BUKIT MERTAJAM 16 Ogos - Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).
BN yang diwakili calonnya, Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, akan menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61 dan Presiden AKIM, Hanafi Mamat, 51.
Pada awalnya, pilihan raya kecil itu seakan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman turut menyerahkan borang pencalonan atas tiket Bebas.
Bagaimanapun Dr. Mansor secara mengejut menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman calon dibuat menyebabkannya kehilangan wang deposit RM10,000. Ini kerana tindakannya itu dilakukan selepas pukul 10 pagi, tempoh penyerahan borang pencalonan tamat. (Petikan Utusan Malaysia Online,17 Ogos 2008)
Ini kisah Melayu lawan Melayu. Muslim lawan Muslim. Seperti epik Hang Tuan lawan Hang Jebat di mana Jebat akhirnya kalah dan mati; Tuah menang tetapi menyesal sampai mati.
Alangkah bahagianya orang Melayu melihat senyum gembira 3 orang calon seperti gambar di atas. Mesra dan bersatu demi agama, bangsa dan tanah air.
No comments:
Post a Comment