Saturday, December 29, 2007

KONFERENSI ANTARUNIVERSITI SE BORNEO-KALIMANTAN KE-4

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya bagi pihak sekretariat mengucapkan jutaan terima kasihatas dukungan yang telah diberikan kepada konferensi kami pada tahun-tahun lepas dengan jayanya. Sehubungan dengan itu pihak Institut Pengajian Asia Timur (IPAT) dan Fakulti Sains Sosial (FSS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), FakultasIlmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Tanjungpura (UNTAN), Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Lambung Mangkurat (UNLAM) dan Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan, Universitas Mulawarman (UNMUL) telah berhasrat akan mengadakan Konferensi Antaruniversiti Se Borneo KalimantanKe 4 dengan bertemakan Transformasi Sosial Masyarakat Pedesaan dan Pesisir Borneo-Kalimantan: Isu-isunya. Konferensi ke 4 ini akan diadakan pada 24-25 Jun, 2008 di Samarinda, Kalimantan Timur.

Berikut adalah isu khusus yang berkaitan: Menciptakan kembali (reinventing) governance pedesaan. Isu pendidikan di pedesaan/pesisiran-perspektif sejarah atau/dan kontemporari. Depopulasi pedesaan/pesisiran (rural depopulation). Sumber Ekonomi perikanan dan kelautan. Pariwisataan/pelancongan desa/pesisir Perkebunan skala besar. Migrasi desa-kota/desa-desa; Transmigrasi; Lintas perbatasan di Borneo-Kalimantan. Geografi pedesaan/pesisiran. Sejarah Evolusi Kebijakan/Dasar (policy) Pembangunan Desa/ Pesisir di negara masing-masing Perancanaan pedesaan (rural planning). Transformasi politik; Demokrasi; Masyarakat sivil; Autonomi. Gender; Keluarga; stratifikasi sosial. Dampak Ekonomi Global ke atas pedesaan. Pembangunan Ekonomi/dan Perdagangan di pedesaan Kemiskinan; Golongan Terpinggir. Etnografi Suku-bangsa di pedesaan Borneo-Kalimantan; Hubungan etnik. Agama dan Sistem Kepercayaan; Hubungan antaragama. Isu-isu Lingkungan/Persekitaran (Environment) pedesaan/pesisiran. Komunikasi Desa/pesisir (Rural Comunication). Kemajuan Ilmu Pengetahuan (science) dan Teknologi perikanan dan kelautan di Borneo-Kalimantan. Flora dan Fauna di Borneo-Kalimantantan. Jasa Kedokteran dan kesehatan Desa (Rural Medical and Health Services)/Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Luar Bandar.

Abstrak dan Makalah. Abstrak dalam dwibahasa yang tidak melebihi 250 perkataan harus sampai di Sekretariat, Konferensi Antaruniversiti Se Borneo-Kalimantan sebelum 24 Mac2008. Makalah hendaklah sampai di Sekretariat dalam bentuk hardcopy dan softcopypada 20 Mei 2008.

Dengan ini, sekretariat konferensi berbesar hati mengundang saudara/riuntuk menyertai konfernesi ke 4 ini. Untuk maklumat lanjut disertakanbrosur konferensi atau saudara/ri juga boleh juga melayari laman web kami http://www.ieas.unimas.my/.

Sekian dan sampai bertemu di Samarinda
Sekretariat Konferensi, Awg Mashabi Awg Mohamad, Norhayati Binti Ahmad
Program Nusantara, Institut Pengajian Asia Timur, Universiti Malaysia Sarawak

Thursday, December 20, 2007

SALAM ADIL ADHA TAHUN INI: PENYEMBELIHAN APA?

Saya banyak menerima SMS salam aidil adha semalam dan malam tadi dari sahabat handai dan juga mereka yang saya tidak kenali. Satu SMS yang berbeza dan tidak pernah saya terima selama 50 tahun adalah seperti ini; "BERITA TERKINI...Bukan Hindraf saja yang rela berkorban. Umat Islam diminta berkumpul di setiap masjid pada pagi 20 Disember 2007 dengan membawa parang, kapak, pisau, lembing, pedang, badik, keris. Selepas solat kita akan membuat penyembelihan beramai-ramai sehari suntuk ribuan lembu, sapi, kambing sempena hari raya korban tahun ini. Selamat menyambut aidiladha dan selamat menyempurnakan korban. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillah hilhamd."

Saya pada mulanya tersentak juga dibuatnya apabila menerima SMS pertama pada petang semalam. Selepas itu di sebelah malamnya SMS seperti ini menghujani telefon saya. Bagaimanapun saya ucapkan Selamat Aidil Adha kepada para pengunjung dan selamat berjuang dan berkorban.

Wednesday, December 12, 2007

SIAPA TERMISKIN: MELAYU ATAU INDIA?

Nation Tuesday December 11, 2007MYT 7:20:29 PM
UNDP: Bumiputras the poorest
KUALA LUMPUR: The indigenous groups from Sabah and Sarawak are among the poorest people in the country.
United Nations Development Programme (UNDP) resident representative Dr Richard Leete said the indigenous groups, who were bumiputras, and also those from the east coast states like Kelantan and Terengganu were the poorest in the country.
"The most intense poverty is not among the Indians but the indigenous groups in Sabah, Sarawak and those who live in the east coast states," he said at a press conference in conjunction with the International Poverty Conference here today.
He said Malaysia had successfully reduced the poverty rate from 49.3% in the 1970s to only 5.7% in 2004. He added that 93% of the people living in poverty in Malaysia were bumiputras.
In 2004, the poverty rate among the bumiputras was 8.3% while it was 2.9% for Indians and 0.6% for the Chinese. (Petikan dari New Strait Times, 13 Dis. 07)

Sunday, December 09, 2007

MELAYU MARAH HINDRAF: Orang India Tak Kenang Budi

MELAYU MARAH

Tindakan HINDRAF menganjurkan demonstrasi haram pada Ahad lalu telah mencetuskan kemarahan rakyat Melayu. Tuntutan mereka yang hendak disampaikan kepada Queen di London dilihat sesuatu yang tidak masuk akal. Rakan saya menyatakan kepada saya semalam tuntutan orang India itu tidak masuk akal kerana tiada paksaan dan di samping itu mereka telah menjadi warganegara Malaysia. Kalaulah mereka mahu pulang semula ke India sepatutnya pemimpin mereka dahulu setuju dengan tuntutan orang Melayu supaya orang India dipulangkan ke negara asal mereka. Salahkan pemimpin mereka yang mahu ikut merdeka dalam Tanah Melayu pada tahun 1957. Jangan salahkan UMNO dan orang Melayu dan jangan salahkan Queen. Bacalah sejarah negara sendiri, kenalilah negara sendiri. Hingga sekarangpun ramai orang India dari India mencari makan di Malaysia sebagai pendatang haram.
Tindakan yang tidak masuk akal dan buta sejarah dan di samping menuduh UMNO dan orang Melayu menindas orang India mencetuskan kemarahan semua orang Melayu di Malaysia. Petisyen yang tidak masuk akal ini sebenarnya adalah untuk mempersendakan pemimpin Melayu dan orang Melayu. Orang India mentertawakan dan melecehkan pemimpin dan rakyat Melayu yang empunya negara ini. Pukul anak sindir menantu. Menarik perhatian dunia.
Orang India lebih makmur daripada orang Melayu. Pendapatan mereka lebih daripada orang Melayu dan lebih ramai dalam bidang profesional dan perdagangan. Orang Melayu bukan saja lebih teruk orang India tetapi lebih teruk daripada orang hitam di US.
Bukti yang jelas ialah ada orang India dalam senarai orang terkaya di Malaysia. Buat duit di Malaysia tapi tinggal di Australia dan India. Orang Melayu simpulkan ini sebagai tidak mengenang diri dan lupa diri. Ini yang buat Melayu marah. Orang Melayu yang empunya negara tidak ada yang sekaya mereka.

Saturday, December 01, 2007

Seminar Sejarah di Brunei Darussalam

SASTERA RAKYAT DI SARAWAK: PERANAN MUZIUM SARAWAK

Hj. Sanib bin Hj. Said
Jabatan Muzium Sarawak
Kertaskerja untuk Seminar Sejarah, Pusat Sejarah Brunei Darussalam

Pendahuluan
Sebagai kebiasaannya kita harus bermula daripada yang asas sebelum meneroka lebih jauh lagi. Kita harus bermula dengan definisi terlebihi dahulu. Setelah merujuk kepada banyak sumber satu persoalan timbul sama ada wujud apa yang kita panggil sebagai sastera rakyat. Oleh kerana kita sering mencari ilham dari Barat yang kini menerajui tamadun manusia, mungkin kita telah menterjemahkan folklores kepada sastera rakyat. Mungkin juga kita cuba bermaksud oral tradition yang sering kita terjemahkan tradisi lisan dan mungkin juga dari oral history yang kita jadikan sejarah lisan.
Jika maksud kita sastera rakyat itu maka kita mengambil definisi folklores. Satu ketika ertinya ialah cerita dari “illiterate, rural, backward peasants”. Konsep ini dikatakan selari dengan teori evolusi Darwin di mana tamadun manusia itu semua bermula dari yang dunggu dan buruk kepada tahap yang lebih baik. Vladimir Propp di dalam bukunya yang terkenal telah memberi definisi yang sangat disenangi oleh kebanyakan orang.
“By folklore we mean only the spiritual production, and only verbal, poetical products. Since poetry is almost always connected to music, musical folklore forms an autonomous discipline within folklore.
This understanding of folklore has long since characterized Russian scholarship. What we call folklore is called traditions popularires, traditional populari, Volksdichtung, and the like in the West, there it is not the subject of separate area of knowledge... but at best recognise it as the popular-scientific study of one’s native country.”[1]
Di dalam bukunya yang ulung Propp menulis bahawa folklores adalah cerita kepunyaan “to any group of people whatsoever who share at least one common factor”.[2]
Pandangan Propp sebagai rakyat Russia condong ke kiri sehingga melihat folklores sebagai barangan rohniah bukan satu daripada rituals atau budaya kerana mungkin fahaman komunis telah menolak agama sebagai candu kelas marhaen. Dia juga cuba memisahkan folklores dari muzik dan irama serta persembahan yang banyak digunakan semasa melafazkan cerita sama ada dalam bentuk prosa ataupun dalam bentuk puisi.
Ekoran daripada itu boleh juga diajukan nama baru sebagai seni rakyat. Pengalaman Nicole Nevele selama lebih 20 tahun dengan satu suku kaum di Pulau Palawan, Filipina menyimpulkan:
“The quality of voices, timbre and ornamentation, and the quality of narratives, unity of meaning and composition, are all equally appreciated. The syllabic delivery allows the ear to capture and comprehend the narrative, as music and text are in tight correlation, united by a reciprocal bind.”[3]

Dalam hal ini sastera rakyat itu tidak semestinya dalam media odio saja tapi boleh juga dalam bentuk audiovisual dan juga dari segi genre dan kandungan boleh dalam bentuk manuskrip, yang telah ditulis tangan. Oleh yang demikian sastera rakyat perlu dilihat dari segi form, function and transformation.[4] Dengan yang demikian sastera rakyat berbeza dengan artifak-artifak lain yang dikumpul dan dikaji oleh penyelidik yang boleh dinamakan material culture.
Berdasarkan penjelasan mengenai definisi sastera rakyat itu, saya mengambil keseimpulan bahawa apa yang dimaksudkan dengan sastera rakyat itu bukan merujuk kepada kelas sosial yang rendah dalam sebuah masyarakat dan bukan sekadar produk rohaniah. Kesimpulan saya ialah sastera rakyat adalah seni dan budaya intangible sesebuah kelompok masyarakat dalam berbagai bentuk, mungkin bermula dengan lisan tetapi kemudian dipersembahkan secara audiovisual dan ditulis.
Kepentingan: Kenapa dan Apa?
Setelah membuat kesimpulan mengenai definisi maka kita seterusnya bertanya mengapa dan apa yang dikumpul dan disimpan, dikaji dan diterbitakan? Pastinya sastera rakyat mempunyai;
‘special meaning of a particlar group, as well as national epics; transnational narratives have considerable adaptability to different local circumstances. [T]raditional epics are tales of identity having a key importance for the self-definition of a cultural community.”[5]

Mohd. Taib Osman menulis:
“Oral tradition in Sarawak is not only rich as every cultural group has its corpus of traditional oral tales, sayings, chants, poetry or songs, but is source of information on the culture of the people.”[6]

Allen Maxwell, seorang sarjana dari Amerika Syarikat yang telah membuat penyelidikan di Brunei dan Sarawak selama berdekad lamanya memaklumkan:

“The oral traditions of the peoples of Sarawak are anchored in a spiritual as well as physical enviroments that a notion of belonging to a place are anchored in a spiritual as well as a physical environment. It is from the combination of these two types of environments that a notion of belonging to a place and an area probably develops. ... [I]t is in the oral traditional texts of a group is inscribed and preserved for posterity. It is one particular genre of texts, the ethnohistorical epic texts, that are most important as the “containers” in which so much of traditional culture is to be found.”[7]

Mantan Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Zainal Abidin Zulcifly juga ada membincangkan peri penting tradisi lisan.[8]

Muzium Sarawak
Berdasarkan pelbagai definisi dan fungsi sastera rakyat maka saya akan cuba membentangkan peranan Muzium Sarawak dalam usaha pengumpulan dan pemuliharaan dalam berbagai media sejak penubuhannya pada tahun 1886. Muzium Sarawak sudah berusia 121 tahun, bukti di antara sebilangan kecil agensi kerajaan yang pertama ditubuhkan oleh regime Brooke. Pada permulaan penubuhannya, Muzium Sarawak telah ditugaskan menjaga memelihara dan pelestaraian flora dan fauna Borneo. Hanya selepas Perang Dunia Ke-2, Muzium Sarawak telah melebarkan ruanglingkup fungsinya kepada bidang sejarah dan kebudayaan Borneo. Kurator yang bertanggungjawab terhadap keterbukaan ini ialah Tom Harrisson. Minatnya terhadap sejarah dan kebudayaan di Muzium Sarawak terserlah apabila Tom Harrisson mengambilalih tampok kepimpinan Muzium Sarawak. Harrisson terkenal sebagai a jack of all trades dan tidak mempunyai kecenderungan khusus yang terkandung dalam pendidikan dari pengajian sebuah univerisiti.[9] Semenjak itu Muzium Sarawak berperanan untuk mengumpul, memulihara dan menyebarkan warisan budaya yang tangible and intangible dan semulajadi negeri Sarawak.

Manuskrip
Sastera rakyat yang diketahui ketuaannya tersimpan dalam bentuk manuskrip, karya dalam tulisan tangan. Bukti awal wujudnya teks sastera rakyat ialah manuskrip Melayu pada pertengahan abad ke-19 lagi. Hugh Low telah menerbitkan bukunya, Sarawak:Notes During A Residence In That Country with H.H. Rajah Brooke pada tahun 1848 telah menyebut wujudnya manuskrip Melayu mengenai silsilah dan adat istiadat:
“There still existed during the life time of the late rajah, Mudah Hashim, the genealogical tree of the royal family of Borneo, and annals of its history, but after his lamented death I could not learn what had become of them; and the surviving brother, the present rajah, Mudah Muhamed, feared that these relics, which had been preserved through generations with the most religious care, had perished in the flames of the houses of the murdered pangerans... On returning to the island I shall not fail to try by every means to obtain these papers, or copies of them, if there should be found still to exist.[10]

Di samping itu terdapat juga manuskrip lain yang telah dikumpul oleh Maxwell, Residen Negeri Perak yang memulakan kerjayanya di Sarawak.[11] Walaupun secara khusus manuskrip-manuskrip yang disebut ini tidak dapat dipastikan namun ia ditulis daripada sumber-sumber lisan dan mengikut definisi Propp tidak patut ada kecondongan kelas pada genre silsilah hanya hak golongan atasan sahaja. Yang sahih kewujudan silsilah adalah berlandaskan fungsi dan kepentingannya dalam kelompok masyarakat sebagai satu element mengenai jatidiri.
Di Muzium Sarawak Tom Harrisson bertindak sebagai arkeologis, sejarawan, anthropologis, sosiologis, guerilla dan askar. Bagaimanapun minatnya terhadap sejarah setiba di Kuching membawa beliau ke bidang sastera rakyat. Pada tahun 1947 beliau telah memperolehi beberapa manuskrip dari Limbang dan kumpulan manuskrip ini dikenali sebagai Limbang Manuscripts. Harrisson bertanggungjawab mencari manuskrip Melayu dalam mencari sejarah Sarawak yang menghasilkan Limbang Manuskrip. Sebuah manuskrip yang dinamakan Manuskrip Ranggau, Limbang adalah hasil sastera rakyat lisan yang diabadikan secara bertulis. Manuskrip ini telah dikaji oleh Allen Maxwell dan akan diterbitkan oleh Muzium Sarawak pada penghujung tahun ini.[12]
Ada sebilangan manuskrip ini ditulis atas permintaan beliau dan ada juga sememangnya karya lama. Manuskrip ini masih menunggu pengkaji yang sabar bagi membaca tulisan yang sukar dicam dengan pasti.

Sarawak Gazettee
Sarawak Gazettee adalah sebuah akhbar terawal di Sarawak apabila Charles Brooke melancarkannya pada tahun 1870.[13] Sarawak Gazettee berfungsi sebagai wadah rasmi Brooke dan juga sebagai newsletter pentadbiran Brooke yang dikendalikan oleh Muzium Sarawak. Minat pegawai Inggeris, khususny Residen dan Pegawai Daerah banyak menyumbang artikel dan laporan dan ada juga yang meliputi sastera rakyat. Bagaimanapun tiada sastera rakyat yang besar yang diterbitkan. Bahan ini sentiasa menjadi lombong maklumat mengenai sejarah dan kebudayaan daerah dan negeri Sarawak. Untuk membantu penyelidik indeks telah lama ada yang berbentuk sebuah tesis PhD.

Sarawak Museum Journal
Jabatan Muzium Sarawak juga menerbitkan Sarawak Museum Journal semenjak tahun 1911. Kini jurnal ini telah berkembang maju bertaraf antarabangsa dan di antara yang tertua di Asia Tenggara berumur 86 tahun. Sarawak Museum Journal pada peringkat awal penerbitannya lebih berminat terhadap sejarah alam semulajadi oleh yang demikian tidak banyak sastera rakyat diterbitkan. Bagaimanpun semenjak kehadiran Tom Harrisson dan kemudian Benedict Sandin sastera rakyat telah menjadi sasaran untuk pengumpulan dan kajian. Benedict Sandin, anak Sarawak pertama menjadi Kurator, Muzium Sarawak selepas Tom Harrisson, telah banyak menyumbang kepada sastera rakyat. Dari tahun 1951 hingga 1978 beliau telah menyumbangkan sebanyak 29 artikel di jurnal ini.[14] Besar kemungkinan sumbangan Benedict tercetus dari kajiannya terhadap ethnohistory kaum Iban berdasarkan tradisi lisan sebelum kedatangan Brooke, The Sea Dayaks of Borneo Before the White RajahRule[15] Kemudian Benedict Sandin meneruskan minatnya sehingga ke akhir hayatnya dan hasil kajian beliau telah diterbitkan oleh Muzium Sarawak pada tahun 1994, Sources of Iban Traditional History.[16]
Jurnal ini bermegah kerana menerbitkan keluaran khas ialah hasil kajian Carol Rubenstein, Poems of Indegenous Peoples of Sarawak: Some of the Songs and Chants (Pt.1)- Iban, Bidayuh, Melanau with English Translation[17] dan untuk etnik Kelabit, Kayan, Kenyah, Penan beserta terjemahan dalam Bahasa Inggeris.[18] Walaupun usaha Rubenstein mendapat banyak kritikan kerana beliau memang jahil tentang bahasa etnik-etnik yang dikaji namun hasilnya agak besar. Bantuan kakitangan Muzium Sarawak yang membuat rakaman dan terjemahan seharusnya juga diiktiraf sebagai pengarang bersama. Tidak kurang pentingnya ialah tulisan S.S Strickland, Materials for the Study of Kejaman-Sekapan Oral Tradition sebanyak dua jilid.[19]
Selain dari Benedict Sandin beberapa orang lain yang telah menerbitkan sastera rakyat di jurnal terkenal ini. R. Nyandoh, seorang lagi anak tempatan, telah menulis sebanyak 13 dari tahun 1951 hingga 1971.[20] Dalam pada itu tersebanyak 78 cerita mitos dan legenda dalam Sarawak Museum Journal dalam tempoh 1911 hingga 1979.[21]

Rakaman Odio
Jika Sarawak Museum Journal menjadi wadah untuk sastera rakyat diabadikan dengan media cetak bahan rakaman odia masih di simpan untuk rujukan masa depan. Dalam hal ini Muzium Sarawak sejak tahun 1955 telah membuat rakaman sastera rakyat dengan menggunakan mesin perakam menggunakan open reel tape. Kemudian kaset banyak digunakan dan kini dalam proses disalin ke CD. Ratusan rakaman yang digunakan untuk penerbitan besar itu telah diserahkan kepada Muzium Sarawak. Bagaimanapun untuk pengawalan bibliografi, ertinya maklumat bilangan, subjek, masa, tempat dan judul boleh diketahui dengan mudah dan cepat maka perlu ada katalog. Usaha untuk mengkatalog bahan odio sedang dijalankan dan setakat ini sebanyak 2,166 judul telah disenaraikan. Di samping itu juga Projek Tradisi Lisan yang saya kendalikan semasa di Majlis Pembangunan Sosial telah dipindahkan ke Jabatan MuziumSarawak yang lengkap dengan katalog tersendiri.[22] Projek ini telah mampu mengumpul 221 judul. Semua ini adalah dalam proses dimasukkan ke dalam katalog digital/elektronik secara on-line di mana programnya telah siap dua tahun yang lalu. Sebagai gedung ilmu dalam berbagai bentuk dan media, Muzium Sarawak sememangnya berusaha supaya semua ini dapat digunakan oleh semua golongan masyarakat dengan yang paling mudah.

Imej Bergerak/Moving Images
Dalam definisi sastera rakyat di atas saya juga menerima berbagai media untuk rakaman dan juga menerima muzik dan persembahan elemen sastera rakyat. Dalam hal ini Muzium Sarawak telah membuat rakaman movie sebelum era video pada masa kin. Rakaman filem yang pertama di Sarawak ialah semasa perayaan 100 tahun Brooke pada tahun 1946 oleh jurukamera dari Hollywood. Kebanyakan imej yang dirakam ialah pertunjukan kebudayaan, kebanyakkannya tarian ngajat kaum Iban dan pakaian tradisional, di Taman Muzium. Setakat ini terdapat kurang lebih 100 judul rakaman imej bergerak termasuklah perayaan gawai pada tahun 1956.

Rumusan
Sastera rakyat mempunyai berbagai definisi dan tafsiran. Istilah rakyat memberi konatasi memperkecilkan sastera seperti ini hanya milik rakyat miskin, luar bandar dan buta huruf. Definisi berlandaskan takrif ini tidak lagi sesuai dan kerana buta huruf ialah harus dalam bentuk lisan juga tidak boleh diterima. Selaras dengan perkembangan teknologi dan kajian yang lebih mendalam sejak kebelakangan ini sastera rakyat harus merankumi elemen odiovisual aktif, termasuk persembahan, muzik dan manuskrip. Sarawak bernasib baik kerana sebuah agensi telah lama memainkan pernan dalam bidang ini.
Muzium Sarawak kini berusia lebih dari 100 tahun dan telah membuktikan kita boleh memelihara warisan budaya kita dalam tempoh yang sangat lama. Satu daripada warisan budaya Sarawak yang telah diselamatkan dan masih kumpul ialah sastera rakyat
Sastera ini telah diselamatkan oleh Muzium Sarawak dalam berbagai bentuk dan yang paling awal sekali ialah dalam bentuk manuskrip. Kemudian disalurkan melalui Sarawak Museum Journal yang terkenal, malah dalam terbitan pertamanya pada tahun 1911 terdapat beberapa artikel mengenai asal-usul sebuah kumpulan etnik. Selepas Perang Dunia Ke-2, dengan adanya teknologi rakaman yang berkembang dalam berbagai bentuk sehingga kini banyak sekali sastera rakyat telah dirakam dan diterbit oleh Muzium Sarawak. Dari segi judul saja terdapat ratusan judul sastera rakya dalam berbagai genre dapat dirakaman. Hasil daripada usaha ini beberapa karya besar telah diterbitkan.
Bagaimanapun sastera rakyat sama yang masih dalam bentuk lisan ataupun telah ditulis dikaji dengan teliti. Penggunaan sastera rakyat walaupun kadangkala dipanggil sejarah lisan mesti dianalisa dengan rapi. Satu contoh yang menarik ialah mengenai Awang Simaun yang dikatakan sama dengan Simaring dalam sastera rakyat Lun Bawang ataupun Maun dalam masyarakat Kelabit. Ada kecenderungan pentafsiran spekulatif bahawa tokoh ini adalah tokoh historis yang sama yang berasal dari sukukaum disebutkan itu. Bilcher Bala dalam bukunya, Thalassocracy: A History of the Medeval Sultanate of Brunei Darussalam [23] telah membuat tafsiran yang sangat spekulatif bahawa Awang Samaun dan kekanda Awang Alak Betatar, adalah seorang Kelabit dari Bario. Tetapi jika diteliti lebih jauh nama tokoh ini juga terdapat dalam Hikayat Samaun dalam Bahasa Melayu dan juga dalam Bahasa Sunda.[24] Lazimnya tamadun kecil mengambil dari tamadun besar dan buka sebaliknya. Mungkin juga ini merupakan tafsiran yang bias kerana Belcher adalah seorang Kelabit. Oleh yang demikian apa jua pentafsiran dari sastera rakyat mestilah mempunyai sumber-sumber yang boleh dipercayai dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.
Daripada pembentangan ini saya percaya negeri Sarawak melalui Muzium Sarawak telah melakukan sesuatu yang sangat terpuji dalam menyelamatkan sastera rakyat. Persoalan kini ialah di mana pengkaji dan para karyawan seni yang boleh mengangkat karya tradisi ke pangkuan masyarakat kini yang kian melupai warisan mereka sendiri. Ini cabaran kita seterusnya supaya sastera rakyat ini dimartabatkan supaya terus hidup dan memberi makna kepada warga Sarawak dan memberi makna kepada Dunia Melayu.


[1] Vladimir Propp, Theory and History of Folklore, translated by Ariadna Y. Martin and Richard P. Martin, edited with An Introduction and Notes by Anatoly Liberman, Theory and History of Literature, V., ms. 4.
[2] Vladimir Propp, The Morphology of Folktales, terjemahan dari Bahasa Russia, 1968.
[3] Nicole Revel, La Quete en epouse/The Quest for a Wife: Une epopee palawan chantee par Masinu/A Palawan Epic Sung by Masinu, Edition UNESCO, 2000, ms.347
[4] Dundes, 1980
[5] Lauri Honko, “Epics and the Representatios of Indentity”, www.folklorefellows.fi
[6] Mohd. Taib Osman, “Oral Tradition: Strategies and Rationale for Collecting, Archiving and Recycling A Cultural Heritage”, Sarawak Museum Journal, XL, Disember 1989, ms.151-153.
[7] Allen R. Maxwell, “A Survey of The Oral Traditions of Sarawak”, Sarawak Museum Journal, XL, December 1989, ms.167-208.
[8] Lihat Zainal Abidin Zulcifly, “Language and Oral Tradition: The Role of Dewan Bahasa dan Pustaka”, Ibid., ms.159-165.
[9] Tom Harrisson telah ditendang keluar dari Univerity of Cambridge pada tahun pertama. Bagaimanapun beliau mempunyai kawan-kawan yang bijak di universiti tersebut dan berminat dalam membuat mass observation, kini dikenali sebagai random sampling survey.
[10]Hugh Low, Sarawak:Notes During A Residence In That Country with H.H. Rajah Brooke, London, 1948, OUP Reprint, Singapore, 1988. Lihat juga Sanib Said, “In Search of the Lost Manuscripts and Tribes: Library and Archival Research in Sarawak” Sarawak Gazettee, 1992.
[11] Sanib Said, “ A Survery of Works on Malay-Jawi Manuscripts of the Eastern Malay Archipelago”, dlm. Allen Maxwell, Malay Historical Writings: Two Malay Manuscripts from the Sarawak Museum, Special Monograph, 2006, ms. 12.
[12] Allen Maxwell, Ibid..
[13] Sarawak Gazette telah mula diterbitkan pada tahun 1878 yang berfungsi sebagai majalah, akhbar dan lidah kerajaan Brooke. Muzium Sarawak bertindak sebagai urusetia sehingga tahun 2003 kini kendalikan secara langsung oleh Pejabat Ketua Menteri.
[14] Sila lihat Sarawak Museum Index, no. 49, 1980
[15] Benedict Sandin, The Sea Dayaks of Borneo Before the White Rajah Rule, MacMillan, London, 1967.
[16] Benedict Sandin, Sources of Iban Traditional History, Sarawak Museum Journal, Special Monograph No.7, guest editor Clifford Sather, Kuching, 1994., ms.332.
[17] Carol Rubenstein, Poems of Indegenous Peoples of Sarawak: Some of the Songs and Chants (Pt.1)- Iban, Bidayuh, Melanau with English Translation), Sarawak Museum Journal, 21, II, 1973, ms. 712.
[18] Carol Rubenstein, Poems of Indegenous Peoples of Sarawak: Some of the Songs and Chants (Pt.II)- Kelabit, Kayan, Kenyah, Penan with English Translation), Sarawak Museum Journal, 21, II, 1973, ms. 727-1389.
[19] S.S Strickland, Materials for the Study of Kejaman-Sekapan Oral Tradition, Sarawak Museum Journal, Speical Monograph, no.8, 1995, ms. 637.
[20] Sila lihat Sarawak Museum Index, no. 49, 1980.
[21] Ibid, pp.40-46.
[22] Sanib Said, Katalog Tradisi Lisan Sarawak, Jld.1, Majlis Pembangunan, Kementerian Pembangunan Sosial, Kuching, 1992.
[23] Bilcher Bala, Thalassocracy: A History of the Medeval Sultanate of Brunei Darussalam, School of Social Sciences, University Sabah Malaysia, Kota Kinabalu, 2005, ms. 53-86.
[24] Lihat Sanib Said, op cit, 2006

Sunday, November 25, 2007

DATO HJ MOHAMAD ARRIFFIN KEMBALI KE RAHMATULLAH AL FATIHAH

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Dato Hj. Mohamad Taha Ariffin, mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan seorang budayawan terkenal, telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira jam 1200 tengahari pada 24 November 2007. Beliau mengidap kanser kolon sejak dua tahun yang lalu. Marilah kita sedekahkan AlFatihah kepada beliau dan doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Selain terkenal sebagai seorang tokoh pegawai perkhidmatan awam dan tokoh sukan beliau juga adalah tokoh budaya dan seni negeri Sarawak. Bermula sebagai pelakon bangsawan kampungan pada tahun 1960an beliau kemudian menjadi pemimpin kebudayaan dan kesenian ketika bertugas sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Sosial dari tahun 1988 hingga 1996. Beliau berfikiran besar dan kualiti tinggi dalam berbagai persembahan. Dalam hubungan ini beliau banyak membantu para pengiat seni dan budaya Sarawak.
Pada hari raya kedua saya dan keluarga berkesempatan menziarahi beliau dan keluarga di Hopskin Hospital di Singapura. Alhamdulillah, saya beraya di tempat isteri. Walaupun kelihatan lemah dan pucat tetapi beliau sempat bercakap mengenai budaya dan masalah orang Melayu di Sarawak dan bila sembuh nanti beliau mengajak saya membantu beliau dalam perjuangn ini. Saya kata ”InsyaAllah saya akan bantu tapi biarlah Dato berubat dan berehat terlebih dahulu.”
Kali terakhir saya bertemu beliau ialah di Pusat Perubatan Normah, Kuching pada pagi Jumaat, 13 Oktober apabila anak saya, Dr. Salawati memberitahu tentang keadaan kritikal. Walaupun tidak boleh dikunjungi tetapi alhamdulilah seorang jururawat membenarkan saya dan isteri masuk. Apabila saya pegang tangannya beliau telah membuka mata dan saya membisikan syahadah ke telinganya dan membisikan zikir menyebut nama Allah dalam hati dan minda. Beliau mengangukkan kepadanya dan memecit tangan saya. Pada malamnya saya memohon bantuan Mohd Bedari dari Yayasan Budaya Melayu menganjurkan majlis bacaan Yaasin dan solat hajat yang dipimpin oleh Hj. Joji. Di antara yang hadir ialah sdr. Zaini Ozea, Rasli Shahran dan beberapa rakan lain.

Monday, October 29, 2007

CORRIDOR: LORONG MELAYU KELIRU

Beberapa hari ini PM dan para pemimpin Melayu sibuk dengan NECER dan ECER. Dulu sibuk di Johor dengan SECER dan jadi ... dah lupa kerana sering ditukar dan keliru. Dari segi bahasa NECER dan ECER bukan Bahasa Melayu, seperti juga UMNO, FELDA, FELCRA, MSC dan banyak lagi. Bukan apa, kita marah orang bangsa lain jika tidak menggunakan Bahasa Melayu sehingga mempersoalkan kesetiaan dan kewarganegaraan mereka, khususnya orang Cina Malaysia. Maka dengan adanya ECER, NECER dan yang lain itu saya sebagai orang Melayu berasa keliru dan malu. Umpama berludah ke langit atau menempuk dari di dulang.

Di mana silapnya? Di pejabat perancang? Dalam mesyuarat perancang yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris? Banyak bijak pandai Melayu yang lebih pandai Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya dalam bahasa percakapan saja. Dan para pemimpin kita yang mengembar-gemburkan singkatan ini dalam ucapan mereka. Media Melayu seperti Utusan Malaysia pada hari ini dan yang lain-lain.

Saya bimbang orang kampung dan pegawai tidak faham. Bila tidak faham projek raksasa ini akhirnya kehilangan kekuatan dan menemui kegagalan. Kata orang lihat saja MSC. Apa itu? Multi-Media Super Corridor di Cyberjaya, sebuah gagasan terkehadapan satu dekad yang lalu, mendahului rancangan di Singapura dan Hongkong tetapi kini telah terkebelakang. Sudah sejuk dan tidak ada orang cakap lagi tentang projek ini. MSC perlu dikaji. Apakah sebabnya corridor atau lorong ini menemui jalan buntu untuk dijadikan teladan kepada corridors baru ini. Orang pengurusan kini bercakap mengenai lessons learned and best practices untuk terus menjadi nombor satu.

Hari ini juga Utusan Malaysia memuatkan berita mengenai penangguhan penggunaan Bahasa Inggeris untuk matapelajaran matematik dan sains pada peringkat UPSR. Bagus tetapi tidak bagusnya murid ada pilihan dalam peperiksaan dalam dua bahasa itu. Kita keliru lagi. Pemimpin dan perancang ragu-ragu dan tidak yakin. Jika tidak yakin kita jadi keliru seperti Si Luncai. Yang menjadi mangsa anak murid Melayu bila masuk IPT yang semua bangga dengan Bahasa Inggeris. Akhirnya jadilah kita Melayu keliru

Friday, October 12, 2007

RAMADAHAN DAN SYAWAL 1428

Seluruh warga UMM mengucapkan Selamat Syaum pada Ramadhan al-Mubarak dan semoga semua amal ibadah saudara diterima Allah SWT dan dimasukkan ke jannah.
Berakhirnya Ramadahan al-Mubarak disambut oleh Aidil Fitri Wal Faizin maka seluruh warga UMM memohonn maaf zahir batin, memohon dimaafkan tersalah kata, memohon dihalalkan makan-minum yang dijamu.
Jari sepuluh kami susunkan
Ampun dan maaf kami pohonkan
Minal aidin walfaizin
Mohon maaf lahir dan batin

Thursday, October 11, 2007

Seminar Sehari Sains Matematik Rumpun Melayu, 21 November 2007

Laboratori Innovasi Dalam Pendidikan Matematik, Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Akademi Sains Islam Malaysia akan menganjurkan Seminar Sehari Matematik Rumpun Melayu pada 21 November 2007. Seminar itu akan diadakan di Palm Garden Hotel, Putrajaya
dan mereka yang berminat boleh berhubung terus dengan etno@inform.upm.edu.my.

Saturday, June 30, 2007

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Mengalah lagi...

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Minggu lepas kabinet Malaysia yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah mengambil keputusan untuk mengubah keputusan lama supaya nama bahasa kita dipanggil Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Melayu. Keputusan ke atas keputusan lalu yang memartabatkan bahasa kita sebagai Bahasa Melayu adalah satu tamparan kepada bangsa Melayu di negara kita. Tamparan ini nampaknya tidak dirasakan sakit oleh orang Melayu, para budayawan dan para aktivitis Melayu. Ahli-ahli parlimen nampaknya berdiam diri dan membisu.
Semakin lama semakin terhakis maruah, martabat dan ketuanan Melayu di bumi sendiri. Ini berbeza dengan orang pendatang yang sering melenting apabila isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka disentuh oleh kita, belum lagi menjadi satu tamparan.Kita dan mereka yang sering mencari petunjuk dari Amerika, Britain dan Australia harus mengambil iktibar dari sana. Amerika menggunakan Bahasa Inggeris dan mereka menggelarnya American English dengan sistem ejaan yang berbeza. Ataupun Australian English. Ataupun Singapore English. China menggunakan Bahasan Mandarin bukan Bahasa China. Ini bukan soal perkauman; ini adalah hakikat tamadun ribuan tahun.Jadi dalam soal ini bukankah tidak baik Malaysia menggunakan Bahasa Melayu Malaysia.
Dan rakan-rakan lain boleh menggunakan nama seperti Bahasa Melayu Brunei, Bahasa Melayu Indonesia. Dalam internet sudah adalah Malay-Malay dan Malay-Brunei. Bahasa Malaysia/Malaysia Language tidak wujud di dunia dan dalam sejarah. Bahasa Malaysia juga tidak wujud dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia, undang-undang teringgi dalam Malaysia, mementerikan nama bahasa sebagai Bahasa Melayu yang dimenterikan sebagai Bahasa Rasmi.

Tuesday, April 24, 2007

Sejarah Melayu

Pensejarahan Melayu: Memperbaharui Makna Lamaª

Sanib bin Said




‘Tong raised his eyebrows. "Really?
They never told us that in the history books.
Are you sure?”’[1]



Pengenalan
Pensejarahan ialah istilah yang dicipta untuk erti yang sama dengan istilah Inggeris historiography. Erti istilah ini ialah satu bidang kajian mengenai karya-karya sejarah dan membuat penilain yang kritis berlandaskan teori-teori dan ide-ide sejarah. Memandangkan sejarah ialah ilmu yang cuba mengkaji tindak-tanduk manusia pada masa silam yang bergantung pada sumber fakta yang tidak pernah lengkap, maka pengkaji terpaksa menggunakan teori-teori tertentu, spekulasi, andaian dan tafsiran. Dengan menggunakan semua ini pengkaji akan terpengaruh dengan pendekatannya dan perasaannya. Apabila ini berlaku maka karya sejarahnya akan dinilai sama ada objektif atau subjektif, benar atau palsu, atau unsur bias dan mempunyai centricism tertentu.
Bagaimanapun tiada seorangpun sejarawan yang boleh objektif dan maha adil kerana setiap insan membesar dan dididik dengan berbagai pengaruh yang akan mewarnai cara dia melakukan penyelidikan dan kemudian menulis karya sejarahnya dengan sudut pentafsiran dan analisis yang tersendiri. Kesukaran ini pernah mencetuskan definisi sejarah sendiri daripada seorang sejarawan Jerman, von Ranke[2] dengan manteranya, “wie es eigentlich gewesen”, (semata-mata untuk memaparkan apa yang berlaku). Bagaimanpun ada sejarawan berpendapat jika sejarah hanya catatan mengenai apa yang berlaku pada masa silam maka kajian dan karya sejarah akan menjadi chronicle, senarai peristiwa yang membosankan tanpa sebarang erti apa-apa. Untuk mengelakkan daripada ini maka sejarawan E.H Carr mendefiniskan sejarah sebagai pentafsiran masa silam.[3] Bagaimanapun ini kadangkala membuat karya sejarah menjadi bahan kontroversil apabila berlaku pentafsiran yang mempunyai kecondongan tertentu. Dalam kerangka dan suasana seperti ini pensejarahan Sarawak boleh disoroti juga.

Mitos Brooke dan Great Britain
Negeri Sarawak mempunyai pensejarahan yang agak kaya dari segi kuantiti. Hampir setiap tahun ada saja buku mengenai sejarah Sarawak diterbitkan sama ada di dalam atau luar negeri. Bagaimanapun pensejarahan Sarawak masih mempunyai banyak kelemahan jika disorot dari pelbagai teori dan ide sejarah. Kelemahan yang paling ketara dan yang masih berterusan sejak awal abad ke-20 lagi ialah ketaksuban sejarawan mengenai periode Dinasti Brooke, 1841-1941. Bermula dengan karya biografi mengenai James Brooke, penulisan sejarah kemudian menggunakan penulis upahan seperti Baring-Gould dan C.A Bampfylde. Mereka telah menerbitkan sebuah buku, A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs pada tahun 1909.[4] Selepas itu terdapat dua buah buku yang diterbitkan pada tahun 1960 dan telah menjadi seakan-akan buku teks sejarah Sarawak. Yang pertama telah tulis oleh Steven Runciman, The White Rajahs: The History of Sarawak From 1841 to 1941[5] yang dilantik oleh Vyner Brooke dan buku yang kedua ditulis oleh Robert Payne, The White Rajahs of Sarawak[6] yang disokong oleh ahli keluarga Brooke yang bertelingkah, khususnya Bertram dan Anthony. Ketaksuban yang berlanjutan ini terbukti dengan muncul karya Bob Reece, The White Rajahs of Sarawak pada tahun 2005[7] walaupun Dinasti Brooke telah berakhir 64 tahun yang lalu. Di samping itu terdapat beberapa buah lagi buku mengenai dinasti ini.[8]
Ketaksuban ini telah mempengaruhi pemikiran dan pandangan umum, termasuk pelancong yang sekian ramai datang, bahawa seolah-olah Sarawak tidak mempunyai sejarah sebelum kemunculan seorang pemuda Inggeris bernama James Brooke. Buku-buku ini menunjukkan bias dan menafikan kebenaran yang menjadi ukuran pensejarahan seperti Ibn Khaldun.[9] Dalam hal ini penulis-penulis Barat seterusnya gagal memberi periodisasi yang sebenar dan adil kepada sejarah Sarawak yang merupakan ide sejarah yang sangat penting.
Sudah tentu juga James Brooke membawa latarbelakang tamadun Inggeris yang lebih besar dan hebat tanpa menghiraukan Pulau Borneo dan Kepulauan Melayu serta tamadun Melayu. Penulis-penulis ini melihat pembentukan Dinasti Brooke di sebelah timur sebagai percambahan perluasan Barat dalam zaman imperialisme dan mercantilisme mereka. Bob Reece dalam buku yang lebih awal pernah juga mengatakan bahawa Dinasti Brooke merupakan the bastard of British imperialism.[10] Kepincangan dalam penulisan sejarah oleh mereka ini boleh dicemuh sebagai Eurocentric. Mereka seolah-olah menulis “from the deck of the ship, the ramparts of the fortress, the gallery of the trading houses”.[11] Bagi Sarawak pula mereka meninjau dan menulis dari kapal James Brooke, Jolly Bachelor dan kemudian, The Royalist dan kapal perang angkatan laut seperti Dido.
Oleh kerana sudut pandangan Eurocentric begitu tebal penulis-penulis ini menyelitkan pengaruh moral Barat sendiri. Dalam hal ini mereka mentafsirkan James Brooke dan dinastinya sebagai penyelamat, the noble savage dan kononnya cuba menunaikan tanggungjawab mereka, the whitemen’s burden. Jadi mereka menjadi watak utama dalam sejarah atau dramatis personae[12] Bagi mereka orang Melayu dan Dayak sebagai the noble savages yang tidak bertamadun yang harus dididik oleh orang putih. Dengan kecondongan sedemikian seterusnya cuba mempertahankan kebaikan Brooke sebagai benevolent despots dan penentang mereka seperti Sharif Masahor, Rentap, Linggir, Datu Patinggi Hj. Abdul Gafur sebagai lanun dan pemberontak. Baring-Gould dan Bampfylde menemplak satu peristiwa sebagai The Malay Plot atau seperti Robert Pringle menamakan bukunya Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak Under Brooke Rule, 1841-1941.[13]
Penulis-penulis Barat ini sangat taksub khususnya dengan pengasas dinasti ini, James Brooke. Beliau digambarkan sebagai berani, bijak, penyayang dan suci kerana kekal membujang. Beliau menjadi romantic hero di barat dari dulu hingga sekarang kerana buku-buku popular dan rencana-rencana popular masih diterbitkan.[14] Gambaran yang memaparkan James Brooke sebagai bujang kerana telah tertembak pada bahagian kemaluannya mungkin satu pembohongan besar untuk menutup cerita bahawa beliau adalah seorang homosexual ataupun gay. Bujang melambangkan lelaki suci dan istimewa dan juga merujuk kepada Nabi Isa AS dan ini akan memukau penduduk Sarawak. Malah John Walker membuktikan bahawa ini memang terjadi apabila memetik catatan James Brooke sendiri:
“...they wash my hands and my feet, and afterwards with the water sprinkle their houses and gardens. Then the gold dust, with the white cloth which accompanies it, both of which have been presented by me, is placed in the field.”[15]
James Brooke nampaknya membiarkan saja perilaku ini kerana memperkuatkan pengaruhnya di kalangan penduduk di Sarawak. Ini serasi dengan konsep god-king seperti juga konsep devaraja.[16] Di samping itu juga pendidikan sekular memperlihatkan beliau mempunyai unsur philosopher-king.[17] Semua ini memperkuatkan kepatuhan penduduk dan menghalalkan beliau sebagai raja di kalangan penduduk yang belum celik.
Beliau membesar dikelilingi oleh wanita, iaitu empat orang kakak dan ibu sedangkan ayahnya berkhidmat di India yang menjadikan satu kemungkinan membentuk sikap kewanitaan beliau. James Brooke juga gemar melantik lelaki muda sebagai kakitangan awam di Sarawak. Contohnya ialah Hugh Low dan Spencer St. John dan mereka telah menulis buku di mana mereka turut menulis mengenai kewanitaan James Brooke.[18] Sesungguhnya jika beliau telah cedera di tempat itu maka sudah tentu beliau tidak mempunyai anak haram bernama Reuben George Walker.[19] Sejarawan dari Australia, John Walker telah berjaya menemui sumber memberi implikasi bahawa James Brooke pernah berkahwin dengan adinda saudara Raja Muda Hashim bernama Pengiran Fatikmah yang kemudian melahirkan seorang anak juga.[20]
Sebelum dialog Tong yang dipetik di atas, pengarang menulis demikian:
‘”What about James Brooke?” I asked. ‘He was ....That is he didn’t ....Look....He was’. I couldn’t remember a polite term. In my Indonesianised Malay I would have to call him an orang sakit, a sick person’ I wasn’t going to do that. Then I recalled the punchline of a joke. “Pondan”, I said. Then in English, “It’s obvious he was gay.”

Bila atau Apa?: Merekonstruksi Sejarah
Pada tahun 1988 saya telah membentangkan sebuah kertas kerja dalam seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak berjudul, “Sarawak History: Where Do We Begin?”.[21] Sembilanbelas tahun yang lalu saya mempersoalkan pensejarahan Sarawak yang dimulakan dengan kehadiran James Brooke pada tahun 1841 sebagai tidak benar dalam aspek ide dan kaedah sejarah mengenai periodisasi. Untuk membuktikan bahawa Sarawak mempunyai sejarah lebih awal daripada kehadiran si bujang dari England itu, saya telah berusaha mencari fakta-fakta yang berkaitan. Saya telah memulakan penyelidikan saya dengan menelaah Alamat Zaman Katahtaan Nagari Baruni (AZKNB).[22] Karya sejarah tua ini dalam tulisan Jawi-Melayu Brunei mencatatkan:
“Alkisah peri mengatakan zaman dahulukala di nagari Barunai berugama kafir
pada zaman itu nagari Barunai mengantar upti ka Majapahit satahun satampayan
air pinang muda maka apakala Awang Alak Batatar menjadi raja tiadalah baginda
manghantar upti lagi ka maja patih ratu Majapahit
pun sudah mati dan patih gajah mada pun mati nagari majapahit pun tiada daya ... damikian riwayatnya –
maka Awang Alak Batatar .... dangan Patih Barbai asal raja datang
ghaib .... pengawa jadi pangiran ialah yang sangat gagah barani
pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan nagari
Juhur Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar
ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jajdi bendahara
Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi pangawa dan dianugerahi oleh
Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar
Dangan ... babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta
Sakalian alat2 karajaan yang barbagai-bagai dan dianugerahi ...buah nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan
Sarawak karana di pulau ...Juhur pun mamarintah juga ialah
Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah
parintah sultan Barunai damikianlah riwajatnya pada zaman dahulukala.” [23]

Petikan di atas ini mengandungi fakta dan makna yang sangat penting mengenai sejarah Sarawak. Penulis karya sejarah awal ini telah memaparkan periodisasi dan ruang dan masa.[24] Fakta utama ialah nama Sarawak dan tarafnya sebagai negeri dan begitu juga yang lain iaitu Kalaka, Saribas, Rajang, Sabangan dan Samarahan yang semuanya pada sautu ketika dahulu adalah negeri-negeri di bawah negeri Johor. Adalah tidak benar sama sekali bahawa nama Sarawak itu berasal dari ungkapan “serah kepada awak [James Brooke]”. Kajian saya selanjutnya menunjukkan bahawa Sarawak, Samarahan, Sadong, Kalaka, Saribas dan Rajang mempunyai fakta-fakta yang cukup lama yang menunujukkan semua ini pernah menjadi pusat petempatan yang tua dan penting. Sumber-sumber arkeologi di Santubong membuktikan Sarawak dan begitu juga di Sadong dan Samarahan. Sumber-sumber China dan Barat membuktikan bahawa Kalaka dan Rajang juga merupakan pusat-pusat petempatan yang lama. Justeru itu sebelum kedatangan si bujang, James Brooke, pantai utara Borneo ini telah mempunyai pusat ketamadunan dalam bentuk beberapa buah negeri.
Satu perkara yang sangat menarik juga ialah hubungan dengan empayar besar Majapahit, Barunai dan Melaka-Johor. Perihalan yang diberikan oleh penulis AZKNB tentang hubungan ini melengkapkan gambaran besar tentang entiti sosio-politik Kepulauan Melayu. Inilah makna sejarah yang lebih besar yang harus diperbaharui. Walaupun ada golongan sarjana yang ingin menafikan kewujudan dan kesejarahan gagasan Kepulauan Melayu seperti apabila mereka membahaskan Kemelayuan atau istilah yang mereka gunakan, Malayness, namun sejarah adalah kebenaran yang tidak boleh dipadamkan dari dunia.[25] Kesilapan mereka ini ialah meneropong Kepulauan Melayu ini seperti nation-state, satu bangsa-satu negara dan yang kononnya telah mejadi sebuah masyarakat yang homogenous dan budaya yang monolitik, mereka akan menjadi bingung dan dapat membuat satu rumusan sesuai dengan teori yang mereka pelajari.
Mungkin sebuah karya sejarah tulisan Fernand Braudel mengenai sejarah persekitaran Laut Mediterranean yang melihat dalam aspek cultural zones boleh memperbaharui makna lama berasaskan pada ruang dan masa Kepulauan Melayu yang begitu luas.[26] Pemikiran seperti ini rupanya pernah dicetuskan oleh Mohd Ariff dan Lombard pada tahun 1997 bahawa Kepulauan Melayu mirip kepada alam persekitaran Luatan Mediterranean dan menamakannya Mediterranean of the Orient.[27] Di samping itu juga sejarawan purba terkemuka, George Coedes dan sejarawan Asis Tenggara, D.G. Hall pernah mengolongkan Kepuluan Melayu sebagai the Indianized States.[28] Oleh yang demikian semenjak zaman purba lagi Kepuluan Melayu telah ditafsirkan sebagai sebuah ruang dan masa yang mempunyai identiti Kemelayuan. Dalam perjalanan masa yang lama dan ruang yang besar itu mungkin makna dan pentafsiran menggunakan zon budaya akan memperbaharui makna pensejarahan lama.
Kepulauan Melayu yang sangat luas yang terdiri dari ribuan pulau-pulau dan semenanjung mungkin boleh dibahagikan kepada beberapa zon budaya sebagai kerangka memahami dinamika rumpun Melayu. Kerangka tersebut mungkin boleh dicadangkan seperti berikut: 1. Zon Persekitaran Selat Melaka, 2. Zon Jawa, 3. Zon Borneo, 4. Zon Sulawesi dan 5. Zon Philippines. Dalam perjalanan masa sejarah sesebuah zon telah menjadi unggul dan menundukkan yang lain dan menjadi pusat utama yang meneruskan dan menyemarakan tamadun Melayu. Sumber tertua ialah di Zon Borneo di mana muncul Kerajaan Kutai bertarikh 450 M. Bagaimanapun nampaknya Sriwijaya bertarikh 670 M di Zon Persekitaran Selat Melaka yang berjaya menjadi unggul dan semarak hingga menjadi sebuah empayar Melayu yang pertama meliputi Semenanjung. Pada zaman inilah nama Melayu terawal sekali dicatat oleh jurutulis China di samping Batu Bersurat Kedudukan Bukit. Palembang yang dikatakan sebagai pusat Sriwijaya, kadangkala ada juga sejarawan meletakannya di pantai utara Borneo, sangat tersohor sebagai pusat pelabuhan dan agama. Keunggulan empayar Sriwijaya berlanjutan sehingga runtuh pada abad keduabelas akibat serangan dari Chola di India dan Majapahit di Jawa.
Majapahit dari Zon Jawa bangkit dan menjadi unggul di Kepualaun Melayu. Empayar Majapahit meliputi seluruh Zon Persekitaran Selat Melaka dan Zon Borneo. Jika dibandingkan Majapahit adalah empayar yang terunggul dan menjadi ingatkan penulis-penulis sejarah awal dalam bentuk syair, hikayat dan silsilah. Pemimpinnya yang terhebat ialah Patih Gajah Mada dan perjuangan beliau disemadikan dalam Sumpah Palapa:
“Lamun huwus kalah nusantara ingsun amukti palapa ...”
“Aku tidak akan makan buah palapa kegemaranku
sehingga aku menyatukan Nusantara.”
Dalam kitab karangan jurutulis Majapahit, Prapanca berjudul Negarakartagama ada disebutkan takluk empayar ini meliputi Sawaku yang besar kemungkinan Sarawak dan Bruneng yang ditafsir sebagai Brunei. Terbukti juga kehebatan Majapahit dan Gajah Mada dalam silsilah raja-raja Brunei di mana ufti yang terpaksa dihantar ke Jawa ialah setampayan air pinang muda.[29] Kesan keunggulan Majapahit sangat besar dan mendalam dalam kebudayan di Zon Borneo. Hikayat Datu Merpati Jepang meriwayatkann pembentukan kerajaan Sarawak yang berpusat di Santubong dengan kehadiran Raja Jarum dari Jawa. Sumber arkeologi yang banyak bertarikh dari abad ke-10 hingga ke-13 adalah fakta tentang tamadun di Santubong dan kebesarannya telah melahirkan Lagenda Puteri Santubong.[30] Nama gelaran seperti Patinggi, Pangeran, Awang dan lain-lain yang berbau Hindu-India adalah peninggalan pengaruh empayar Majapahit.
Kerajaan Brunei kemudian berjaya membina kekuatan dan empayar tersendiri terlepas dari naungan Majapahit seperti yang terdapat dalam perisitwa sabung ayam dalam Syair Awang Samaun yang menunjukkan kemenangan kepada Brunei. Brunei telah membentuk empayar yang meliputi seluruh Pulau Borneo dan Philippines. Walaupun kerajaan Brunei telah wujud sejak abad kesepuluh apabila disebut dalam riwayat China sebagai Po-ni tetapi kegemilangannya mungkin bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-16.
Empayar Majapahit telah digantikan oleh Empayar Melaka dari Zon Persekitaran Selat Melaka pada abad ke-15. Bagaimanapun keadaan mulai berubah kerana kerajaan-kerajaan di Kepulauan Melayu telah menjadi maju, kuat dan mempunyai kepintaran membentuk sistem pemerintahan lengkap dengan undang-undang bertulis. Empayar Melaka mewariskan kebudayan baru dengan agama Islam-Arab yang menjadi arus utama mengantikan budaya Hindu-India. Agama-budaya baru ini tersebar ke seluruh Kepulauan Melayu bersama negeri kesultanan yang semakin bercambah.
Sarawak adalah salah sebuah negeri ketika itu. Entah bagaimana pula dalam perjalanan masa sejarah, Sarawak berada di bawah empayar Johor[-Riau] bersama yang lain. Oleh itu mungkin kerana faktor ini ratusan tahun kemudain Sultan Tengah telah pergi ke Johor pada abad ke-17.[31] Dalam pengembaraannya Sultan Tengah telah berbuat sebuah negeri bernama Sambas yang boleh dikatakan tidak jauh dari Sarawak dari segi geografis mahupun budayanya. Baginda mempunyai isteri dan beberapa orang putera-puteri dan tinggal di sana agak lama. Pada satu hari baginda akhir teringin pulang ke Sarawak tetapi telah dibunuh oleh pengayuhnya sendiri dan dimakamkan di kaki Gunung Santubong. Sarawak kembali dinaungi oleh kesultanan Brunei sehinggalah kemunculan si bujang, James Brooke dari England yang menjadi raja pada tahun 1841.


Rumusan dan Kesimpulan
Sarawak mempunyai sejarah yang lebih lama sebelum kehadiran James Brooke. Sejarah yang lama itu telah diwarnai oleh tamadun yang telah ada dalam ruang dan masa di Kepuluan Melayu. Penduduk dan kerajaan di kepulauan ini mempunyai ciri-ciri kesamaan kerana wujudnya zon-zon sosio-politik. Empayar-empayar telah muncul, berkembang dan runtuh silih berganti menjadikan Kepulauan Melayu ini begitu dinamik dan tidak pernah tunduk. Di dalam ruang dan masa Kepulauan Melayu ini telah membangkitkan tamadun yang dibina oleh Sriwijaya, Majapahit, Melaka, Brunei dan Johor-Riau dan Pulau Borneo serta Sarawak adalah sebahagian dari keunggulan tersebut yang mewarnai masa silam Sarawak. Pensejarahan dengan memperbaharui makna lama ini kita akan lebih mudah memamaparkan sejarah Sarawak dengan lebih tepat lagi.
Memperbaharui makna lama dalam pensejarahan Sarawak bermaksud kita akan menolak banyak pembohongan dengan James Brooke yang memulakan dinasti Inggeris ini. Sejarawan-sejarawan Barat sejak sekian lama sehingga ke hari ini bersikap Euro-centric dan taksub dengan James Brooke. Sikap bias yang dipengaruhi oleh sistem moral dan nilai Barat telah berjaya mencipta si bujang , James Brooke seorang yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri kenabian untuk memperalatkan the noble savage di kalangan pemimpin dan penduduk bumi Sarawak di samping untuk memuaskan nafsu perluasan dan kekuasan imperialisme dan mercantilisme Inggeris. Pensejarahan seperti ini tidak menepati ide objektiviti dan bercanggah dengan definisi sejarah sebagai kebenaran. Banyak fakta yang tidak ditulis dalam buku sejarah pada masa ini. Ini adalah pembohongan yang merupakan pantang-larang dalam penulisan sejarah. Sebaliknya seperti kebijaksanaan penulis silsilah dan hikayat melihat sejarah kita yang lebih tua dan besar dan dengan yang demikian mungkin kita akan memperbaharui makna lama dalam menulis semula sejarah Sarawak.
ª Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Sejarah Sarawak: Menyelusuri Sejarah, 2-3 September 2006, Merdeka Hotel, Kuching.
[1] Nigel Barley, The White Rajah: A Biography of Sir James Brooke, Little, Brown, London, 2002. Barley is a curator in the Ethnography Department, British Museum.
[2] Leopold von Ranke, History of the Reformation in Germany, (terjemahan),Routledge, London, 1905
[3] E.H. Carr, What Is History, Penguin Books, Middlesex, 1961.
[4] Bamphlye and Baring-Gould, A History of Sarawak Under the Rule of the White Rajahs, 1908
[5] Steven Runciman, The White Rajahs: The History of Sarawak From 1841 to 1941, Cambridge University Press, Cambridge, 1960.
[6] Robert Payne, The White Rajahs of Sarawak, Funk and Wagnall, New York, 1960.
[7] Bob Reece, The White Rajahs of Sarawak: A Borneo Dynasty, Archipelago Press, Singapore, 2004
[8] Nigel Barley, White Rajah: A Biography of Sir James Brooke, Little Brown, London, 2002
[9] Ibn Khaldun yang dinobatkan sebagai bapa sejarah moden dunia mendefinisikan sejarah sebagai kebenaran, lihat Ibn Khaldun, Mukadimmah, terj. Rosenthal, 1958
[10] Lihat Robert Reece, The Name Brooke: The End of White Rajah Rule in Sarawak, OUP, Kuala Lumpur, 1982.
[11] J.C. Van Leur, Indonesian Trade and Society, The Hague, 1955
[12] Sartono Kartodirdjo, Indonesian Historiography, Penerbit Kanisius, Yogjakarta, 2001.
[13] Robert Pringle, Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak Under Brooke Rule, 1841-1941, MacMillan, London, 1970. Bagaimanapun buku ini mendapat sanjungan para sarjana kerana mempunyai sudut pandangan rakyat yang tertindas, mungkin pendekatan Marxian. Satu contoh yang menarik juga ialah George Rude, The Crowd in History: A Study of Popular Disturbances in France and England, 1730-1848, Serif London, Kuala Lumpur,1999. Pertama terbit 1964.
[14] Contohnya C. Pybus, The White Rajahs of Sarawak: Dynastic Intrigue and the Forgotten Canadian Heir, Douglas and McIntyre, Vancouver, 1996; Pauline Hemery, Emma and the White Rajahs of Dartmoor,; Dalam Bahasa Perancis, contohnya, Halsgrove, Trowbridge, UK, 2002; lihat Lionel Crooson, “Les Rajahs blancs de Borneo”, Historia, September 2005, ms. 38-43, Paris dan sering berada di Kuching selama berbulan-bulan menulis sebuah buku mengenai Brooke.
[15] John Walker, Power and Prowess: The Origins of Brooke Kingship in Sarawak, Allen & Unwin, Sydney, 2002, ms. 63.
[16] Lihat Herman Kulke, “ The Early and the Imperial Kingdom in Southeast Asian History” dlm. David . Marr and A.C Milner (ed.), Southeast Asia in the 9th to 14th Centuries, Research School of Pacific Studies, Australian National University, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, 1986, ms. 1-22.

[17] Lihat Dankwart Rustow, Philosophers and Kings: Studies in Leadership, George Braziller, NY,1970.
[18] Hugh Low, Sarawak: Its Inhabitants and Productions; Being Notes During a Residence in that Country with H.H. The Rajah Brooke, pertama 1848, 1988; Spenser St. John, Life in the Forest of the Far East, pertama 1862.
[19] Bob Reece, The White Rajahs
[20] Lihat John Walker, opcit. Charles Brooke, anak saudara beliau yang menjadi Rajah Kedua, mempunyai dua orang anak luar nikah dengan gadis Melayu semasa mentadbir Simanggang yang kemudian dinyahkan ke Kanada.
[21] Sanib bin Said, “Sarawak History: Where Do We Begin?”, SAWAKU, Jurnal PSMCS, 1990
[22] Naskah ini adalah dari Jabatan Muzium Sarawak, salinan diperolehi pada tahun 1988 dan telah saya lakukan transliterasi.
[23] Ibid., ms.2, baris 1-19.
[24] Ini adalah konsep space and time di mana space merujuk kepada tempat dan time pula merujuk kepada bila peristiwa berlaku.
[25] Lihat Timonthy P. Banard (ed.), Contesting Malayness: MalayIdentity Across Boundaries, Singapore University Press & Ridge Books, Singapore, 2002.
[26] Fernand Braudel, The Mediterranean and the Mediterranean World in the Age of Philip II, vol.2, terjemahan Bahasa Inggeris, 1995; asal dalam Bahasa Perancis, Mediterranee et le monde meiterraneen a l’epoque de Philippe, 1949. Buku ini dianggap sebagai sebuah karya agung sejarah pada abad ini. Beliau digolongkan sebagai ahli falsafah sejarah yang dikenali sebagai Annales. Saya telah menggunakan istilah socio-political area dalam sebuah artikel, “Sarawak History: Where Do We Begin?”, Sarawak Museum Journal. Konsep ini telah menjadi jelas hasil perbincangan dengan Prof. Abdul Halim Ali, Kursi Nusantara, UNIMAS, 2006.
[27] Mohd. Ariff bin Yusof dan D. Lombard, Cultures in Contact, KKKPM dan EFEO, Kuala Lumpur, 1997 yang telah dipetik oleh Hanapi Dollah, ‘Warisan Kebudayaan Kerajaan Melayu di Pulau Borneo”, kertas kerja, Bengkel Kajian Naskah Kesultanan Melayu VII, 22-24 Ogos 2006, Kuching.
[28] G. Coedes, The Indianized States of Southeast Asia, OUP, Kuala Lumpur, dan D.G Hall, Sejarah Asia Tenggara, terjemahan, DBP, 1974, cetakan kelima 1984.
[29] Ada pendapat mentafsirkan air pinang ini adalah untuk pewarna batik. Sebenarnya sehingga sekarang buah pinang merupakan sumber perwarna.
[30] Muzium Sarawak telah membuat kajian arkeologi pada tahun 195an. Santubong bukan dari perkataan China yang bermaksud babi hutan
[31] Sultan Brunei telah melantik anak baginda menjadi Sultan Tengah bagi jajahan Sarawak pada abda ke-17. Baginda digelar sultan pertama dan terakhir Sarawak. Lihat Perhin Datu Seri Utama Dr. Hj. Mohd. Jamil Al-Sufri, Sultan Tengah: Sultan Sarawak Pertama dan Terakhir, Pusat Sejarah, 1995.

Sunday, April 01, 2007

WAWASAN Universiti Melayu Maya (UMM)

Saya telah berbincang dengan Profesor Hj. Abdul Halim Ali minggu lepas. Saya juga telah memperlihatkan laman blogg UMM. Beliau menyokong impian ini. "Tiada salah kita buat Universiti Melayu seperti juga Chinese University di Hongkong di mana Naib Canselor adalah warga Malaysia, Prof. Wang Gangwu. Begitu juga Nanyang University, orang China di luatan selatan ...." Saya menambah bila dilayari maya terjumpa dengan Jewish University in Cyber (JUICE) dan juga memang sudah wujud Hebrew University.
Kami terus berbincang. Wawasan UMM ialah untuk mempastikan janji Hang Tuah, "Melayu tak akan hilang di dunia" dari segi kesarjanaan yang termantap melalui teknologi maya ke seantero dunia. Global!
Untuk permulaan ini Profesor Abdul Halim mencadangkan kami akan membantu siswa-siswi di mana juga mereka berada di dunia ini. Ini mungkin dalam berbagai bentuk seperti nasihat akademik, berbincang mengenai teori dan topik kuliah, berbincang mengenai topik esei dan tesis. Kami juga bercadang menyenaraikan buku-buku rujukan yang terpenting dan terbaru. Di samping itu juga kami ingin menjemput sdr semua berkongsikan penyelidikan yang sedang sdr. jalankan ataupun yang sedang diusahakan oleh sesiapa saja yang sdr. tahu.
Kami mengalu-alukan cadangan dari sdr dari seluruh dunia.

Saturday, March 17, 2007

Universiti Melayu/Malay Univeristy

UNIVERSITI BARU
Ini hanya suatu angan-angan dan ilham dan insyaAllah akan menjadi kenyataan pada masa depan. Pastinya dengan sumbangan dan bantuan anda di mana juga anda berada. Pada ketika ini biar saja berlegar di alam maya siber antara kita.
Baca juga ini seperti Chinese University di Hongkong, Nanyang University di Singapura, The American University di Beirut dan lain-lain lagi. Ide seperti Universiti Melayu bukanlah sesuatu yang baru atau bukan kerana didorong oleh suatu perasaan. Seperti universiti-universiti yang disebut itu maka samalah tujuannya. Tujuan asas ialah untuk tujuan kesarjanaan dalam apa juga bidang yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.
Pasti juga universiti-univeristi lain kita boleh mencadangkan struktur organisasi seperti fakulti-fakulti, jabatan-jabatan boleh diketengahkan. Kemudian bagaimanapula kita akan mengambil siswa-siswi nanti

Salam

Alhamdulillah, salam untuk semua yang termasuk ke blog ini. Sekadar percubaan.