Sunday, March 29, 2009

Kerajaan Sepatutnya Memalaysiakan Orang China dan India Sebelum Terlambat

INTERNATIONAL

The Muslim Next Door

Germany's Muslims are often cut off from society. But a new school for imams aims to change that.

Tuesday, March 24, 2009

Perhimpunan UMNO 2009: HIDUP MELAYU!!!


Saya ingin mengucapkan selamat bersidang kepada perwakilan UMNO mulai hari ini semoga mereka kembali ke pangkal jalan.  UMNO harus kembali memperjuangkan bangsa Melayu dengan segala warisan budayanya masih kukuh di akar umbi.  Berjuang dengan ikhlas bukan kerana projek, kroni dan kawan.  Budaya korporat dan wang harus dinyahkan kerana maruah bangsa begitu mudah dijual-beli dan dipertaruhkan.  Jangan jadi parti tauke seperti kiasu.  Saya berdoa semoga Allah SWT bersama para perwakilan.

Tuesday, March 10, 2009

Pak Lah jumpa Anwar: Masalah Pulau Pinang atau Melayu

Beberapa blog telah melaporkan bahawa Pak Lah dan Anwar Ibrahim telah berada dalam suatu majlis mauludirasul di Madarasah Nur Iman, Hulu Langat, Selangor, dekat dengan Kuala Lumpur.  Madarasah yang dipimpin oleh Sheikh Mahmud Majzub telah menjemput Pak Lah untuk hadir pada 11 Mac tetapi telah hadir di majlis Anwar pada 10 Mac.

Sheikh Mahmud juga dilaporkan telah mengundang Naib Presiden Indonesia, Drs. Muhamad Yusuf Kala dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Bohkin Bhalakula ke suatu persidangan ulama antarabangsa.

Pak Lah dan Anwar telah dilaporkan solat Zohor berjemaah dan makan tengah hari semeja bersama tuan sheikh.

Mungkin Sheikh Mahmud telah mendapat ilham yang ingin disampaikan kepada pemimpin-pemimpin Muslim di Nusantara kita yang telah bergelora sejak kebelakangan ini. Kita berdoa semoga para pemimpin kita berdamai dan membangun ummah semula.  Inilah yang didoakan dan dinantikan oleh rakyat biasa agar para pemimpin membangun ummah dan bukan membinasakan ummah atas sebab dorongan nafsu peribadi. Amin.

Sunday, March 01, 2009

Orang Kristian Mahu Kelirukan Orang Islam

Ketuanan bangsa Melayu di Malaysia mempunyai banyak musuh di dalam dan luar negara.  Orang India, kaum immigran dari India yang dibawa oleh kolonial British dan hanya sekadar kurang lebih 10% dari penduduk, telah menubuhkan Hindraf untuk mencabar kita.  Orang China dalam DAP sejak dulu lagi dan kini disertai oleh MCA dan Gerakan, telah membuat tuntutan yang tidak munasabah.  Mereka kemudian telah mengkudai Parti Keadilan pimpinan Melayu.  Semua ini menjadikan ketuanan Melayu, Raja dan orang Melayu under sieged.  Ada juga orang Melayu sendiri yang mengutuk bangsa dan agamanya sendiri dalam Malaysiakini. Kadangkala pemimpin UMNO pun tidak boleh dipakai juga.  Masalahnya ada orang Melayu yang taksub dengan wang dan ada pula yang taksub dengan tokoh; kurang menggunakan kebijaksanaan.

Kini isu penggunaan istilah Allah oleh orang Kristian di dalam penerbitan dan dakwah mereka.  Mereka sedang menyaman Kerajaan dan semalam Kerajaan setuju dengan mereka tetapi hari ini Kerajaan telah menarik balik keputusan awal itu.

Alasan Kristian menggunakan istilah Allah ialah kerana orang Kristian di Timur Tengah menggunakannya.  Alasan ini tidak munasabah.  Orang Kristian Malaysia menterjemahkan Injil mereka dari Bahasa Inggeris yang menggunakan istillah God saja; iaitu bermaksud Tuhan saja dan buka Allah.  Di samping itu juga orang Kristian harus merujuk kepada kitab asal mereka iaitu Torah atau Injil Lama ataupun dari orang Yahudi.  Orang Yahudi menggunakan istilah Yaweh.  Orang Kristian harus mengikut asal tuhan mereka dari Torah dan Injil Lama.

Orang Arab Kristian di Timur Tengah memakai dalam percakapan mereka kerana terpengaruh oleh  orang Arab Muslim yang merupakan majoriti yang sangat besar yang mempengaruhi cara hidup mereka.