Tuesday, August 12, 2008

KHALID DERHAKA KEPADA MELAYU: CINA BOLEH MASUK UITM

Khalid menjadi terkenal semasa menjadi CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditugaskan mengumpulkan pelabur-pelabur kerdil Melayu dan warga bumiputera supaya ekuiti Melayu dan bumiputera meningkat sebagai suatu kaedah Dasar Ekonomi Baru (DEB).  PNB begitu cemerlang dan terbilang dengan wang berbilion.  Khalid yang bergaji lebih besar dan sambil main saham menjadi kaya raya dan ramai juga anak Melayu dan bumiputera menjadi kaya raya.  Dia berhenti dan kemudian jadi ahli korporat yang disegani.  Kita tumpang bangga.  DEB rupanya ada manfaatnya. Thanks to DEB, the New Economic Policy (NEP).

Tapi ramai lagi Melayu yang miskin dan terpinggir yang masih memerlukan sokongan DEB.  (US masih mengamalkan Affirmative Action Policy - dasar tolong the blacks.  Di UK masih memberi susu percuma untuk bayi, termasuk beberapa rakan dari Malaysia ataupun dole. Atau di Scandinavia pendidikan percuma hingga ke universiti.  Jadi tidak perlu heran dan malu.  Ini tanggungjawab kerajaan dalam sistem pemerintahan).  Jadi pada PRU12 Khalid dilaporkan mahu memansuhkan saja DEB.  Ini seperti kacang lupakan kulit dan mengalah kepada desakan DAP.  Ini menjual agama, bangsa dan tanah air.  Ini derhaka namanya.

Dua hari yang lalu Khalid dilaporkan supaya UiTM, asalnya RISDA dan ITM, mahu UiTM dibuka kepada warga Cina dan India.  Alasan beliau ialah supaya graduan Melayu dan bumiputera boleh bergaul dengan baik dengan orang Cina dan India.  Supaya tidak perkauman. RISDA, ITM dan UiTM ditubuhkan untuk mendokong DEB.  Dan telah berjaya juga.  Sekarang Khalid suruh buka pula. Ini derhaka namanya.

Sekarang banyak pemimpin Melayu begitu mudah mengalah kepada desakan warga Cina dan India demi muhibbah.  Mereka dibuai oleh arus perdana media yang sering menyalahkan orang Melayu.  Sepatutnya pemimpin kita melihat kewujudan SRK Jenis Cina dan India sejak merdeka lagi terasing dari arus nasional. Sebagai berasal dari masyarakat migran mereka yang mesti menyesuaikan diri demi menghapuskan perkauman.  Hari ini NST menyiarkan sebuah sekolah ini hanya ada dua orang pelajar dan ada tiga orang guru.  Ini lelucon asal mereka senang hati.

Dulu beri biasiswa 55-45%.  Mana adilnya ini? Kita minta 30% ekuiti mereka tentang dan yang malangnya pemimpin Melayu sokong.  Sebenarnya masalah perkauman bukan salah warga Melayu.

UMNO berbincang dengan PAS boleh dilarang parti-parti Cina dan India.  UMNO kena lebih waras dan berani.  Jadi Melayu serba-salah siapa yang harus disokong.

No comments: