Pilihan Raya yang lalu masih tidak mahu berlalu seperti 11 pilihan raya dulu. Sukar hendak dimengerti apa yang telah terjadi yang merupakan suatu tragedi bagi orang Melayu dan negeri-negeri Melayu. Ketuanan Melayu yang menjadi tonggak negara kita Malaysia tidak pernah tergugat seperti ini. UMNO yang menjadi bahtera ketuanan Melayu kini seperti tidak ada nakhodanya dan anak kapal terbiar terkapai. DAP anak angkat PAP akhirnya berjaya mencabar ketuanan Melayu itu dan mencapai impian mereka bukan saja menawan P. Pinang, negeri asal nakhoda Melayu itu, malah telah menunjuk belalangnya di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Malangnya dengan mengamuknya pengundi Melayu sendiri; kerana nyamuk kelambu di bakar serta menang sorak kampung tergadai. Hanya Melayu yang akan menjatuhkan Melayu sendiri tanpan disedari atau tidak disedari dikudai atau didalangi oleh bangsa lain seperti dalam kes pita Lingam dan cerita politik towkay. Inilah juga seperti cerita Singapura di langgar todak apabila pemimpin tidak peka terhadap nasib rakyat.
Melayu sendiri telah hilang kepercayaan kepada dirinya sendiri. Banyak Melayu yang telah menjadi kaya kerana DEB kini menikam DEB dari belakang atau seperti pengkhianat dengan menyertai teriakan penentang DEB. Sepatutnya apa yang hak kita pertahankan sedangkan mereka yang mahu menghapuskan hak itu. Lebih-lebih lagi hak itu telah termaktub dalam Perlembagaan Perkara 153, mengenai keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dalam negara kita Malaysia. Itu namanya politik dan perjuangan, mempertahankan hak kita seperti juga orang lain dalam negara lain mempertahankan hak mereka. Itulah kedaulatan dan ketuanan. Wallau alam.
No comments:
Post a Comment