Friday, November 07, 2008

Obama Malaysia: Perdana Menteri Tahun 2189

Sejurus Barack Hussein Obama memenangi pilihan raya Presiden USA, Malaysiakini telah memuatkan beberapa tulisan yang cuba mengaitkan dengan negara kita.  Premis mereka sama saja:  Obama, seorang berbangsa African-American ataupun Black yang minoriti, telah berjaya mencipta sejarah menjadi Presiden USA yang majoiritnya orang putih.  Inilah Amerika yang demokratik yang tidak mengenal kebangsaan atau racial politics.  Penulis di Malaysiakini lalu menyindir, bila lagi negara kita, Malaysia, yang ada bangsa Cina dan India?

Premis penulis ini salah.  Mereka pasti tidak ignorant (terjemahan BM yang mudah ialah seorang yang bodoh).  Pertama Obama bukan 100% African-American atau black; ayahnya Muslim Black dari Kenya dan ibunya orang putih Kristian Amerika.  Jadi dia separuh orang putih dan separuh African-American.  Kedua dia telah murtad, mungkin kerana mahu jadi orang putih, Obama masuk Kristianiti.

Jika kita tidak ignorant sebagai penulis atau wartawan, kita tidak boleh menghubungkan kemenangan Obama dengan politik kebangsaan di Malaysia.  Kerana tidak ada pemimpin Cina yang kahwin gadis Melayu dan masuk Islam pada masa ini, maka pemikiran logika penulis dan wartawan itu seperti ignorance (kebodohan?).

Di samping itu mereka juga jelas ignorant mengenai sejarah, seperti juga halnya mengenai Malaysia yang mereka anggap sebagai negara mereka sendiri.  The simple historical fact is that USA has gained its independence 232 years ago.  Negara kita Malaysia baru meredaka selama 51/45 tahun.  Jadi kita harus menunggu 181 tahun lagi apabila semua warganegaranya menerima kontrak sosial dan Perlembagaan dan mengamalkan cara hidup bangsa teras, iaitu Melayu seperti Barack Hussein Obama yang berjaya menewaskan sejarah Amerika.

Wartawan China dan India perlu menulis secara objektif dan bukan mengikut emosi.  Realiti sekarang tidak membolehkan orang China dan India menjadi Perdana Menteri.  Pemimpin China dan India yang inginkan sangat hendak jadi Perdana Menteri Malaysia mesti embrace MALAYsian culture.  Ini cakap dalam Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan pun sengaja tidak mahu dan masih ramai yang tidak tahu.  Sangat memalukan bila mendakwa dirinya orang Malaysia.  Belum lagi soal masuk Islam, seperti Obama masuk Kristianiti.  Biasanya orang akan mengatakan boleh pegi sama lu.

Obama Malaysia mungkin akan melawan sejarah pada tahun 2189.  Bukan Malaysia kini tetapi Malaysia masa depan.
 

2 comments:

happysus said...

Saya setuju dengan pendapat datu, mereka melihat kepada sesuatu yang mustahil tetapi boleh berlaku. Mereka nak lihat orang India dan Cina jadi perdana Menteri.

Singapore belum bersedia menerima Melayu jadi perdana Menteri. Timbalan pun bukan Melayu.

Mereka lupa sebelum US kita ada Tun Mahathir, beliau juga keturunan India. Campuran. Obama campuran juga.

Sanib said...

Orang Malaysia mudah menerima sesuatu dari US atau Eropah mentah-mentah tanpa menghalusi perkara tersebut terlebih dahulu. Terima kasih atas komen sdr. SS