Sejak tahun lalu seluruh Indonesia digemparkan oleh kisah cinta seorang ustaz dari Jawa dengan tiga orang gadis; pertama seorang perawan bule campuran Turkey dan Jerman, kedua pula siswi beragama Kristian Koptik Mesir dan ketiga seorang bakal ustazah dari Jawa juga. Akhirnya ustaz ini menikahi dua orang yang pertama itu dan mengecewakan perawan dari tanah airnya sendiri. Kisah ini diceritakan dalam sebuah novel berjudul, Ayat-Ayat Cinta dan pengarang mudanya bernama Habiburrahman El Shirazy, lulusan Universiti Al Azhar, Mesir. Novel ini menjadi bestseller dan kemudian dijadikan filem dengan judulnya sama yang juga menjadi filem paling popular. Kemudian beliau menerbitkan Ketika Cinta Bertasbih . Kini kata cinta dan agama menjadi satu komoditi karya yang sangat laris dan menjadi ikutan sebagai landasan kreativiti.
A Malay Cyber University, an online university since 16 Mac 2007. "MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA!!!", Hang Tuah, Sejarah Melayu. Memberikan ilmu untuk membela agama, bangsa dan tanahair demi kelangsungan tamadun Melayu. Sebuah universiti di Nusantara untuk Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Thailand, Philippines, Sri Lanka,Madagascar. Juga Universitas Nusantara.