Wednesday, March 26, 2008

Masyarakat Melayu Sarawak: Setia Tetapi Miskin Tanah

Ulasan Buku Masyarakat Pesisir Sarawak Barat-Daya. Kursi Nusantara, Institut Pengajian Asia Timur, Universiti Malaysia Sarawak telah menerbitkan sebuah buku pada tahun 2006 yang sangat menarik hasil kajian lapangan yang cuba membandingkan hasil kajian Tom Harrisson pada tahun 1953. Kumpulan penyelidik ini diketuai oleh Prof. Abdul Halim Ali, pemegang Kursi Nusantara. Hasil dari kajian lapangan dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Po mereka telah menyumbang kepada kandungan buku ini. Pengantar telah dilakukan oleh Prof. Datu Dr. Abdul Rashid Abdullah, Naib Canselor.

Bab 1 Negara, Pasar dan Modernisasi oleh Abdul Halim Ali; Bab 2 Masalah Mengkonseptualisasi Komuniti Pesisir oleh Abdul Halim Ali; Bab 3 Profil Komuniti Melayu Pesisir Sarawak Barat-Daya oleh Zamri Hj. Hassan dan Mohd Azman Serail; Bab 4 Pola Pekerjaan dan Sara Hidup Masyarakat Melayu Sarawak oleh Mohamad Suhaidi Salleh; Bab 5 Etnikisme dan Pembangunanisme: Budaya Politik Melayu Sarawak oleh Mohd. Faisal Syam Abdul Hazis; Bab 6 Brambeh di Kampung Telok Melano: Mangkin Pembangunan Masyarakat Melayu Pesisir Sarawak oleh Ahmad Nizar Yaakub.

Bab 7 Gotong Royong dan Hubungan Sosial: Satu Kajian Identiti Masyarakat Melayu Pesisir oleh Zamri Hj Hassan; Bab 8 Pertanahan Warga Pesisir: Terumbang-ambing Di antara Laut dan Pantai oleh Awang Mashabi Awang Mohamad; Bab 9 "Di mana Bumi Dipijak Yang Semangkin Mengecil: Transformasi Pertanahan Warga Perbandaran di Kuching" oleh Awang Mashabi Awang Mohamad; Bab 10 Pengalaman Kerja Warga Pesisir oleh Abdul Halim Ali; Bab 11 Pengelaman Pekerja Desa di Kilang Moden di Tengah-Tengah Perkampungan Nelayan Melayu Sarawak oleh Awang Mashabi Awang Mohamad; Bab 12 Dari Tanjung Datu Hingga Tanjung Po: Perubahan dan Kontinuiti oleh Abdul Halim Ali dan Abdul Rashid Abdullah.

Kehadiran buku mengenai masyarakat Melayu Sarawak ini telah dinantikan selama lebih dari 40 tahun, iaitu selepas kajian Tom Harrisson pada tahun 1953. Di samping itu juga buku-buku dan kajian di Sarawak banyak tertumpu kepada etnik yang eksotik seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu kerana mereka yang terlibat ialah para sarjana dari America, UK dan Australia.
Di antara dapatan yang memeranjatkan ialah kemiskinan tanah orang Melayu, tiada geran walaupun telah berkurun tinggal di situ dan kesetiaan jitu mereka terhadap parti kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Macamana caranya nak dapatkan buku ni? Harganya berapa?

Alamat saya,
Rogayah Sebli
24,Tirangi St,
Christchurch 8042,
New Zealand