Wednesday, October 14, 2009

UMNO MENANG TAPI ISA KALAH DARI SEGI MORAL

Ucapan tahniah untuk UMNO tetapi bukan untuk calon, Muhamad Isa. Dari segi peribadi Muhamad Isa telah menang tetapi beliau mencemar UMNO dan BN yang sedang bekerja keras dan cemas memperbaiki nama mereka. UMNO telah mendapati beliau melakukan politik wang dan telah dihukum. Beliau begitu lama aktif dalam politik; berpuluh tahun menjadi Menteri Besar, Negeri Sembilan dan menjadi Menteri di peringkat persekutuan. Mungkin elok pilih saja anak beliau untuk mewarisi darah politik itu. Alangkah manisnya jika beliau sendiri menolak pencalonan itu dan digantikan dengan calon yang boleh menang.

Moraliti dalam politik kita sekarang tidak lagi penting. Sama halnya dengan Dr. Chua, MCA, yang jelas melakukan sesuatu maksiat keterlaluan masih juga menang. Samy Vellu, bukan saja parti beliau, MIC, kalah teruk tetapi dia sendiri pun tewas tetapi masih juga diundi sebagai pemimpin. Politik USA tidak seteruk ini. Yang turut bersalah ialah kedua-duanya, yang diundi dan pengundi.

No comments: