Skip to main content

Anwar Ibrahim Boneka USA

Amerika perguna Anwar

PUTRAJAYA 19 Sept. – Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS) mempergunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya dimaklumkan ada rancangan daripada pihak tertentu di AS untuk memastikan Anwar menjadi pemimpin hadapan bagi memudahkan kepentingan negara itu ‘masuk’ ke Malaysia.

Dalam satu strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar, Rais berkata, Wisma Putra akan menganjurkan satu seminar yang disertai duta-duta Malaysia yang bertugas di AS, Eropah dan Amerika Selatan di Washington pada 23 September ini.

“Apa sebabnya pihak tertentu di AS begitu taksub nak masuk ke negara ini, bukan kerana sayangkan Anwar, tetapi hendak melihat Malaysia gagal dalam banyak hal.

“Mereka (AS) tak sentuh Thailand, (politik) negara itu lagi teruk (berbanding Malaysia), tapi mereka lebih cenderung kepada Anwar supaya menjadi orang suruhan ketuanya (AS). Dari sudut itu, kita (duta-duta Malaysia) kena tangkis,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

“Pihak tertentu di AS ‘kenakan’ kita dan kita harus berkebolehan mengetahui fakta-fakta terbaru tentang perundangan, ekonomi serta soal-soal politik tanah air,” ujar beliau.

Rais menambah: “Fakta-fakta itu kita sediakan kerana kita tidak mahu duta-duta Malaysia membuat penjelasan melulu.”

Beliau juga berkata, keyakinan tinggi Anwar menguar-uarkan pembentukan ‘kerajaan baru’ sejak beberapa bulan lalu mencetuskan keraguan di kalangan banyak pihak tentang siapa di belakang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. (Petikan dari Utusan Malaysia, 20 September 2008)

Comments

Popular posts from this blog

BANGSAWAN SULTAN TENGAH: SULTAN SARAWAK DAN SULTAN SAMBAS, MAC 2016

Bangsawan Sultan Tengah akan dipentaskan di Kuching pada 4, 5, 6 Mac 2016 atas anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

JOB FOR SCHOLARS

www.ieas.unimas.my

Pak Lah jumpa Anwar: Masalah Pulau Pinang atau Melayu

Beberapa blog telah melaporkan bahawa Pak Lah dan Anwar Ibrahim telah berada dalam suatu majlis mauludirasul di Madarasah Nur Iman, Hulu Langat, Selangor, dekat dengan Kuala Lumpur.  Madarasah yang dipimpin oleh Sheikh Mahmud Majzub telah menjemput Pak Lah untuk hadir pada 11 Mac tetapi telah hadir di majlis Anwar pada 10 Mac. Sheikh Mahmud juga dilaporkan telah mengundang Naib Presiden Indonesia, Drs. Muhamad Yusuf Kala dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Bohkin Bhalakula ke suatu persidangan ulama antarabangsa. Pak Lah dan Anwar telah dilaporkan solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari semeja bersama tuan sheikh. Mungkin Sheikh Mahmud telah mendapat ilham yang ingin disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Muslim di Nusantara kita yang telah bergelora sejak kebelakangan ini. Kita berdoa semoga para pemimpin kita berdamai dan membangun ummah semula.  Inilah yang didoakan dan dinantikan oleh rakyat biasa agar para pemimpin membangun ummah dan bukan membinasakan ummah atas sebab do...