Ketuanan bangsa Melayu di Malaysia mempunyai banyak musuh di dalam dan luar negara. Orang India, kaum immigran dari India yang dibawa oleh kolonial British dan hanya sekadar kurang lebih 10% dari penduduk, telah menubuhkan Hindraf untuk mencabar kita. Orang China dalam DAP sejak dulu lagi dan kini disertai oleh MCA dan Gerakan, telah membuat tuntutan yang tidak munasabah. Mereka kemudian telah mengkudai Parti Keadilan pimpinan Melayu. Semua ini menjadikan ketuanan Melayu, Raja dan orang Melayu under sieged. Ada juga orang Melayu sendiri yang mengutuk bangsa dan agamanya sendiri dalam Malaysiakini. Kadangkala pemimpin UMNO pun tidak boleh dipakai juga. Masalahnya ada orang Melayu yang taksub dengan wang dan ada pula yang taksub dengan tokoh; kurang menggunakan kebijaksanaan.
Kini isu penggunaan istilah Allah oleh orang Kristian di dalam penerbitan dan dakwah mereka. Mereka sedang menyaman Kerajaan dan semalam Kerajaan setuju dengan mereka tetapi hari ini Kerajaan telah menarik balik keputusan awal itu.
Alasan Kristian menggunakan istilah Allah ialah kerana orang Kristian di Timur Tengah menggunakannya. Alasan ini tidak munasabah. Orang Kristian Malaysia menterjemahkan Injil mereka dari Bahasa Inggeris yang menggunakan istillah God saja; iaitu bermaksud Tuhan saja dan buka Allah. Di samping itu juga orang Kristian harus merujuk kepada kitab asal mereka iaitu Torah atau Injil Lama ataupun dari orang Yahudi. Orang Yahudi menggunakan istilah Yaweh. Orang Kristian harus mengikut asal tuhan mereka dari Torah dan Injil Lama.
Orang Arab Kristian di Timur Tengah memakai dalam percakapan mereka kerana terpengaruh oleh orang Arab Muslim yang merupakan majoriti yang sangat besar yang mempengaruhi cara hidup mereka.
3 comments:
worenesSaudara yang di kasihi Tuhan
Saya percaya bahawa saudara sendiri pun tidak tahu dari mana perkataan Allah itu datang. Bagi saudara, Allah itu adalah nama khas yang merujuk kepada nama tuhan yang disembah oleh orang Islam. Sebenarnya, Allah datangnya dari dua perkataan Arab; iaitu al yang bermaksud THE (dalam bahasa Inggeris) atau YNAG dalam bahasa Melayu. Ilah bermaksud yang tertinggi. Sebelum kedatangan Islam, orang-oarang di Mekah memang sudah meyembah Allah. Ia merupakan salah satu dari lebih 360 dewa yang disembah oleh mereka pada masa itu. Itu lah sebebnya nama bapa Muhammad adalah Abdullah, yang bermaksud hamba Allah. Bapa Muhammad meninggal sebelum Muhammad dilahirkan. Ini bermakna, dia bukan Islam. Kalau dia bukan Islam, mengapa dia menggunakan nama hamba Allah? Apabila ditanya oleh sahabatnya, mana dewa yang harus disembah oleh orang Islam, maka Muhammad mengatakan Allah (dewa yang tertinggi). Maka patung-patung dewa yang lain pun di musnahkan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara supaya orang kristian menggunakan nama YWH. Memang itulah nama Tuhan apabila dia menampakkan diri kepada Abraham, Isaac, Jacob dan Moses. Saya percaya sudah tiba masanya orang-orang Kristian menyembah Tuhan yang sebenarnya. Tuhan berfirman, bahawa namaNya adalah kudus; ianya tidak boleh dipermainkan, dan tidak juga boleh disekutukan dengan nama yang tidak Kudus. Orang-orang Kristian seharusnya sedar bahawa selama ini mereka telah menyembah tuhan yang salah. Telahpun dinabuatkan bahawa satu hari nanti orang-orang kristian akan mengenal Tuhan mereka melalui orang yang tidak percaya. Saya percaya nabuat itu telah menjadi nyata apabila orang Islam tidak membenarkan nama Allah digunakan oleh orang kristian. Tetapi saya tidak akan menghalang kalau saudara ingin menggunakan nama YWH kerana selama inipun orang-orang Islam menggunakan nama orang-orang Yahudi yang paling mereka benci seperti, Musa, Yakub, Ishak, Marian, Harun, Daud, Sulaiman dsb. Orang Islam juga menggunakan istilah Ilahi, iaitu sebutan orang Aramic (bahasa yang digunakan oleh Yesus) apabila meruju kepada Tuhan. Semuga Tuhan memberkati saudara. Jangan berhenti mencari kebenaran. Amin
betul ke semua tu
malaysia seo
memang betul
malaysia seo
Post a Comment