Friday, April 04, 2008

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU, 2-3 Mei 2008: Baru terngadah

Sebelum jam 8 pagi hari ini saya menemui sepucuk surat pos laju Pos Malaysia di dalam lubang kotak surat rumah saya. Apa agaknya penting sangat. Rupanya surat jemputan menjadi pembahas sebuah kertas kerja kongres tersebut yang ditandatangani oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Ismail Hussein, Ketua Satu GAPENA. Kongres ini akan diadakan di Johor International Convention Center (PERSADA), Johor Bahru, 2-3 Mei 2008.

Kongres ini tidak menyatakan mukadimah dan objektifnya kecuali tema, "Kedaulatan Melayu-Paksi Kewujudan Bangsa". Terdapat juga penjelasan , "Hasrat kami ialah utuk menghasilkan resolusi-resolusi yang mewakili tema terakhir kongres dan seterusnya melakukan tindakan-tindakan susulan yang berkesan."

Jelaslah bahawa kongres ini adalah reaksi Melayu yang tidak berpolitik dalam parti politik terhadap kekalahan UMNO pada pilihanraya yang baru lepas. DAP akhirnya mencapai cita-cita menawan P. Pinang, Perak dan Selangor. Secara umumnya ini adalah kekalah Melayu, terhakisnya maruah Melayu dan ketuanan Melayu di negeri sendiri.

Di bahagian bawah tercatat, "DIJADUALKAN PERHIMPUNAN NGO MELAYU YANG TERBESAR PERNAH DIADAKAN - MENGGABUNGKAN GERAKAN RAKYAT, KECENDIAKAWANAN & KEBANGSAAN MELAYU DI MALAYSIA".

Kertas kerja yang akan dibentangkan ialah seperti berikut: Kedaulatan Politik Melayu oleh Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar; Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Prof. Dr. Hjh Ramlah Adam; Kedaulatan Agama, Budaya dan Pendidikan Melayu oleh Dato' A Aziz Deraman dan Kedaulatan Ekonomi Melayu oleh Dato' Seri Hj Mohd Yusof Latiff.

Atur cara lain ialah Persidangan Meja Bulat dan Resolusi dan Mengadap Kebawah Dulu YMM Sultan Johor.

Mungkin betul peri bahasa Inggeris too little too late. NGO Melayu hanya bangun apa bila ada krisis seperti yang kita hadapi sekarang; jika tak tidur saja menuggu UMNO, PAS dan PKR dengan agenda sempit pertubuhan masing-masing. Hanya GAPENA saja yang aktif tetapi mungkin sudah tua dan letih dan tidak dalam arus perdana lagi. NGO bukan Melayu setiap waktu bergerak setting the agenda for our leaders and all of us to follow seperti ASLI, Young Malaysian, Malaysiakini, Yayasan Strategi Sosial, Sisiters in Islam dllnya.

Di samping itu kita harus juga berjuang berlandaskan Perlembagaan yang mementerai hak-hak kita. Kita juga harus di arus perdana muda dan teknologi maklumat. Jangan tunggu kerajaan saja. Kerajaan kata blog penting barulah kita sibuk nak main blog. Bagaimanapun syabas dan tahniah masih ada yang sayang Melayu dan berani mengaku Melayu. Hidup Melayu. Salam perjuangan.

No comments: