Nampaknya perpecahan bangsa Melayu semakin parah dengan keputusan Tun Dr. Mahathir meninggalkan UMNO semalam. Ini bukan kali pertama beliau meninggalkan UMNO. Beliau pernah melakukan perkara serupa pada tahun 1969. Baiknya beliau tidak menubuhkan parti baru. UMNO pasti telah sebati dengan beliau sejak menyertainya pada tahun penubuhan parti bangsa Melayu yang unggul in. Setiap kali keluar, beliau pasti kembali dengan lebih gagah lagi.
Dalam berita BERNAMA beliau dilaporkan meninggalkan parti ini bersama kawan lama dan setiana, Tan Sri Sanusi Junid. Alasan beliau ialah mengenai kepimpinan Pak Lah. Beliau juga yang pilih Pak Lah.
Tetapi adakah ini akan berulang sekali lagi? Mungkinkah usia tidak lagi membantu beliau.
No comments:
Post a Comment