Thursday, June 11, 2009

Kerajaan Perpaduan PAS dan UMNO: Islam- Melayu SeMalaysia


Walaupun gagasan membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO mulanya ditimbulkan lebih setahun yang lalu, namum cadangan itu masih menjadi tajuk hangat hingga saat ini.  Yang mengembirakan umat Islam-Melayu ialah pendirian Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi, yang kekal sekali lagi memimpin PAS, yang mengatakan cadangan itu masih terbuka luas dalam ucapan penangguhan Muktamar PAS pada Ahad yang lalu.

Apa bila Abdul Hadi memperkatakan gagasan ini dalam ucapan yang tunjang dan genting maka maknanya sangat besar.  Kemenangan Nashrudin, yang teruk kena kritik kerana telah bertemu dengan pihak UMNO, telah memberi isyarat bahawa majoriti ahli PAS berkehendak Kerajaan Perpaduan ummah.  Sewajarnya juga Abdul Hadi menerima isyarat dari para perwakilan.

Ucapan Abdul Hadi mendebarkan DAP kerana jika Kerajaan Perpaduan Ummah menjadi kenyataan maka sebuah lagi negeri akan dipegang oleh Melayu, iaitu Pulau Pinang.  UMNO dan PAS boleh bentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dan nyahkan anak Eng Guan.  Berikan saja jawatan MB kepada PAS.  Eng Guan, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, bergegas jumpa ayahnya, Kit Siang cuba mendesak PAS.

PAS sekarang bukan sekadar king maker tetapi boleh menjadi king.

No comments: