Oleh kerana kes yang dulu banyak yang tidak diketahui dan diragui dan dibebaskan pula oleh Pak Lah yang baik hati, maka kisah sodomi ke-2 ini memeranjatkan sekali. Secara logiknya, seperti juga tulisan Dr. Mahathir dalam blognya, kerajaan sekarang tidaklah sebodoh iitu dan tidaklah ketandusan ilham lain untuk menundukkan Anwar dengan meniru kaedahnya.
Kerajaan sudah tentu tidak mahu kalah 2 kali dalam kes sodomi ini. Kalau ini hanya komplot politik, maka sesungguhnya mereka tidak belajar dari sejarah.
Bila kita tidak belajar dari sejarah maka kita akan dihukum sejarah. Wallahu alam.
No comments:
Post a Comment