Saya ingin mengucapkan selamat bersidang kepada perwakilan UMNO mulai hari ini semoga mereka kembali ke pangkal jalan. UMNO harus kembali memperjuangkan bangsa Melayu dengan segala warisan budayanya masih kukuh di akar umbi. Berjuang dengan ikhlas bukan kerana projek, kroni dan kawan. Budaya korporat dan wang harus dinyahkan kerana maruah bangsa begitu mudah dijual-beli dan dipertaruhkan. Jangan jadi parti tauke seperti kiasu. Saya berdoa semoga Allah SWT bersama para perwakilan.
No comments:
Post a Comment