Skip to main content

Posts

KONFERENSI ANTARUNIVERSITI SE BORNEO-KALIMANTAN KE-4

Salam sejahtera, Terlebih dahulu saya bagi pihak sekretariat mengucapkan jutaan terima kasihatas dukungan yang telah diberikan kepada konferensi kami pada tahun-tahun lepas dengan jayanya. Sehubungan dengan itu pihak Institut Pengajian Asia Timur (IPAT) dan Fakulti Sains Sosial (FSS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), FakultasIlmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Tanjungpura (UNTAN), Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Lambung Mangkurat (UNLAM) dan Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan, Universitas Mulawarman (UNMUL) telah berhasrat akan mengadakan Konferensi Antaruniversiti Se Borneo KalimantanKe 4 dengan bertemakan Transformasi Sosial Masyarakat Pedesaan dan Pesisir Borneo-Kalimantan: Isu-isunya. Konferensi ke 4 ini akan diadakan pada 24-25 Jun, 2008 di Samarinda, Kalimantan Timur. Berikut adalah isu khusus yang berkaitan: Menciptakan kembali ( reinventing) governance pedesaan. Isu pendidikan di pedesaan/pesisiran-perspektif sejarah atau/dan kontemporari. De...

SALAM ADIL ADHA TAHUN INI: PENYEMBELIHAN APA?

Saya banyak menerima SMS salam aidil adha semalam dan malam tadi dari sahabat handai dan juga mereka yang saya tidak kenali. Satu SMS yang berbeza dan tidak pernah saya terima selama 50 tahun adalah seperti ini; "BERITA TERKINI...Bukan Hindraf saja yang rela berkorban. Umat Islam diminta berkumpul di setiap masjid pada pagi 20 Disember 2007 dengan membawa parang, kapak, pisau, lembing, pedang, badik, keris. Selepas solat kita akan membuat penyembelihan beramai-ramai sehari suntuk ribuan lembu, sapi, kambing sempena hari raya korban tahun ini. Selamat menyambut aidiladha dan selamat menyempurnakan korban. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah hilhamd." Saya pada mulanya tersentak juga dibuatnya apabila menerima SMS pertama pada petang semalam. Selepas itu di sebelah malamnya SMS seperti ini menghujani telefon saya. Bagaimanapun saya ucapkan Selamat Aidil Adha kepada para pengunjung dan selamat berjuang dan berkorban.

SIAPA TERMISKIN: MELAYU ATAU INDIA?

Nation Tuesday December 11, 2007MYT 7:20:29 PM UNDP: Bumiputras the poorest KUALA LUMPUR: The indigenous groups from Sabah and Sarawak are among the poorest people in the country. United Nations Development Programme (UNDP) resident representative Dr Richard Leete said the indigenous groups, who were bumiputras, and also those from the east coast states like Kelantan and Terengganu were the poorest in the country. "The most intense poverty is not among the Indians but the indigenous groups in Sabah, Sarawak and those who live in the east coast states," he said at a press conference in conjunction with the International Poverty Conference here today. He said Malaysia had successfully reduced the poverty rate from 49.3% in the 1970s to only 5.7% in 2004. He added that 93% of the people living in poverty in Malaysia were bumiputras. In 2004, the poverty rate among the bumiputras was 8.3% while it was 2.9% for Indians and 0.6% for the Chinese. (Petikan dari New Strait Times, 13 ...

MELAYU MARAH HINDRAF: Orang India Tak Kenang Budi

MELAYU MARAH Tindakan HINDRAF menganjurkan demonstrasi haram pada Ahad lalu telah mencetuskan kemarahan rakyat Melayu. Tuntutan mereka yang hendak disampaikan kepada Queen di London dilihat sesuatu yang tidak masuk akal. Rakan saya menyatakan kepada saya semalam tuntutan orang India itu tidak masuk akal kerana tiada paksaan dan di samping itu mereka telah menjadi warganegara Malaysia. Kalaulah mereka mahu pulang semula ke India sepatutnya pemimpin mereka dahulu setuju dengan tuntutan orang Melayu supaya orang India dipulangkan ke negara asal mereka. Salahkan pemimpin mereka yang mahu ikut merdeka dalam Tanah Melayu pada tahun 1957. Jangan salahkan UMNO dan orang Melayu dan jangan salahkan Queen. Bacalah sejarah negara sendiri, kenalilah negara sendiri. Hingga sekarangpun ramai orang India dari India mencari makan di Malaysia sebagai pendatang haram. Tindakan yang tidak masuk akal dan buta sejarah dan di samping menuduh UMNO dan orang Melayu menindas orang India mencetuskan kemara...

Seminar Sejarah di Brunei Darussalam

SASTERA RAKYAT DI SARAWAK: PERANAN MUZIUM SARAWAK Hj. Sanib bin Hj. Said Jabatan Muzium Sarawak Kertaskerja untuk Seminar Sejarah, Pusat Sejarah Brunei Darussalam Pendahuluan Sebagai kebiasaannya kita harus bermula daripada yang asas sebelum meneroka lebih jauh lagi. Kita harus bermula dengan definisi terlebihi dahulu. Setelah merujuk kepada banyak sumber satu persoalan timbul sama ada wujud apa yang kita panggil sebagai sastera rakyat. Oleh kerana kita sering mencari ilham dari Barat yang kini menerajui tamadun manusia, mungkin kita telah menterjemahkan folklores kepada sastera rakyat. Mungkin juga kita cuba bermaksud oral tradition yang sering kita terjemahkan tradisi lisan dan mungkin juga dari oral history yang kita jadikan sejarah lisan. Jika maksud kita sastera rakyat itu maka kita mengambil definisi folklores. Satu ketika ertinya ialah cerita dari “illiterate, rural, backward peasants”. Konsep ini dikatakan selari dengan teori evolusi Darwin di mana tamadun manusia itu se...

DATO HJ MOHAMAD ARRIFFIN KEMBALI KE RAHMATULLAH AL FATIHAH

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali . Dato Hj. Mohamad Taha Ariffin, mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan seorang budayawan terkenal, telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira jam 1200 tengahari pada 24 November 2007. Beliau mengidap kanser kolon sejak dua tahun yang lalu. Marilah kita sedekahkan AlFatihah kepada beliau dan doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Selain terkenal sebagai seorang tokoh pegawai perkhidmatan awam dan tokoh sukan beliau juga adalah tokoh budaya dan seni negeri Sarawak. Bermula sebagai pelakon bangsawan kampungan pada tahun 1960an beliau kemudian menjadi pemimpin kebudayaan dan kesenian ketika bertugas sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Sosial dari tahun 1988 hingga 1996. Beliau berfikiran besar dan kualiti tinggi dalam berbagai persembahan. Dalam hubungan ini beliau banyak membantu para pengiat seni dan budaya Sarawak. Pada hari raya kedua saya dan keluarga berkesempatan menziarahi beliau dan keluarga di Hops...

CORRIDOR: LORONG MELAYU KELIRU

Beberapa hari ini PM dan para pemimpin Melayu sibuk dengan NECER dan ECER. Dulu sibuk di Johor dengan SECER dan jadi ... dah lupa kerana sering ditukar dan keliru. Dari segi bahasa NECER dan ECER bukan Bahasa Melayu, seperti juga UMNO, FELDA, FELCRA, MSC dan banyak lagi. Bukan apa, kita marah orang bangsa lain jika tidak menggunakan Bahasa Melayu sehingga mempersoalkan kesetiaan dan kewarganegaraan mereka, khususnya orang Cina Malaysia. Maka dengan adanya ECER, NECER dan yang lain itu saya sebagai orang Melayu berasa keliru dan malu. Umpama berludah ke langit atau menempuk dari di dulang. Di mana silapnya? Di pejabat perancang? Dalam mesyuarat perancang yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris? Banyak bijak pandai Melayu yang lebih pandai Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya dalam bahasa percakapan saja. Dan para pemimpin kita yang mengembar-gemburkan singkatan ini dalam ucapan mereka. Media Melayu seperti Utusan Malaysia pada hari ini dan yang lain-lain. Saya bimbang orang kampung dan ...