Monday, April 26, 2010

Melayu Tidak Racist: Menangkan Calon India, MIC

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

BN tawan semula Hulu Selangor


P. Kamalanathan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) terdiri daripada Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Noh Omar, Shahrizat Abdul Jalil, Dr, Chua Soi Lek dan Dr. Koh Tsu Koon meraikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.


HULU SELANGOR 25 April – Barisan Nasional (BN) memberikan isyarat awal kebangkitan semula parti itu di Selangor apabila menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.

Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru, di sini.

Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti 198 undi. Kali terakhir BN menguasai kerusi Parlimen tersebut ialah pada tahun 2004 juga melalui Palanivel.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut yang dicapai oleh BN dalam sepuluh pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Turut meraikan kejayaan BN ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di dewan itu kira-kira pukul 9.10 malam, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin komponen BN.

1 comment:

Tahai said...

bila BN menang..undinya dibeli
bila BN menang..calonnya penuh emosi
bila BN menang...ganjaran datang silih berganti
bila BN menang..rakyat berjaya dikaburi
bila BN menang..semuanya kerana judi
bila BN menang...semua pengundinya mudah dibuli
bila BN menang..harta bakal tiada lagi
bila BN menang...semua undi jadi sangsi
bila BN menang...hilang hak demokrasi...
TAPI BILA PAKATAN MENANG
Bila PR menang...rakyat bijak bestari
Bila PR menang ..undi jadi taruhan bila mati
Bila PR menang...hak rakyat dikembali
bila PR menang..semua orang senang hati
bila PR menang...semua yang ada pasti merasai
bila PR menang..semua yang ada adil sekali...

Demikian seloka PR...kalau depa menang semua depa betui..kalau depa kalah..semua hak BN depa bantai cukup2...amboi kalau lagu tu..manusia kat dunia ini hak sokong BN masuk neraka...hak sokong PR masuk syurga...abih la lagu ni...depa buak law sendiri...depa ingat kalau kalah depa kala BN beli undi...amboi hak dalam PR tu pun banyak dah BN bagi duit (ngaji sekolah, bina syarikat, bayaq gaji) hak tu depa tak kata apa-apa pun...tapi pada penyokong PR mailah kita duduk sama-sama, abih pilihanraya kita buat keja masing2 takyah dok gaduh hulu hiliq...kita org melayu juga...bukan orang lain pun...mai no...kita makan ramai-ramai