Thursday, May 29, 2008

SUMPAH SULTAN ALI: DULU SINGAPURA, SEKARANG BATU PUTIH, AKAN DATANG WPI?

Melayu putih mata lagi apabila IJC memutuskan bahawa Pulau Batu Putih diberikan kepada Singapura.  Kita tidak begitu teliti dalam menjalankan tugas.  Kita lihat orang China bila berurusan dengan British mengenai Hongkong hanya dipajakan selama 100 tahun begitu juga Portugis dengan Macau.
Kes Kesultanan Brunei dan Riau-Lingga-Johor bila berurusan dengan British telah menyatakan selagi ada bulan dan bintang.  Maksudnya selama-lamanya.  Begitulah kita kehilangan Singapura kepada British apabila Sultan Ali dan Raffles membuat kontrak.  Kenapa British kejam sangat?

Seorang blogger berbangsa Cina mengatakan bahawa British telah memulangkan Singapura seperti juga halnya dengan Hongkong dan Macau.  Betulkah dan bila?  Kata beliau apabila Singapura masuk Malaysia pada tahun 1963.  Tersentak saya dibuatnya.  Ya, memang betul, itulah peluang keemasan mengambil balik Singapura ketika dalam Malaysia.  Tetapi Lee Kuan Yew nampaknya lebih handal apabila bermain politik Malaysian Malaysia sehingga Tunku terpaksa, dengan sebak di dada, air mata berlinang, melepaskan semula Singapura pada tahun 1965.

Dengan itu dalam sejarah duka ini Singapura yang terlepas kini selamanya kini dapat pulau sebuah pulau lagi.  Dalam akhbar beberapa hari ini beberapa tokoh melahirkan kebimbangan dengan Wilayah Pembangunan Iskandar yang terbuka untuk sesiapa saja.  Harapan kita jangan pisang berbuah tiga kali lagi.  Wallau alam.

No comments: