Thursday, May 29, 2008

SUMPAH SULTAN ALI: DULU SINGAPURA, SEKARANG BATU PUTIH, AKAN DATANG WPI?

Melayu putih mata lagi apabila IJC memutuskan bahawa Pulau Batu Putih diberikan kepada Singapura.  Kita tidak begitu teliti dalam menjalankan tugas.  Kita lihat orang China bila berurusan dengan British mengenai Hongkong hanya dipajakan selama 100 tahun begitu juga Portugis dengan Macau.
Kes Kesultanan Brunei dan Riau-Lingga-Johor bila berurusan dengan British telah menyatakan selagi ada bulan dan bintang.  Maksudnya selama-lamanya.  Begitulah kita kehilangan Singapura kepada British apabila Sultan Ali dan Raffles membuat kontrak.  Kenapa British kejam sangat?

Seorang blogger berbangsa Cina mengatakan bahawa British telah memulangkan Singapura seperti juga halnya dengan Hongkong dan Macau.  Betulkah dan bila?  Kata beliau apabila Singapura masuk Malaysia pada tahun 1963.  Tersentak saya dibuatnya.  Ya, memang betul, itulah peluang keemasan mengambil balik Singapura ketika dalam Malaysia.  Tetapi Lee Kuan Yew nampaknya lebih handal apabila bermain politik Malaysian Malaysia sehingga Tunku terpaksa, dengan sebak di dada, air mata berlinang, melepaskan semula Singapura pada tahun 1965.

Dengan itu dalam sejarah duka ini Singapura yang terlepas kini selamanya kini dapat pulau sebuah pulau lagi.  Dalam akhbar beberapa hari ini beberapa tokoh melahirkan kebimbangan dengan Wilayah Pembangunan Iskandar yang terbuka untuk sesiapa saja.  Harapan kita jangan pisang berbuah tiga kali lagi.  Wallau alam.

Tuesday, May 20, 2008

TUN DR. MAHATHIR TINGGALKAN UMNO: MUSLIHAT LAMA?

Nampaknya perpecahan bangsa Melayu semakin parah dengan keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO semalam.  Ini bukan kali pertama beliau meninggalkan UMNO.  Beliau pernah melakukan perkara serupa pada tahun 1969.  Baiknya beliau tidak menubuhkan parti baru.  UMNO pasti telah sebati dengan beliau sejak menyertainya pada tahun penubuhan parti bangsa Melayu yang unggul in.  Setiap kali keluar, beliau pasti kembali dengan lebih gagah lagi.

Dalam berita BERNAMA beliau dilaporkan meninggalkan parti ini bersama kawan lama dan setiana, Tan Sri Sanusi Junid.  Alasan beliau ialah mengenai kepimpinan Pak Lah.  Beliau juga yang pilih Pak Lah.

Tetapi adakah ini akan berulang sekali lagi?  Mungkinkah usia tidak lagi membantu beliau.

Monday, May 05, 2008

IKRAR PERJUANGAN MELAYU

Barisan Jawatankuasa Pengelola membaca Resolusi Kongres
Para peserta kongres asyik mendengar pembacaan resolusi dan rukun perjuangan.  Kemudian bersama membaca Ikrar.

Bismillahirrahmannirahiim
Bahawa kami, seluruh bangsa Melayu berikrar akan menguatkan iman, meneguhkan tekad dan menggunakan pendekatan strategik untuk mencapai matlamat Kedaulatan Melayu Paksi Kewujudan Bangsa;

Kami berikrar mendukung Rukun Perjuangan Melayu sebagai piagam perjuangan dan pegangan berterusan lagi kekal abadi untuk seluruh umat Melayu;
Kami berikrar mendukung penubuhan sebuah sekretariat tetap yang dinamakan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM)

MALAYSIA MESTI BERPAKSI MELAYU

PIAGAM KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU










MUKADIMAH

Kewujudan Bangsa dan Persekutuan Malaysia adalah berpaksi dan berteraskan Kedaulatan Melayu, bermaksud kuasa pemerintah dan pembentukan negara yang berkesinambungan, bersendikan proses sejarah yang panjang, mempunyai tradisi yang berterusan dan segala persetiaan yang menjalin perhubungan di antara kerajaan dan rakyat Melayu.

RUKUN PERJUANGAN MELAYU

Persekutuan Malaysia sebagai negara berdaualat adalah natijah kesinambungan sejarah, tradisi dan persetiaan bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.  Demi kedaulatan dan keutuhan negara dan bangsa maka dimaktubkan prinsip-prinsip berikut;

1.      Menjunjung kedaulatan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai undang-undang muktamad dan sahih tentang kewujudan bangsa dan Persekutuan Malaysia;

2.      Mempertahankan kemuliaan dan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan dan segala natijahnya dalam kewujudan bangsa dan Negara;

3.       Menjaga, memelihara dan mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu dan kedaulatannya sebagai tonggak kewujudan Persekutuan Malaysia;

4.     Mempertahankan sistem politik Negara yang berlandaskan raja berpelembagaan, pemerintahan berlandaskan demokrasi serta kedaulatan negera;

5.      Menjunjung kedaulatan undang-undang sebagai landasan keadilan, pentadbiran dan pertahanan demi kesjahteraan bangsa dan Negara;

6.     Memperjuangkan prinsip kesaksamaan pengagihan, penyertaan dan pemilikan kekayaan ekonomi negera berlandaskan peruntukan undang-undang;

7.      Memastikan kewujudan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk kewarganegaraan yang taat setia sepenuhnya kepada bangsa dan negera;

8.      Menegaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang berfungsi sebagai saluran komunikasi untuk menyatupadukan seluruh rakyat dan sebagai wahana keilmuan untuk memartabatkan peradapan Malaysia;

9.      Membina kebudayaan dan kesenian kebangsaan berteraskan unsur-unsur kepribumian dan penyesuaian unsur-unsur kebudayaan lain.

Rukun Perjuangan Melayu ini adalah piagam perjuangan dan pegangan berterusan lagi kekal abadi untuk seluruh umat Melayu.

Wabilahitaufik Walhidayah

Termaktub di Johor Bahru pada 27 Rabiulakhir 1429H bersamaan 4 Mei 2008 M

Sunday, May 04, 2008

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU: MENDAULATKAN PERLEMBAGAAN


Hampir 2000 orang Melayu telah menghadiri Kongres Permuafakatan Melayu yang berlangsung dari 2 hingga 4 Mei di Johor Bahru.  Mereka adalah wakil dari 195 buah pertubuhan Melayu dari seluruh negara yang dianjurkan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).  Perasmian kongres ini menampilkan Ketua 1 GAPENA,  Tan Sri Professor Emeritus (Dr.) Ismail Hussein yang juga tokoh aktivis Melayu yang ulung.

Ismail berkata jika bangsa Melayu tidak berbuat apa-apa terhadap keadaan yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 maka bangsa ini adalah bangsa dungu dan malas berfikir.

Sebelum itu empat buah kertas kerja telah dibentangkan sepanjang petang hari Jumaat seperti berikut: 1) "Kedaulatan Politik Melayu" oleh Dr. Mohamad Agus Yusoff; 2)  "Kedaulatan Perlembagaan Malaysia" oleh Tan Sri Abdul Rahman Aziz; 3)  "Kedaulatan Ekonomi Melayu" oleh Tan Sri Dato Muhamad Ali Hashim dan 4) "Kedaulatan Agama, Kebudayaan dan Pendidikan Melayu" oleh Datuk Dr. Zainal Kling.

Secara umumnya hampir semua kertas kerja berlandaskan Perlembagaan Malaysia.  Kongres menuntut Kerajaan, parti politik dan warganegara Malaysia menjunjung perlembagaan sebagai undang-undang utama negara Malaysia.  Dalam hal ini maka semua pihak wajib menghormati, mematuhi dan melaksanakan hak-hak Melayu yang telah dipersetujui oleh semua kaum dan warganegara dan diluluskan oleh Parlimen.  Duli Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dengan kuasa-kuasa yang ada dalam Perlembagaan harus dijunjung dan dihormati.  Ketuanan dan kedaulatan Melayu dalam Perkara 152 mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi mestilah laksanakan dalam dasar dan peraturan sistem pelajaran dan pendidikan.  Perkara 153 mengenai Keistimewaan Melayu dan Bumiputera mestilah dipatuhi dan dilaksanakan seperti dalam Dasar Ekonomi Baru.

Kedaulatan Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa Melayu dan  Bumiputeraseperti dalam Perlembagaan Malaysia tidak boleh dipersoalkan lagi. Mereka yang memperlekeh dan mempersoalkan semua ini mesti menerima padahnya dari segi undang-undang negara.

Kongres ini akan mendesak Kerajaan untuk mengambil tindakan sewajarnya.  Desakan akan dibuat sehingga Perlembagaan Malaysia diperkasakan termasuklah menubuhkan sebuah badan yang akan melakukan ini supaya kedaulatan dan ketuanan Melayu berada di tempat yang sepatutnya dalam negara-bangsa yang berpaksikan bangsa Melayu.  Para perwakilan telah mencurahkan buah fikiran dan emosi dalam berbagai cara termasuklah berpantun, bergurinfam dan berpuisi.

Hampir semua perwakilan berasa kecewa dengan pemimpin dan parti politik Melayu yang dikatakan tidak mahu mendengar rintihan dan buah fikiran para cendiakawan, penjaja, ahli perniagaan berbeza dengan pemimpin dan parti politik kaum lain.  Satu daripada sifat kepimpinan yang terpuji adalah bersedia untuk mendengar.

Kongres akan diteruskan pada 4 Mei dengan pembentangan resolusi-resolusi.





Thursday, May 01, 2008

MUSIM GILA BLOG

Hari ini Tun Dr. Mahathier melancarkan blognya, www.chedet.com.  Nama timang-timangan beliau dan juga nama pena beliau terawal.  Pelancaran itu mendapat perhatian dunia dan sehingga malam ini lebih 30 ribu pelayar maya telah singgah.

Esok akan bermula Kongress Permuafakatan Melayu di Johor Bahru.  Kita nantikan apa yang akan dibahaskan dan apa yang akan terjadi.  Kita tunggu bersama.