Thursday, July 17, 2008

PAKATAN RAKYAT ATAU PILIHAN RAKYAT? #2

Pilihan raya telah berakhir hampir 4 bulan lalu.  Rakyat telah mengundi dan membuat pilihan siapa menang dan kalah di  negeri dan siapa menang dan kalah di persekutuan mengikut amal demokrasi.  Keputusannya ialah Barisan Nasional menang di 6 negeri dan Pakatan Rakyat menang di 5 negeri.  Di peringkat parliamen persekutuan Barisan Nasional mendapat kemenangan majoriti dan Pakatan Rakyat kalah; juga berdasarkan demokrasi.  Maka di Persekutuan BN memang berhak membentuk kerajaan.  Tidak perlu gaduh lagi.

Malangnya Anwar Ibrahim, yang dipilih menjadi ketua Pakatan Rakyat yang tidak dapat bertanding masih marah dan tidak berpuas hati walaupun rakyat telah mengundi dan memilih siapa yang menjadi kerajaan.  Musim pilihan raya telah selesai dan dalam amal demokrasi semua pihak harus menunggu musim pilihan raya akan datang; 3 tahun atau 5 tahun akan datang.  Dalam masa itu semua pihak harus balik bekerja membangun masyarakat dan negara bukan memulakan siri demonstrasi dan siri kontroversi.

Tapi ada pihak yang masih tidak mahu menerima keputusan pilihan raya.  PK nampaknya masih tidak mahu menghormati rakyat yang telah membuatkan keputusan.  Jadi kalau tidak mahu menerima suara rakyat, itu sudah menyalahi amal demokrasi.  Itu juga namanya kuku besi diktatorship.  Justeru itu Pakatan Rakyat nampaknya telah derhaka kepada rakyat dan tidak layak menamakan gabungan itu sebagai Pakatan Rakyat.

No comments: