Saturday, July 04, 2009

KERAJAAN PERPADUAN PAS dan UMNO: Rancangan Syaitan

9bdc9f0001350352ab0ce233952ee82c.jpg
Malaysiakini hari ini menyiarkan sebuah rencana mengenai Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO yang mengejek nawaitu ini sebagai rancangan syaitan, diabolical plan serta mencemuh PAS melakukan kesilapan bodoh sebagai tajuknya, PAS' gross political blunders.

Nampaknya DAP dan beberapa penulis dan ahli politik China masih susah hati dengan nawaitu PAS dan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ong Kian Ming, penulis rencana tersebut, bermula dengan mencemuh Presiden PAS dan timbalan beliau dan berhujah PAS hanya rugi apabila pemimpin dan ahlinya bertelingkah mengenai gagasan Kerajaan Perpaduan.

Beliau bertambah ghairah dengan isu tersebut dileraikan dengan sidang akhbar yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang. Bagaimanapun penulis terus membidas PAS apabila Pemuda PAS mempelawa Pemuda UMNO untuk suatu wacana ilmu.

Kenapa orang bukan Islam, China dan India, susah hati jika orang Islam dan Melayu bersatu dalam Kerajaan Perpaduan? Sebaliknya mereka suka jika orang Islam dan Melayu berpecah dan berkelahi sepanjang masa. Mereka susah hati jika orang Islam dan Melayu suka hati dalam perpaduan.

Logika hujah seterusnya ialah mereka telah berjaya memecah-belahkan kekuatan Islam dan Melayu. Taktik mereka ialah memecah kita dengan mengundi PAS supaya UMNO kurang kerusi. Akibatnya PAS jadi kurang kuat dan UMNO kurang kuat. Yang kuat DAP dan HINDRAF.

PAS sebenar bijak bermain politik dan harus diteruskan kerana dengan cara ini PAS akan menjadi pihak yang diperlukan. Bukan saja jadi king maker tetapi jadi king sekali. Pemimpin PAS boleh jadi Perdana Menteri yang akan datang. Jangan ikut telujuk DAP. UMNO jangan hentam PAS kuat sangat dan PAS juga jangan hentam habis-habisan pula.

No comments: