Saturday, April 26, 2008

TIDAK PAKAI SONGKOK: KENAPA TAK MINTA MAAF?

Kalau Hishamudin telah didesak, dikeji, diperli, dibuli, diperlekeh...dan hari ini tunduk mohon maaf dan mengalah, kenapa UMNO dan orang Melayu tidak desak, tekan mereka sehingga mohon maaf?  Apa dah jadi dengan Melayu?

CIUM KERIS: KETUA PEMUDA UMNO MOHON MAAF

BERNAMA melaporkan Hishamudin, Ketua Pemuda UMNO, telah memohon maaf kepada bukan Melayu Malaysia, Cina dan India, yang terasa tersinggung apabila beliau mencium keris pada Persidangan Pemuda UMNO yang lalu.  Najib dilaporkan oleh BERNAMA mempertahankan tindakan Hishamudin memohon maaf yang tiada kena mengena dengan maruah bangsa Melayu. Tindakan ini dikatakan telah menjadi satu faktor yang menyebabkan merundumnya undi untuk BN.

Anwar Ibrahim pula laporkan berkata orang Melayu tidak perlu bimbang mengenai keadaan semasa.  Beliau juga berkata Pakatan Rakyat mungkin boleh membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum 16 September ini.

Jadi Melayu tidak perlu bimbang?  Tak perlu buat apa?  Orang lain boleh buat apa saja?

Thursday, April 24, 2008

CLINTON OR OBAMA; black or white?: RACIAL POLITICS IN US

This is an excerpt from CNN News.  So do not always curse Malaysia of having race elements in the election or in other things.  Food for thought, think before talking.

"The results in Pennsylvania followed trends set in previous contests: Clinton won the white vote, Obamawon the black vote; Clinton won the older vote, Obama won the younger vote; Clinton won in rural areas, Obama carried the urban vote. Video Watch what Obama's campaign says about the results »

Look for Clinton to head into upcoming contests with the message that Obama can't win in the big states like Pennsylvania and Ohio that Democrats will need to regain the White House.

The focus is now on the next two contests on May 6: Indiana and North Carolina. Polls show Obama has a comfortable lead in North Carolina but Clinton won't give up on the state. Her husband, former President Bill Clinton, will be campaigning there on Wednesday.

It's doubtful that Clinton can overtake Obama in North Carolina; he has won all the southern states and their large black populations except for Arkansas, where Clinton was first lady when Bill Clinton was governor.

But part of the reason the Clintons will campaign in North Carolina is to make it necessary for Obama to spend more time there and away from Indiana, where polls show a tight race.

Obama needs a victory in Indiana to prove that he can win a large rust-belt state to bolster his case that he can carry the states needed to beat Sen. John McCain, the presumptive Republican nominee.

Clinton has to cut into Obama's base to gain ground. And barring a major misstep by the Obama campaign, her best chance may hinge on attacking Obama and raising doubts in voters' minds.

Clinton's challenging Obama's electability is also aimed at Democratic superdelegates, the elected officials and party leaders who are free to vote for whichever candidate they choose.

With neither candidate able to reach the 2,025 delegates needed for the nomination, those superdelegates will decide who gets the nomination."

Friday, April 18, 2008

#2 UMNO Sudah Jadi Parti Tauke?

Semalam saya makan tengah hari bersama seorang profesor dari UMM dan terus mengajukan buah fikiran hari ini mengenai UMNO telah menjadi sebuah parti tauke.  Perubahan ini mungkin salah satu faktor mengapa UMNO kehilangan undi yang agak banyak dalam pilihan raya yang lalu; bukan kalah keseluruhannya hanya kalah di 5 negeri dan masih menang parlimen.  Sahabat saya mengatakan UMNO telah ditubuhkan oleh rakyat jelata, pekerja biasa, petani, nelayan, guru dan sedikit professional.  Mereka ini mengeluarkan duit sendiri dan mengutip derma sendiri untuk memperjuangkan politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Tetapi kini UMNO telah menjadi parti tauke, parti orang bisnis dan orang kaya.  Sekurang-kurangnya mereka menguasai parti dari peringkat kampung hingga di peringkat pusat. Mungkin ada niat turun bersama rakyat tetapi tidak ada masa untuk melaksanakannya.  Sibuk bisnis.  MCA cuba menyelesaikan masalah imej tauke ini dengan menubuhkan Khidmat Aduan Awam yang sering mendapat tempat dalam akhbar, termasuklah orang Melayu yang minta bantuan.  Mana UMNO?  Langkah ini telah memberi gambaran yang MCA berjiwa rakyat. Begitu juga dengan program Langkawi.

Imej tauke ini mungkin terpapar apabila ada cerita mengatakan banyak calon UMNO tiba-tiba muncul di kampung-kampung dengan dengan kereta Mercedes, Porsche, Ferrari, Lexus dan sebagainya. Seorang penulis pojok dalam sebuah akhbar nasional ada menyebut kisah ini yang berlaku di Kelantan.  Baguslah Melayu kaya dalam pemikiran logik tetapi imej kaya ini mungkin jurang pemisah dan pertembungan kelas dalam masyarakat Melayu baru.  Wallahu alam.

Thursday, April 17, 2008

UMNO Sudah Jadi Parti Tauke?

UMNO kehilangan banyak pengundi pada pilihan raya yang lepas.  Kenapa?  Inilah pertanyaan yang masih berkisar dalam benak semua rakyat Malaysia sama ada Melayu atau bukan Melayu; sama ada ahli parti atau sebaliknya.  Saya teringat kisah MCA pada suatu ketika dulu.  MCA pernah ditohmah sebagai parti towkay sehingga pergolakan meletus.  Lebih awal dari itu ialah sebilangan orang Cina masuk MCP yang konon pembela si miskin.  Maka timbul pergelutan antara kelas.

Apakah UMNO sudah menjadi parti tauke? Pergelutan antara kelas telah tiba dalam masyarakat Melayu?  Antara dua darjat seperti cerita filem P. Ramlee?

Friday, April 04, 2008

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU, 2-3 Mei 2008: Baru terngadah

Sebelum jam 8 pagi hari ini saya menemui sepucuk surat pos laju Pos Malaysia di dalam lubang kotak surat rumah saya. Apa agaknya penting sangat. Rupanya surat jemputan menjadi pembahas sebuah kertas kerja kongres tersebut yang ditandatangani oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Ismail Hussein, Ketua Satu GAPENA. Kongres ini akan diadakan di Johor International Convention Center (PERSADA), Johor Bahru, 2-3 Mei 2008.

Kongres ini tidak menyatakan mukadimah dan objektifnya kecuali tema, "Kedaulatan Melayu-Paksi Kewujudan Bangsa". Terdapat juga penjelasan , "Hasrat kami ialah utuk menghasilkan resolusi-resolusi yang mewakili tema terakhir kongres dan seterusnya melakukan tindakan-tindakan susulan yang berkesan."

Jelaslah bahawa kongres ini adalah reaksi Melayu yang tidak berpolitik dalam parti politik terhadap kekalahan UMNO pada pilihanraya yang baru lepas. DAP akhirnya mencapai cita-cita menawan P. Pinang, Perak dan Selangor. Secara umumnya ini adalah kekalah Melayu, terhakisnya maruah Melayu dan ketuanan Melayu di negeri sendiri.

Di bahagian bawah tercatat, "DIJADUALKAN PERHIMPUNAN NGO MELAYU YANG TERBESAR PERNAH DIADAKAN - MENGGABUNGKAN GERAKAN RAKYAT, KECENDIAKAWANAN & KEBANGSAAN MELAYU DI MALAYSIA".

Kertas kerja yang akan dibentangkan ialah seperti berikut: Kedaulatan Politik Melayu oleh Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar; Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Prof. Dr. Hjh Ramlah Adam; Kedaulatan Agama, Budaya dan Pendidikan Melayu oleh Dato' A Aziz Deraman dan Kedaulatan Ekonomi Melayu oleh Dato' Seri Hj Mohd Yusof Latiff.

Atur cara lain ialah Persidangan Meja Bulat dan Resolusi dan Mengadap Kebawah Dulu YMM Sultan Johor.

Mungkin betul peri bahasa Inggeris too little too late. NGO Melayu hanya bangun apa bila ada krisis seperti yang kita hadapi sekarang; jika tak tidur saja menuggu UMNO, PAS dan PKR dengan agenda sempit pertubuhan masing-masing. Hanya GAPENA saja yang aktif tetapi mungkin sudah tua dan letih dan tidak dalam arus perdana lagi. NGO bukan Melayu setiap waktu bergerak setting the agenda for our leaders and all of us to follow seperti ASLI, Young Malaysian, Malaysiakini, Yayasan Strategi Sosial, Sisiters in Islam dllnya.

Di samping itu kita harus juga berjuang berlandaskan Perlembagaan yang mementerai hak-hak kita. Kita juga harus di arus perdana muda dan teknologi maklumat. Jangan tunggu kerajaan saja. Kerajaan kata blog penting barulah kita sibuk nak main blog. Bagaimanapun syabas dan tahniah masih ada yang sayang Melayu dan berani mengaku Melayu. Hidup Melayu. Salam perjuangan.