Wednesday, June 24, 2009

KERAJAAN PERPADUAN PAS dan UMNO: Gagal Lagi

YB Datuk Hadi semalam berkata bersama Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO tidak jadi.

Sekejap ada, sekejap tak ada
Seperti buih di lautan
Seperti lalang di hutan

Semoga Allah SWT memelihara kita semua.

Monday, June 22, 2009

TOK GURU SETUJU, KIT SIANG BERANG

Awal malam tadi Tok Guru PAS bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan seperti yang dilaporkan oleh Bernama dan Utusan Malaysia.

Tok Guru menyatakan bahawa DAP dan Parti Keadilan marah dengan PAS. Perkara ini benar kerana Kit Siang, Tok Guru DAP, menyifatkan keadaan PKR seperti satu krisis seperti dilaporkan oleh Malaysiakini pagi ini.

Nampaknya semua pihak bergantung kepada PAS sekarang dan ini peluang PAS menjadi tunjang politik Malaysia. UMNO juga harus bijak memberi isyarat yang betul.

Utusan Malaysia juga harus pandai membuat berita mengenai PAS yang seirama dengan keadaan semasa.

Saturday, June 20, 2009

Tan Sri Muhyidin? Nak Kerajaan Perpaduan atau Nak Cipta Sejarah

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tan Sri Muhydin,yang berkempen di Manek Urai menyeru supaya pengundi mencipta sejarah dengan memenangkan calon UMNO dan menewaskan PAS.

Ini adalah nasihat yang kurang bijak dan bercanggah dengan pendirian beliau menyokong Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO. Adalah lebih bijak dalam pilihan raya kecil ini UMNO jangan hentam PAS. Berkempen secara sederhana saja kerana PAS pasti menang.

UMNO perlu memberi isyarat kepada PAS dalam pilihan raya kecil ini dalam semangat ukhuwah untuk mengerakkan gagasan Kerajaan Perpaduan. Jika UMNO kurang berhati-hati sebilangan besar orang Islam dan Melayu akan memihak kepada PAS biar dominan dalam PK pada PU akan datang.

Thursday, June 18, 2009

TOKOH MAAL HIJRAH 2008 SOKONG KERAJAAN PERPADUAN

‘Perpecahan Melayu teruk’

PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.

Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.

‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Petikan dari Utusan Malaysia, 18 Jun 2008

Wednesday, June 17, 2009

Kerajaan Perpaduan PAS dan UMNO: TAHNIAH PAS!!!

Permainan politik PAS dengan isu Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO, mengantikan UMNO-Barisan, adalah strategi yang bijak. Parti anti-Islam dan anti-Melayu kini gelisah. Lee Kuan Yew juga gelisah seperti yang disindir oleh Chedet.com.

Dalam pilihan raya kecil di Kelantan yang sedang giat berkempen, UMNO perlu bijak, janganlah hentam PAS. Main wayang kulit saja mencukupi dan berikan PAS menang.

Rasanya sebilangan besar rakyat Melayu berasa lega dan gembira dengan gagasan Kerajaan PAS-UMNO. Selama 4-5 tahun kebelakangan ini Islam agama orang Melayu, raja Melayu, pemimpin Melayu, tentera Melayu, PTD Melayu, polis Melayu, sekolah Melayu, kakitangan Melayu telah diserang, dihina dan dicabar. Cabaran itu datang bertalu-talu. Kita berasa terhina apabila penduduk minoriti India menubuhkan Hindraf dan mencabar dan mengugut kita dengan demonstrasi besar dan memorandum yang dangkal.

Marilah kita berdoa dan adakan solat hajat memohon Allah SWT, yang dihina oleh Kristian dan Hindu, agar Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO ini dimakbulkan Allah SWT. Amin.

Thursday, June 11, 2009

Kerajaan Perpaduan PAS dan UMNO: Islam- Melayu SeMalaysia


Walaupun gagasan membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO mulanya ditimbulkan lebih setahun yang lalu, namum cadangan itu masih menjadi tajuk hangat hingga saat ini.  Yang mengembirakan umat Islam-Melayu ialah pendirian Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi, yang kekal sekali lagi memimpin PAS, yang mengatakan cadangan itu masih terbuka luas dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS pada Ahad yang lalu.

Apa bila Abdul Hadi memperkatakan gagasan ini dalam ucapan yang tunjang dan genting maka maknanya sangat besar.  Kemenangan Nashrudin, yang teruk kena kritik kerana telah bertemu dengan pihak UMNO, telah memberi isyarat bahawa majoriti ahli PAS berkehendak Kerajaan Perpaduan ummah.  Sewajarnya juga Abdul Hadi menerima isyarat dari para perwakilan.

Ucapan Abdul Hadi mendebarkan DAP kerana jika Kerajaan Perpaduan Ummah menjadi kenyataan maka sebuah lagi negeri akan dipegang oleh Melayu, iaitu Pulau Pinang.  UMNO dan PAS boleh bentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dan nyahkan anak Eng Guan.  Berikan saja jawatan MB kepada PAS.  Eng Guan, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, bergegas jumpa ayahnya, Kit Siang cuba mendesak PAS.

PAS sekarang bukan sekadar king maker tetapi boleh menjadi king.