Thursday, May 28, 2009

TANGKAP SAJA CHIN PENG

Sekali lagi ada warga negara ini yang mahu ketua penganas komunis, Chin Peng dibenarkan pulang.  Tahun lepas ada warga negara ini yang membelanya di mahkamah dengan tujuan yang sama.

Suara sumbang ini telah menimbulkan keresahan majoriti warga negara ini; bimbang akan bangkitnya penganas komunis yang mungkin mendapat inspirasi dari kebangkitan negara China tempat asal-usul sebahagian warga negara kita.  Mereka semakin berani.  Gambar Moa Tse Tung pada wang China terpampang di sana-sini.  Ada yang membina tugu peringatan setelah ada yang jadi kaya di negara in.  Di Sibu, Sarawak ada berita mengatakan bekas penganas komunis telah mendirikan sebuah muzium komunis kerana mereka banyak yang jadi kaya, juga dengan bantuan Kerajaan.

Kerajaan harus bertindak tegas.  Cara yang terbaik ialah tangkap saja Chin Peng dan hadapkan ke mahkamah.  Kemudian jatuhkan hukuman gantung hingga mati atas membunuh askar dan orang ramai.  Lihat saja Milosevic dan pengalaman menangkap Nazi Jerman.

Tangkap dan hukum.

No comments: