Utusan Malaysia Online - Berita Utama BN tawan semula Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) terdiri daripada Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Dr, Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon meraikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam. HULU SELANGOR 25 April – Barisan Nasional (BN) memberikan isyarat awal kebangkitan semula parti itu di Selangor apabila menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru, di sini. Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar kelu...
A Malay Cyber University, an online university since 16 Mac 2007. "MELAYU TAK AKAN HILANG DI DUNIA!!!", Hang Tuah, Sejarah Melayu. Memberikan ilmu untuk membela agama, bangsa dan tanahair demi kelangsungan tamadun Melayu. Sebuah universiti di Nusantara untuk Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapore, Thailand, Philippines, Sri Lanka,Madagascar. Juga Universitas Nusantara.