, di samping terdapat desakan pasca-modenisme pada masa sekarang.   Begitu lama pencarian the lost kingdoms and tribes dan berlumba dengan masa [1] tetapi penantian yang lama, seperti melihat sejarah secara longue duree , telah membawa hasil yang lumayan. Dalam usaha merekonstruksi naratif sejarah awal Malaysia berbagai masalah pensejarahan pasti akan...