Apa yang telah diputuskan oleh pengundi pada pilihan raya 2008 adalah diluar jangkaan semua pihak, termasuk parti pembangkang. Barisan Alternatif dapat durian runtuh manakala Barisan Nasional ditimpa malapetaka. Lima buah negeri di Semananjung jatuh ke tangan pembangkang; DAP akhirnya dapat Pulau Pinang yang memang strateginya, PKR di Selangor yang kaya, PAS di Kedah dan Kelantan dan yang tidak diduga sama sekali Perak.
Apa sebab-sebabnya? Mungkin salah masa kerana ketika ini Pak Lah menghadapi banyak masalah kritikal. Isu Hindraf belum lagi reda. Isu para hakim dikuasai Lingam. Isu Soo Lek. Isu harga barang naik. Jika tunggu lama sedikit Anwar Ibrahim pula akan boleh bertanding pada bulan April ini.
Jadi terperangkap agaknya. Pak Lah baru kurang lebih 3 tahun saja. Kesan kepimpinannya sudah tentu belum dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat. Koridor baru saja dilancar, baru di atas kertas belum dilaksana dan belum ada kesan kejayaan. Jangan jadi koridor superkoridor di Cyberjaya yang hampir terkubur. Lepas itu pemilihan UMNO ditangguh pula dan akan diadakan selepas prestasi pilihan raya yang buruk.
Bagaimanapun pembangkang yang akan memerintah 5 buah negeri dijangka akan lemah dan kurang upaya. Ini disebabkan Barisan Nasional masih kuat juga. Di P. Pinang UMNO masih ada 20 kerusi sebagai contohnya. Di Selangor dan Perak tidak jauh berbeza. Rakyat akan lihat kemampuan mereka.
Tapi yang sedihnya ketuanan Melayu telah digugat oleh Melayu sendiri. Kesatuan Melayu telah dipecahkan oleh Melayu sendiri; seperti dulu British pecah-perintah kita. Ini politik jadi seperti dulu UMNO boleh berunding dengan PAS di P. Pulau Pinang contohnya dan di negeri lain demi alif baa taa kita.
No comments:
Post a Comment