Thursday, April 23, 2009

LIBERALISASI NAJIB: MEMLUMPUHKAN DEB KITA

Berita yang disiarkan oleh akhbar hari ini tentang 27 bidang yang gugurkan dari senarai Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti membunuh dasar itu.  Sekaligus juga mungkin melanggar Perlembagaan, Fasal 153 tentang keistimewaan rakyat Melayu.  Sepatutnya pejuang Melayu gempar.  Atau hanya mengelengkan kepala saja dalam kekecewaan dan tergamam.  

Yang melenting ialah Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam Malaysia.  Beiau menentang liberalisasi terhadap periuk nasi para peguam jika peguam luar negara di benarkan menubuhkan firma guaman mereka di negara ini.  BERNAMA telah melaporkan tentangan beliau dan disiarkan di internet pada malam ini dan tidak ada berita dari orang Melayu.

Utusan Malaysia membawa berita ini tetapi seperti menyiarkan berita biasa saja.

Pemimpin dan pejuang Melayu walaupun tidak melenting perlu berfikir jauh dan bersuara sekarang.  Jangan seperti isu Bahasa Melayu baru sekarang mengambil bersuara dan mengambil tindakan undang-undang.

Rakyat Melayu hanya minta 30% saja pun orang China dan India marah.  Lepas itu ada niat kita hendak membuka peluang mereka masuk perkhidmatan awam pula.  Nampaknya apa saja mereka kehendaki dituruti.  Dalam keadaan begini orang Melayu yang dahulunya setia kini mungkin dalam kekecewaan akan marah dan memangkah pihak lawan.

Wallahu'alam

Monday, April 06, 2009

Tahniah Buat Datuk Seri Najib Tun Razak; Perdana Menteri Malaysia Ke-6

1 MALAYSIA


Mereka mahu Pak Lah mengundur diri.
3 April menjadi bukti
apabila Yang Dipertuan Agung melantik Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai pengganti. Apakah mereka akan berhenti?

Kita perhatikan Najib dengan konsep 1 Malaysia. 
Adakah beliau akan mendaulatkan
1 bahasa, Bahasa Melayu; 
1 kebudayaan, berteraskan kebudayaan Melayu; 
1 persekolahan, sekolah kebangsaan; 
1 agama, 1 Allah; 
1 Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Melayu; 
1 kebangsaan, kebangsaan Malaysia 
dan sekian lagi 1
bersatu demi Melayu.