Tarikh: Jumaat, 12 September, 2008, 1:28 AM
Jika Anwar PM: Apa perjanjian dengan penaja ?
SEKURANG-KURANGNYA dua penaja utama Anwar Ibrahim dalam membina karier politiknya di Malaysia. Kedua-dua itu adalah dari blok Amerika dan blok sekutu Amerika. Penaja utama dari Amerika adalah NED (National Endowment for Democracy), IRI(International Republican Institut), NDI (National Democracy Institute) dan Asia Foundation. Manakala blok sekutu Amerika pula terdiri daripada KAF(Konrad Adenauer Foundation), FNF (Friedrich Naumann Foundation), SPF (Sasakawa Peace Foundation) dan lain-lainlagi. Untuk memahami lebih lanjut mengenai operasi penaja-penaja itu membantu Anwar di dalam dan luar Negara.
Penaja utama dari Amerika kebanyakan dikawal oleh Yahudi. NED merupakan badan induk yang mengawal beberapa penaja lain termasuk NDI dan IRI. Ketiga-tiga badan penaja ini merupakan badan sah yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika dengan bantuan peruntukan kewangan secara khusus.
Penaja yang bertema 'memerangi terrorism' dan'menyemai demokrasi' ini, telah terbukti sebagai instrumen kerajaan Amerika 'menakluk melalui pilihanraya' dalam sesebuah negara yang menjadi targetnya.
NED dikawal oleh Yahudi Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi)dan Carl Greshman (Presiden). Kedua-dua tokoh ini merupakanYahudi beraliran Zionis atau Neo-Konservatif yang memegang prinsip "Regime Change" (Perubahan kerajaan). Salahseorang ahli neo-konservatif adalah Paul Wolfowitz.
Mereka merupakan tulang belakang "Project for the New American Century" (PNAC) yang bercita-cita menjadi Amerika sebagai kuasa Tunggal di dunia. Vin Weber, Carl Greshman dan Paul Wolfowitz merupakan kawan baik Anwar Ibrahim, sebab itu mereka telah melantik Anwar sebagai Panelist iaitu sebagai ahli jawatankuasa NED yang sering menjadi moderator dan penceramah anjuran badan itu.
Oleh kerana Anwar termasuk sebagai salah seorang ahli jawatankuasa NED, maka beliau berhak mencadangkan idea-idea bagaimana cara-cara yang berkesan untuk 'menakluk' negara luar khususnya negara Islam.
Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan neo-konservatif, PNAC, "Regime Change" serta peranan Zionis Amerika menakluki negara luar dicadangkan menonton video yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu seperti di bawah : Penaja NDI juga dikuasai oleh Yahudi iaitu Madeleine K. Albright (Pengerusi) dan Kenneth D. Wollack (Presiden).
Lebih menarik lagi Kenneth Wollack merupakan pengarah undang-undang badan pelobi Israel terkemuka di Amerika iaitu AIPAC (American Israel Public Affairs Committee)
Penaja seterusnya adalah IRI. Di belakang IRI adalah calon pengganti Presiden Bush iaitu Senator John McCain sebagai Pengerusi dan Frank J. Fahrenkopf, Jr sebagai Presiden.
Kesemua nama yang berada di belakang tabir penaja-penaja di atas adalah Yahudi beraliran Zionis. Manakala Anwar pula menerima bantuan-bantuan daripada Zionis Amerika itu untuk membantu karier politiknya di Malaysia. Jadi dalam konteksIslam, apakah hukumnya menerima bantuan dana daripada Zionis yang telah memusnahkan negara-negara Islam lain serta membunuh beribu-ribu umat Islam di dunia ?
No comments:
Post a Comment