Saturday, April 26, 2008

CIUM KERIS: KETUA PEMUDA UMNO MOHON MAAF

BERNAMA melaporkan Hishamudin, Ketua Pemuda UMNO, telah memohon maaf kepada bukan Melayu Malaysia, Cina dan India, yang terasa tersinggung apabila beliau mencium keris pada Persidangan Pemuda UMNO yang lalu.  Najib dilaporkan oleh BERNAMA mempertahankan tindakan Hishamudin memohon maaf yang tiada kena mengena dengan maruah bangsa Melayu. Tindakan ini dikatakan telah menjadi satu faktor yang menyebabkan merundumnya undi untuk BN.

Anwar Ibrahim pula laporkan berkata orang Melayu tidak perlu bimbang mengenai keadaan semasa.  Beliau juga berkata Pakatan Rakyat mungkin boleh membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum 16 September ini.

Jadi Melayu tidak perlu bimbang?  Tak perlu buat apa?  Orang lain boleh buat apa saja?

No comments: