Monday, March 31, 2008

CHINA DAN INDIA TELAH BANGUN: BILA GILIRAN GERGASI MELAYU?

Pada masa 10 tahun lalu China dan India diibaratkan gergasi ekonomi dunia yang baru telahpun bangun setalah ratusan tahun tidur-tidur ayam. Dikatakan gergasi kerana saiz penduduk dan wilayahnya yang terbesar di dunia, sebillion sebuah negara. Persoalannya sekarang bila pula gergasi Melayu akan bangun?

Yang telah lama dikenali sebagai dunia Melayu ialah kini negara Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan Filipina. Wilayah yang luas dan mempunyai penduduk kurang lebih 200 million orang dengan sumber asli yang sangat kaya. Sejarah memaparkan bahawa tempias dari kebangkitan gergasi India dan China pernah juga membangunkan gergasi Melayu.

No comments: