Anwar Ibrahim membosankan saya. Apa yang dia hujahkan tak banyak berbeza dengan apa yang dia laungkan pada tahun 1974, 34 tahun lalu. Saya ketika itupun terpukau lalu menyertai demonstrasi. Selepas 5 minit sayapun meneruskan kerja.
Keesokan harinya ada kawan bertanya itu dan ini. Ada yang suka Anwar dan ada yang suka Shabberry. Ada yang kata Shabberry menang dan ada yang kata Anwar menang. Mungkin Shabberry menang kerana berani menghadapi Anwar yang disegani sebagai pemidato yang hebat. Keberanian dan kesanggupannya sudah cukup untuk meleburkan satu legenda.
Bagaimanapun perbahasan itu lewat dan tidak releven lagi. Itulah kita di Malaysia, nak ikut orang lain ikutlah dengan baik. Eloknya ini dilakukan semasa kempen pilihan raya. Pilihan raya dah berlalu, sekarang masa untuk berkerja menunaikan janji-janji kempen. Sebab itu Anwar sendiri terperangkap apabila beliau akan memotong 50 sen harga minyak petrol sedangkan janjinya nak potong lebih!
No comments:
Post a Comment