Wednesday, August 20, 2008

Permatang Pauh: Antara Simpati dan Materialisme

Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan ditentukan oleh strategi Barisan Nasional dan KeAdilan. Dari laporan akhbar-akhbar sejak seminggu lalu calon KeAdilan, Anwar Ibrahim menggunakan strategi meminta simpati pengundi.  Beliau mahu menyentuh emosi dan emosi mudah dipengaruhi dengan pujuk rayu.  Beliau menggambarkan dirinya tiada henti dizalimi oleh pihak Kerajaan yang dipegang oleh UMNO dan Barisan Nasional.  Yang terakhir ialah berita Saiful bersumpah dengan Al-Quran kerana disodom dan Parlimen semalam membentang suatu akta mengenai DNA yang ada kaitan dengan kes sodomi itu.

Sepatutnya UMNO dan BN ada strategi membenteras pengaruh emosi meraih simpati ini.  Tidak perlu overkill dengan kata-kata kesat dan keras serta kutuk-mengutuk.  Lebih kuat dihentam lebih simpati para pengundi. Pemberian material dari segi pembangunan dan projek mungkin tidak memberi kesan yang kuat.  Orang beri ambil saja tapi pangkah lain.  Emosi pengundi perlu dicuit tapi bukan dengan duit.

No comments: