Friday, March 07, 2008

PILIHAN RAYA MALAYSIA 2008: Apa dah jadi dengan Anwar Ibrahim

Warga negara Malaysia akan turun mengundi esok, 8 Mac 2008. Kempen akan berakhir tengah malam ini. US pun sedang demam pilihan raya juga, masih terus berkempen intra-parti sejak dua tahun lalu. Biasanya pilihan raya biasa saja hanya menarik tokoh-tokoh yang terlibat dan sesuatu yang berlainan saja yang menarik untuk dikomen.

Pilihan raya di US menarik perhatian kerana isu Pertama, iaitu sama ada Hillary Clinton akan jadi wanita pertama menjadi Presiden atau Barack Hussein Obama menjadi anak Bangsa Afrika-Hitam pertama menjadi Presiden US. Ekoran daripada itu muncullah isu perkauman dan gender; faktor agama dan neo-cons. Jadi sebagus-bagus US masih ada perasaan perkauman.

Pilihan raya Malaysia pula yang menarik ialah kemunculan Anwar Ibrahim, seorang tokoh besar negara ini. Malang sekali baginya ramai sahabat berpaling tadah dalam pemilihan kali ini. Berita aliran perdana menyiarkan seolah-olah beliau tiada pendirian tertentu untuk masyarakat pelbagai kaum. Beliau kini seperti Onn Jaafar, pendiri UMNO yang kemudian tersingkir kerana mahu membela semua kaum. Anwar patut belajar dari kesilapan Onn Jaafar atau belajar daripada Dr. Mahathir, keluar dan masuk kembali dan menjadi unggul. Begitu juga Pak Lah dan rakan Semangat 46. Saya merasa tersinggung apabila membaca bahawa Anwar Ibrahim mahu menghapuskan DEB dan ketuanan Melayu sementara mendorong Hindraf.

Selamat mengundi.

No comments: