Malang dan sedih sekali rupanya PRU 12 sehingga kini belum selesai. Anwar Ibrahim, asalnya ABIM, Ketua Pemuda UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan dikatakan pemimpin de facto PKR, masih tidak mengaku kalah. Beliau berterusan cuba membentuk kerajaan dengan cara menggalakkan ahli parlimen dari BN melompat ke pihak beliau dan mensasarkan 16 September 2008 menerima ramai pelompat politik dari Sabah dan Sarawak.
Tidakkah seeloknya, sesopannya, PRU seperti pertandingan bola sepak, katakan seperti Euro 2008 yang sedang rancak ke peringkat akhir minggu ini. Apabila Euro 2008 selesai maka pertandingan itu tamat tidak kira siapa yang menang dan kalah. Setiap pasukan telah diberi masa berlatih dan bersiap untuk bertanding. 90 minit diberi untuk perlawanan untuk menentukan menang-kalah. Gergasi bola sepak seperti France, England dan Portugal telah akur dengan kekalahan dan pulang serta tunggu lagi 2 tahun.
Sepatutnya Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir tunggu dan bersedia untuk PRU 13 dan menerima Pak Lah dengan BN sebagai juara PRU 12. Tak patut sibuk menentang Pak Lah. Rakyat telah mengundi BN dan Pak Lah secara mengikut cara memilih Dr. Mahathir dan Anwar dulu, maka adalah bermaruah dan demokratik untuk concede saja untuk Pak Lah.
Kenapa dalam hal ini para aktivis, politikus, blog, akhbar internet tidak ikut cara USA yang kita agung-agungkan; apabila pilihan raya tamat yang menang patut direstui sebagai keputusan rakyat. Kita harus hormati keputusan rakyat bukan ikut telunjuk Pakatan Rakyat.
Rakyat mahu keamanan, ketenteraman bukan kekecohan dan seperti ada pilihan raya lagi. Rakyat bosan hidup dalam suasana pilihan raya yang seperti tidak tamat. Rakyat biasa bimbang negara yang disayangi ini menuju kehancuran.
No comments:
Post a Comment