Beberapa Faktor dan Kemungkinan A Rebellion
Keputusan Pilihan Raya 12 dua minggu lalu masih menimbulkan kegelisahan di seluruh negara. Perbahasan dan analisa kenapa BN di bawah pimpinan Pak Lah kalah parah masih tiada hujungnya. Minggu lepas saya berpeluang ke Kuala Lumpur dan di sini mungkin di nadi negara kita ini ada jawaban kepada kekalahan Pak Lah. Saya berpeluang mendengar bebelan pemandu limosin yang disewa dan mengikut ceritanya beliau pernah disewa oleh beberapa orang pemimpin besar negara termasuk Dr. Mahathir dan Pak Lah pada suatu ketika dulu. Beliau kemudian menghantar saya ke suatu mesyuarat yang dianggotai oleh golongan besar negara menerajui agensi dan jabatan di peringkat pusat dan ada yang telah dianugerahi bintang tertinggi negara ini. Dari perbualan dan celoteh dengan dua golongan ini mungkin Pak Lah kalah kerana beberapa faktor.
Faktor pertama ialah gaya kepimpinan Pak Lah sendiri. Beliau dilihat terbuka tetapi lemah atau lemah sehingga terbuka. Beliau tidak tegas dalam menangani isu-isu besar. Gaya Tunku ada pada beliau iaitu sikap tak apa Tunku dan sikap Pak Lah pi lah. Contohnya pemimpin Hindu dalam Hindraf sepatut ditangkap dengan ISA lebih awal lagi; kerana akhirnya ditangkap juga. Di samping itu dikatakan Pak Lah mendengar nasihat dari keluarga dan rakan keluarga daripada pemimpin UMNO. Seorang bekas pemimpin besar yang digemburkan sebagai penasihat tidak dipakai.
Faktor kedua ialah masalah peninggalan Dr. Mahathir. Kisah video Lingam, peranan orang India lagi. Ini masalah zaman sebelum Pak Lah. Pak Lah buka kes ini mungkin hendak kenakan Dr.Mahathir tetapi Pak Lah gagal menjelaskan bahawa itu adalah isu sangat besar PM yang lalu.
Faktor keempat ialah masalah-masalah parti BN. UMNO pentingkan bisnis dari rakyat dan politik. MIC, MCA dan Gerakan banyak masalah kepimpinan dan perebutan kuasa.
Faktor kelima mungkin masa yang tidak sesuai kerana elemen masalah antarabangsa bergabung dengan masalah dalam negara. Koridor baru cakap saja belum dilaksana walaupun dihebahkan berbillion ringgit. Masalah harga barang spt minyak dan bahan harian naik ekoran pengaruh antarabangsa gagal dijelaskan kepada rakyat. Mungkin takut masalah ekonomi USA akan melanda dunia.
Faktor keenam mungkin juga Anwar Ibrahim yang beliau sendiri lepaskan. Apakah perkiraan beliau. Jika tunggu lama Anwar Ibrahim boleh bertanding mulai bulan April. Patutnya Anwar Ibrahim terhutang budi dengan Pak Lah atau Khairy dan bergabung menentang Dr. Mahathir. Tapi nampaknya alliance di antara mereka tidak pernah terlihat. Sebaliknya Pak Lah kena serang oleh kedua-duanya. Silap percaturan agaknya.
Bagaimanapun harus juga diingat pada tahun 2004 BA hampir menang di banyak tempat hanya memerlukan sedikit saja swing votes.
Dalam UMNO Pak Lah telah tangguhkan AGM tahun lepas mungkin dengan harapan Pilihan Raya 2008 ini akan memudahkan beliau berkuasa dalam UMNO. Tapi nampaknya sekarang perkiraan itu makan diri sendiri kerana menang yang sangat tipis dan kalah di 5 buah negeri. Istana juga nampaknya telah memainkan peranan sehingga tidak mengakui surat perlalntikan sebagai MB oleh Pak Lah di Perlis yang kini selesai tapi pilihan beliau kecewa dan hari ini pula Istana Trengganu memilih orang lain sebagai MB.
Malang sekali Pak Lah, sudahlah menang tipis dan kini sedang menghadapi a rebellion dalam parti sendiri dan YB BN dari Sabah dan Sarawak. Wallahu alam
1 comment:
kalah sebab pak lah yg lemah.
Post a Comment