Sunday, September 07, 2008

Kontroversi Ahmad dan Pendatang Cina: Tanda Mei 13

Keadaan politik tanah air semakin meruncing.  Ketua UMNO Bukit Bendera Datuk Ahmad dilaporkan telah mengatakan orang Cina adalah kaum pendatang.  Beliau telah dikecam oleh parti Cina komponen BN seperti MCA  dan Gerakan dan kompoen PKR, DAP.  Najib telah mohon maaf tetapi mereka tidak terima.  

Ahmad yang senyap telah muncul dua hari lepas dan bersama dengan AJK UMNO Bukit Bendera telah memanggil sidang media dan menegaskan beliau mempertahankan kenyataannya dalam ceramah.  Beliau menyatakan dia mendapat sokongan dari AJK dan  ramai pemimpin dan orang Melayu dari seluruh negara.

Komponen BN, MCA dan Gerakan mendesak Ahmad memohon maaf dan mengertak untuk keluar BN.  Komponen PKR yang membantah ialah DAP sementara PAS dan KeAdilan tidak memberi apa-apa reaksi.  Termasuklah penashihat KeAdilan dan ketua pembakang, Anwar Ibrahim. Tun Mahathir dalam blognya mengecam parti dan pemimpin Cina kerana mendesak Ahmad memohon maaf.

Dalam hal ini keadaan politik yang beberapa bulan ini dipenuhi oleh pertentangan BN dan PKR kini telah berubah menjadi lebih kepada perasaan perkauman.  Bila bangsa Melayu dan Islam terdesak oleh asakkan Cina dan bukan Melayu, PAS dan Keadilan berdiam diri.  Ini biasanya dibaca sebagai bersedia untuk bertindak.

Dalam sejarah orang seperti Ahmad dan rentetan desakan boleh mengubah sejarah atau kalau tidak mahu belajar dari 13 Mei 1969 boleh membenarkan peribahasa "jika kita tidak tahu sejarah maka kita akan mengulanginya".

Peristiwa kecil dan sampingan seperti ini digembar-gemburkan sedangkan peristiwa yang besar ialah pilihan raya kecil Permatang Pauh.  Dalam sejarah manusia, peristiwa kecil dan sampingan yang mencetuskan peristiwa besar dan berdarah.

Mungkin akan mulai terbentuk pelampau Melayu.

No comments: