Saturday, August 30, 2008

MERDEKA!!!

Permatang Pauh: Akhirnya PRU 12 Berakhir?

Rakyat berasa lega apabila pilihan raya kecil Permatang Pauh bermula dan berakhir tanpa rusuhan.  Inilah demokrasi Malaysia, antara terbaik di dunia.  Walau sesengit manapun kempen pilihan raya, rakyat Malaysia dan polis senantiasa berjaya menjamin proses demokrasi berjalan dengan baik.  Tidak ada keganasan dan kematian terjadi yang mengemparkan.

Rakyat di Permatang Pauh juga telah memilih Anwar Ibrahim sebagai pemenang menewaskan calon UMNO.  Dan Anwar telah mengangkah sumpah menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya telah dipilih oleh PKR menjadi Ketua Pembangkang.  Kejayaaan bagi Anwar secara peribadi. Tahniah!

Tiada siapa harus bising lagi tentang PRU 12.  Anwar menang di Permatang Pauh, PKR menang di 5 buah negeri yang kaya dan UMNO juga menang di 5 buah negeri yang lain.  Di peringkat pusat UMNO dan BN yang menang dengan majoriti yang kukuh dan dari segi demokrasi mendapat mandat rakyat memerintah Perseketuan Malaysia selama 5 tahun.  Maka rakyat pula ada hak menuntut mereka yang menang mentadbir negeri dan negara dengan baik, aman, tenteram dan terus membangun.  PRU 12 semua parti politik menang, jadi dalam merayakan Merdeka ini semua kembali bersatu untuk Malaysia.  MERDEKA!!!

Thursday, August 28, 2008

PKR: Tunggang Menunggangi

Dalam percaturan politik, tunggang menunggangi adalah suatu strategi yang tidak asing dan bukan luar biasa.  Suatu ketika dulu, Lee Kuan Yew menunggangi orang-orang sosialis dan komunis untuk mendapatkan kuasa di Singapura.  Dalam masa yang sama sosialis dan komunis juga menunggangi Lee Kuan Yew.  Tetapi strategi ini ada risikonya; senjata makan tuan dan kawan boleh jadi lawan.

PKR mungkin juga sedang dalam tempoh tunggang menunggangi di kalangan Keadilan, PAS dan DAP.  Kata orang PKR ini sebagai unholy alliance dan strange bedfellows.  Para pemimpin mereka mesti handal dalam pencak silat politik putar alam.  Anwar Ibrahim dalam keadaan demikian seperti Kuan Yew pada masa dulu setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam.

Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh: Bukan Perlawanan Kalah-Mati

Esok pengundi di Permatang Pauh akan mengundi dalam pilihan raya kecil.  Seperti pilihan raya kecil ia tidak membawa makna besar.  Harapan PKR mengambil alih kerajaan BN di pusat bukan ditentukan oleh pengundi Permatang Pauh dan kemenangan Anwar Ibrahim. Pengundi hanya melaksanakan tanggungjawab mereka dalam proses demokrasi.  Memberi cuti oleh KM Pulau Pinang bukannya elemen demokrasi.

Wednesday, August 20, 2008

Permatang Pauh: Antara Simpati dan Materialisme

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan ditentukan oleh strategi Barisan Nasional dan KeAdilan. Dari laporan akhbar-akhbar sejak seminggu lalu calon KeAdilan, Anwar Ibrahim menggunakan strategi meminta simpati pengundi.  Beliau mahu menyentuh emosi dan emosi mudah dipengaruhi dengan pujuk rayu.  Beliau menggambarkan dirinya tiada henti dizalimi oleh pihak Kerajaan yang dipegang oleh UMNO dan Barisan Nasional.  Yang terakhir ialah berita Saiful bersumpah dengan Al-Quran kerana disodom dan Parlimen semalam membentang suatu akta mengenai DNA yang ada kaitan dengan kes sodomi itu.

Sepatutnya UMNO dan BN ada strategi membenteras pengaruh emosi meraih simpati ini.  Tidak perlu overkill dengan kata-kata kesat dan keras serta kutuk-mengutuk.  Lebih kuat dihentam lebih simpati para pengundi. Pemberian material dari segi pembangunan dan projek mungkin tidak memberi kesan yang kuat.  Orang beri ambil saja tapi pangkah lain.  Emosi pengundi perlu dicuit tapi bukan dengan duit.

Monday, August 18, 2008

US Politics: The White and Black Factors

White Party, Black Party: Racial Division in American Politics

Rarely Discussed in Public and Almost Never by Politicians

The McCain campaign pounced on the remark. Carly Fiorina, former CEO of Hewlett-Packard and chair of Victory 2008 -- and one of the highest-ranking females in the McCain campaign -- issued a statement calling Dean's comments -- as if they had been intentional -- "insulting, inappropriate, and have no place in this election."

What Dean said was, "If you look at folks of color, even women, they're more successful in the Democratic party than they are in the white, uh, excuse me, in, uh, Republican party."

"He misspoke and corrected himself immediately," Stacie Paxton, DNC press secretary said Sunday.

In any case, Dean raised an issue that is rarely discussed in public and almost never by politicians: the marked racial division by party in American politics. Members of the country's largest minority groups -- blacks, Latinos, Asian-Americans -- are predominantly Democratic. (Petikan dari abcnews.go.com)

Just like in Malaysia but it has three main races, Malays, Chinese and Indians.  Prejudices die hard but race is no excuse make war on each other.

Sunday, August 17, 2008

Permatang Pauh: Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Lekir


BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

BN yang diwakili calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, akan menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61 dan Presiden AKIM, Hanafi Mamat, 51.

Pada awalnya, pilihan raya kecil itu seakan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman turut menyerahkan borang pencalonan atas tiket Bebas.

Bagaimanapun Dr. Mansor secara mengejut menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman calon dibuat menyebabkannya kehilangan wang deposit RM10,000. Ini kerana tindakannya itu dilakukan selepas pukul 10 pagi, tempoh penyerahan borang pencalonan tamat. (Petikan Utusan Malaysia Online,17 Ogos 2008)

Ini kisah Melayu lawan Melayu.  Muslim lawan Muslim.  Seperti epik Hang Tuan lawan Hang Jebat di mana Jebat akhirnya kalah dan mati; Tuah menang tetapi menyesal sampai mati. 

Alangkah bahagianya orang Melayu melihat senyum gembira 3 orang calon seperti gambar di atas.  Mesra dan bersatu demi agama, bangsa dan tanah air.


Friday, August 15, 2008

HADI AWANG BAKAL PERDANA MENTERI?

Presiden PAS, Hadi Awang, dilaporkan bertkata, "Jawatan Perdana Menteri mesti berteraskan Melayu dan Islam."  Malaysiakini dan StarOnline pula melaporkan bahawa Hadi tidak menjawab secara affirmative jika Anwar Ibrahim dicadangkan menjadi menjadi Perdana Menteri.  Maknanya PAS tidak akan menyokong cadangan tersebut. Mungkin ada orang Melayu kecewa dengan pemimpin-pemimpin UMNO di banyak peringkat yang gemar main politik wang dan pegawai jerung yang sedang masuk jaring BPR.  Mereka kecewa dengan Anwar Ibrahim dalam KeAdilan dan PKR yang tidak memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan Islam, malah seperti Menteri Besar Selangor, Khalid  dari KeAdilan, sebagai orang sendiri, telah mencadangakn pemansuhan DEB dan mahu UiTM dibuka kepada Cina dan India.

Justeru itu ada orang Melayu mula memaling kepada PAS dan Hadi Awang.  Bagaimanapun jika PAS masih rela pula bersekongkol dengan DAP yang benci Melayu dan Islam, mungkin parti baru akan muncul.

Muktamar PAS: Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jadi Perdana Menteri

Datuk Seri Haji Hadi Awang dicadangkan oleh Dewan Ulama PAS menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan.  Ini cadangan berani, bagus dan musabah.  Ini alternatif baik kepada rakyat Melayu-Islam, penduduk majoriti, kerana kelihatan PAS masih kental dengan perjuangan Islam yang majoritinya Melayu.  Anwar Ibrahim dan PKR sejak kebelakangan ini telah meminggirkan Islam dan Melayu.  Anwar dan PKR mirip ke ideologi multiculturalism yang menolak kehendak majoriti dan sekaligus bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi.  UMNO pula dalam kemelut politik wang.  Sebaliknya PAS mungkin boleh menyatupadukan umat Melayu-Islam, insyaAllah.

Wednesday, August 13, 2008

KHALID MAHU UITM DIBUKA KEPADA CINA DAN INDIA: ISU DITUTUP

BERNAMA melaporkan bahawa MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, juga Setiausaha KeAdilan, isu cadangan beliau membuka UiTM kepada Cina dan India ditutup.  Beliau juga menjelaskan bahawa cadangan beliau itu adalah jawapan kepada pihak media mengenai UiTM dan tanpa berfikir panjang bersetuju dengan soalan dari media.  BERNAMA melaporkan petang tadi bahawa beliau tersalah cakap.  Beliau juga sedar bahawa dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 153 mengenai Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera yang tidak boleh dipersoalkan.  Bagaimanapun beliau tidak mahu memohon maaf apabila dicadangkan oleh media dan mahu kes ini ditutup.

Pepatah Melayu menyatakan terlajak perahu boleh ditarik, terlanjur kata badan binasa.

MAHASISWA UITM BIJAK DAN BERANI!!!






SHAH ALAM 12 Ogos – Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berarak sejauh dua kilometer di sini hari ini untuk membantah keras cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera.

Kumpulan pelajar itu yang sebahagian besarnya memakai kemeja-T berwarna hitam mula berkumpul di Dataran Shah Alam pada pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Sebaik tiba di luar pagar utama bangunan SUK yang menempatkan pejabat Abdul Khalid, mereka berdemonstrasi selama sejam.  Petikan dari Utusan Malaysia, 13 Ogos 2008

Tuesday, August 12, 2008

KHALID DERHAKA KEPADA MELAYU: CINA BOLEH MASUK UITM

Khalid menjadi terkenal semasa menjadi CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditugaskan mengumpulkan pelabur-pelabur kerdil Melayu dan warga bumiputera supaya ekuiti Melayu dan bumiputera meningkat sebagai suatu kaedah Dasar Ekonomi Baru (DEB).  PNB begitu cemerlang dan terbilang dengan wang berbilion.  Khalid yang bergaji lebih besar dan sambil main saham menjadi kaya raya dan ramai juga anak Melayu dan bumiputera menjadi kaya raya.  Dia berhenti dan kemudian jadi ahli korporat yang disegani.  Kita tumpang bangga.  DEB rupanya ada manfaatnya. Thanks to DEB, the New Economic Policy (NEP).

Tapi ramai lagi Melayu yang miskin dan terpinggir yang masih memerlukan sokongan DEB.  (US masih mengamalkan Affirmative Action Policy - dasar tolong the blacks.  Di UK masih memberi susu percuma untuk bayi, termasuk beberapa rakan dari Malaysia ataupun dole. Atau di Scandinavia pendidikan percuma hingga ke universiti.  Jadi tidak perlu heran dan malu.  Ini tanggungjawab kerajaan dalam sistem pemerintahan).  Jadi pada PRU12 Khalid dilaporkan mahu memansuhkan saja DEB.  Ini seperti kacang lupakan kulit dan mengalah kepada desakan DAP.  Ini menjual agama, bangsa dan tanah air.  Ini derhaka namanya.

Dua hari yang lalu Khalid dilaporkan supaya UiTM, asalnya RISDA dan ITM, mahu UiTM dibuka kepada warga Cina dan India.  Alasan beliau ialah supaya graduan Melayu dan bumiputera boleh bergaul dengan baik dengan orang Cina dan India.  Supaya tidak perkauman. RISDA, ITM dan UiTM ditubuhkan untuk mendokong DEB.  Dan telah berjaya juga.  Sekarang Khalid suruh buka pula. Ini derhaka namanya.

Sekarang banyak pemimpin Melayu begitu mudah mengalah kepada desakan warga Cina dan India demi muhibbah.  Mereka dibuai oleh arus perdana media yang sering menyalahkan orang Melayu.  Sepatutnya pemimpin kita melihat kewujudan SRK Jenis Cina dan India sejak merdeka lagi terasing dari arus nasional. Sebagai berasal dari masyarakat migran mereka yang mesti menyesuaikan diri demi menghapuskan perkauman.  Hari ini NST menyiarkan sebuah sekolah ini hanya ada dua orang pelajar dan ada tiga orang guru.  Ini lelucon asal mereka senang hati.

Dulu beri biasiswa 55-45%.  Mana adilnya ini? Kita minta 30% ekuiti mereka tentang dan yang malangnya pemimpin Melayu sokong.  Sebenarnya masalah perkauman bukan salah warga Melayu.

UMNO berbincang dengan PAS boleh dilarang parti-parti Cina dan India.  UMNO kena lebih waras dan berani.  Jadi Melayu serba-salah siapa yang harus disokong.

Tuesday, August 05, 2008

NUSANTARA: SUMPAH APA?

"Aku tidak akan makan buah palapa sehingga aku menyatukan Nusantara." Kurang lebih beginilah sumpah Gajah Mada, Perdana Menteri Empayar Majaphit, yang akhirnya berjaya menyatukan Nusantara.  Dan Nusantara mengecapi salah satu zaman kegemilangannya.

Waris kepada Majapahit kini ialah Indonesia, Malaysia, Philippines dan Brunei.  Kecuali Brunei yang kecil tetapi kaya raya; yang besar Indonesia, Malaysia dan Philippines begitu lama gundah gelana.  Tempo menggelar Indonesia negara anakronistik dan TVnya pula mempermainkannya sebagai Negeri Impian, NI (sindiran kepada Republik Indonesia).  Malaysia selepas Mahathir sudah kena sumpah kacau-bilau; Negara Jam Enam Setengah.

Sumpah apa yang ini?  Gila kuasa?  Gila kaya?

Friday, August 01, 2008

ANWAR IBRAHIM BUKA LANGKAH TERAKHIR?

Menjelang bulan Merdeka, Ogos, nampaknya Anwar Ibrahim terpaksa bermain silat politiknya dengan langkah terakhir.  Permainan silat politik Anwar sejak PRU 12 nampaknya tidak mendatangkan pukulan maut kepada UMNO  dan Barisan Nasional yang telah memenangi pilihan raya tersebut.  Dengan menggunakan SAPP Sabah muslihat usul tidak percaya ke atas Pak Lah telah patah di tengah jalan.  Strategi untuk memancing wakil rakyat melompat juga menemui jalan buntu.  Janji pukulan maut pada 16 September untuk mengambil alih kerajaan BN nampaknya telah terkulai dan menjadi satu janji kosong.

UMNO dan BN nampaknya semakin garang.  Pada mulanya UMNO seperti perahu layar di pukul ombak tsunami PRU12 tiada nakhoda.  Sejak sebulan lalu nampaknya UMNO mulai mengambil tindakan offesif.  Kes sodomi ke-2 tercetus.  Berita PAS dan UMNO telah bertemu mencemaskan Pakatan Rakyat.  UMNO Perak dan UMNO Selangor yang masih kuat dalam Dewan Undangan Negeri mengoncangkan iman politik PAS dan meresahkan Pakatan Rakyat.

Permainan silat politik pasca-PRU12 begitu sengit.  Setiap langkah Anwar telah dapat dipatahkan oleh UMNO.  Oleh yang demikian Anwar kini telah membuka langkah silat politik terakhir dengan meminta isterinya mengosongkan Permatang Pauh untuk membolehkan suaminya bertanding dalam pilihan raya kecil.

Apakah ada lagi silat politik selepas ini?  Kita tunggu bunga silat seterusnya ....wallahu alam.