Beberapa blog telah melaporkan bahawa Pak Lah dan Anwar Ibrahim telah berada dalam suatu majlis mauludirasul di Madarasah Nur Iman, Hulu Langat, Selangor, dekat dengan Kuala Lumpur. Madarasah yang dipimpin oleh Sheikh Mahmud Majzub telah menjemput Pak Lah untuk hadir pada 11 Mac tetapi telah hadir di majlis Anwar pada 10 Mac. Sheikh Mahmud juga dilaporkan telah mengundang Naib Presiden Indonesia, Drs. Muhamad Yusuf Kala dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Bohkin Bhalakula ke suatu persidangan ulama antarabangsa. Pak Lah dan Anwar telah dilaporkan solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari semeja bersama tuan sheikh. Mungkin Sheikh Mahmud telah mendapat ilham yang ingin disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Muslim di Nusantara kita yang telah bergelora sejak kebelakangan ini. Kita berdoa semoga para pemimpin kita berdamai dan membangun ummah semula. Inilah yang didoakan dan dinantikan oleh rakyat biasa agar para pemimpin membangun ummah dan bukan membinasakan ummah atas sebab do...
Comments
Terima kasih. Untuk maklumat lanjut sila layari laman www.ieas.unimas.my
Wassalam.