Sheikh Mahmud juga dilaporkan telah mengundang Naib Presiden Indonesia, Drs. Muhamad Yusuf Kala dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Bohkin Bhalakula ke suatu persidangan ulama antarabangsa.
Pak Lah dan Anwar telah dilaporkan solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari semeja bersama tuan sheikh.
Mungkin Sheikh Mahmud telah mendapat ilham yang ingin disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Muslim di Nusantara kita yang telah bergelora sejak kebelakangan ini. Kita berdoa semoga para pemimpin kita berdamai dan membangun ummah semula. Inilah yang didoakan dan dinantikan oleh rakyat biasa agar para pemimpin membangun ummah dan bukan membinasakan ummah atas sebab dorongan nafsu peribadi. Amin.
3 comments:
Jika agenda penyatuan umat Islam yang dibicarakan..Insya Allah ada jalan menuju kebaikan..
perlunya kekuatan Islam di Nusantara sepertimana pada kegemilangan perkembangan syiar Islam di Jambi, Sumatera, Acheh, Melaka, Kedah, Pasai, Makasar, Terengganu dsbnya...
India dan China telah bangkit, InsyaAllah Nusantara akan juga bangkit.
5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
(Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)
Booklet berkenaan bertajuk:
Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
(Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
Cetakan Pertama - 2000
Cetakan Ketujuh - 2006
Aurad Ismailiah
(Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)
Latar belakang
1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.
Ciri- Ciri Kesalahan
1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.
Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
Wallahualam
"Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]
Post a Comment