Monday, March 29, 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Pesta buku catat sejarah


Najib Tun Razak bersama Mohd. Khair Ngadiron (kanan) dan Raslin Abu Bakar membaca buku tulisannya bertajuk Menakhoda Zaman pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Mac - Hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 menyaksikan dua sejarah penting terpahat dalam industri perbukuan negara.

Kedua-dua catatan sejarah itu dilakar oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang muncul sebagai Perdana Menteri pertama mengunjungi PBAKL selepas 29 tahun penganjurannya.

Beliau juga muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang terlibat dalam majlis bacaan buku di negara ini.

Majlis bacaan buku itu berlangsung dalam suasana santai dan menarik perhatian lebih 100 pengunjung yang bersesak-sesak di gerai penganjur majlis iaitu Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Lebih menarik, buku yang dibaca pada majlis itu ialah hasil karya Perdana Menteri sendiri iaituMenakhoda Zaman.


No comments: