Saturday, September 20, 2008

16 Septembr: Anwar Ibrahim Berbohong di Bulan Ramadan

Sejak Pakatan Rakyat memenangi 5 kerajaan negeri dalam pilihan raya pada bulan Mac lalu yang mereka tidak rancang, pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah naik ghairah pula untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memenangi keseluruhan peringkat persekutuan.  Anwar melaungkan sasaran PKR untuk mengambil alih kerajaan yang sah pada 16 September 2008.  Tarikh yang bersejarah bagi pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan titik hitam dalam sejarah USA apabila para mujahid berjaya menyerang USA pada 11 September 2001.

Semenjak itu Anwar mengwarwarkan impiannya kepada seluruh dunia.  Beliau semakin ghairah apabila memenangi pilihan raya kecil di kampungnya sendiri, Permatang Pauh. Hanya PKR dan mereka yang taksub kepada beliau sejak dahulukala mempercayainya.  Untuk menyakini mereka, beliau menjadikan tarikh itu satu janji yang pasti.

Mereka yang berpenglaman dan waras melihat itu hanya janji kosong dan tidak etikal.  Ahli parlimen Barisan Nasional, khususnya UMNO dan mereka dari Sarawak dan Sabah tidak mahu menjadi "ahli politik katak" yang gemar melompat sedangkan mereka sudah dilabel politikus sejak sekian lama.  Anwar tidak segan silu mengejar ahli parlimen yang pergi ke Taiwan untuk merayu pada saat akhir.  Ketua mereka, Tian, mengatakan mereka berjaya membujuk ahli parlimen.

16 September tiba dan janji Anwar sejak bulan Mac hanya tinggal janji.  Bila janji tidak dikotakan itu satu pembohongan pada bulan Ramadan al-Mubarak.

No comments: