Thursday, April 23, 2009

LIBERALISASI NAJIB: MEMLUMPUHKAN DEB KITA

Berita yang disiarkan oleh akhbar hari ini tentang 27 bidang yang gugurkan dari senarai Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti membunuh dasar itu.  Sekaligus juga mungkin melanggar Perlembagaan, Fasal 153 tentang keistimewaan rakyat Melayu.  Sepatutnya pejuang Melayu gempar.  Atau hanya mengelengkan kepala saja dalam kekecewaan dan tergamam.  

Yang melenting ialah Ragunath Kesavan, Presiden Majlis Peguam Malaysia.  Beiau menentang liberalisasi terhadap periuk nasi para peguam jika peguam luar negara di benarkan menubuhkan firma guaman mereka di negara ini.  BERNAMA telah melaporkan tentangan beliau dan disiarkan di internet pada malam ini dan tidak ada berita dari orang Melayu.

Utusan Malaysia membawa berita ini tetapi seperti menyiarkan berita biasa saja.

Pemimpin dan pejuang Melayu walaupun tidak melenting perlu berfikir jauh dan bersuara sekarang.  Jangan seperti isu Bahasa Melayu baru sekarang mengambil bersuara dan mengambil tindakan undang-undang.

Rakyat Melayu hanya minta 30% saja pun orang China dan India marah.  Lepas itu ada niat kita hendak membuka peluang mereka masuk perkhidmatan awam pula.  Nampaknya apa saja mereka kehendaki dituruti.  Dalam keadaan begini orang Melayu yang dahulunya setia kini mungkin dalam kekecewaan akan marah dan memangkah pihak lawan.

Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

Kita jadi bahan lawak

SATU MALAYSIA GEMPAR - MAHASISWA UITM BERDEMO
PELAJAR UITM AKAN BERDEMO UNTUK HAK BUMIPUTERA

MB Selangor pernah mengajukan pandangan agar pelajar bukan Bumiputera diterima sama belajar di UITM.

Pandangan Khalid Ibrahim ini telah menimbulkan kemarahan para mahasisawa UITM.

Pelajar UITM telah berdemo untuk mempertahan hak Bumiputetra di UITM.

Kali ini pelajar UITM bersama Perkasa, Badan Bertindak Perpaduan Melayu dan Perwaris akan juga berdemo sekali lagi.

Demo kali ini untuk membantah pelupusan 30% ekuiti Bumiputetra dalam 27 subsektor perniagaan.

Tetapi mungkin demo ini tidak jadi kerana hingga ke hari ini belum ada sesiapa yang hendak sponsor T-shirt kah kah kah.
http://tukartiub.blogspot.com/

Anonymous said...

1. Ekuiti bumiputera ditarik balik dalam 27 bidang kritikal negara
2.Kuasa mahkamah syariah mengenai hal ehwal islam seperti perceraian/tuntutan diarah diambil alih kepada mahkamah sivil arahan kabinet baru-baru ini. Tidak pernah kolonial berani mengganggu gugat hak orang islam dalam hal seumpama ini dan mahkamah syariah diberikan kuasa.
3.Jawatan MCA diberikan tambahan kuota kabinet, BN negeri Sarawak tidak ada tambahan kuota menteri/timbalan walaupun BN Sarawak terbukti menjadi benteng terakhir Barisan nasional bersama BN Sabah.
4. Persepsi rakyat akar umbi ialah tumpuan kurang ditekankan kepada orang Melayu/bumiputera kerana persepsi pemerintah KL ialah orang Melayu/bumiputera sebahagiannya tidak akan berganjak menyokong BN. Pesepsi perlu diubah segera sebelum atau jika tidak PRU ke-13 akan menyaksikan sokongan orang melayu/bumiputera kepada UMNO, PBB, PRS dan SPDP merudum jatuh dan tidak dapat diselamatkan lago.
5. Pemimpin Orang Melayu/bumiputera yang hendak popular janganlah menghapus hak bumiputera untuk meraih undi.Ada banyak perkara lain yang dapat dibuat untuk menyelesaikannya.
6.Orang melayu/bumiputera cuma minta 30 peratus sahaja dan bukannya 70 peratus. 30 peratus itu pun kebanyakannya masih tak dapat dicapai.

daripada
anak bumiputera tanpa parti