Wednesday, October 08, 2008

Emel daripada Sahabat: Anwar, Amerika dan ...Bhg. 3

 Perjanjian Anwar dengan penaja, sekiranya jadi PM  (Bhg. 3)

 Amerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak wang, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004.  Bermula dari Hospital Munich, Jerman (2004), Paul Wolfowitz, pemikir dan Zionis Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar.

 Walaupun Wolfowitz ketika itu sibuk dengan tugasannya sebagai Timbalan Setiausaha Amerika, namun beliau sanggup membatalkan semua temujanjinya di Amerika semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar di Munich, Jerman.

 Pertemuan empat mata, hampir tiga jam itu merupakan titik permulaan karier politik Anwar di arena antarabangsa dengan naungan dan suaka politik daripada Amerika Syarikat.

 Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja itu sekiranya Anwar berjaya jadi PM, 16 September ini ?

 Secara umumnya tiga tuntutan yang telah diminta oleh penaja Amerika dan sekutunya iaitu pertama Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika; kedua Pluralisme Agama dan ketiga menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .

 Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika Dasar Berkecuali Malaysia yang diperkenalkan sebelum ini tidak begitu menguntungkan Amerika. Walaupun Malaysia menjalinkan hubungan dagang dan diplomatik dengan Amerika, namun dalam masa sama Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara musuh Amerika seperti Iran, China, Rusia dan  lain-lain, berpandukan dasar berkecuali itu.

 Apatah lagi dasar Malaysia yang diamalkan sekarang mengharamkan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Israel merupakan dalang di belakang politik Amerika. Semak senarai ini, bagaimana Israel Amerika telah menguasai hampir keseluruhan politik Amerika.

Amerika mahu Malaysia hanya tunduk kepada kuasanya danmenghentikan semua hubungan diplomtik dengan negara-negara musuhnya termasuk Iran, Rusia, China dan lain-lain. Sebab itu, Amerika begitu marah apabila Menteri Pertahanan, Najib Razak membeli kapal selam dan peralatan tentera daripada Rusia. Kemarahan Amerika itu, dicerminkan melalui serangan bertubi-tubi Anwar kepada Najib di atas isu Kapal Selam dan Altantuya yang pernah dituduh sebagai salah seorang perisik KGB.

 Keperluan kedua yang dikehendaki Amerika adalah soal hak minyak. Amerika sanggup berbelanja besar menawan Afghanistan dan Iraq semata-mata untuk menggali hasil minyak yang kemudiannya Amerika berjaya mengawal sepenuhnya harga minyak di pasaran dunia.

 Masalahnya Malaysia juga mempunyai telaga minyak, walaupun tidak tersenarai sebagai telaga minyak yang berpengaruh di dunia, namun salah satu punca pendapatan Malaysia adalah minyak.

 Apatah lagi dasar Malaysia membina PERTONAS di dalam dan luar negara, telah mencabar monopoli pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika yang menguasai SHELL dan pelbagai jenama lain. Hasil pendapatan utama PETRONAS adalah menawarkan kepakaran carigali minyak di luar negara, telah memberi pulangan besar kepada Malaysia, sekaligus menyaingi pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika.

 Sebab itu, secara konsisten, Anwar berkempen untuk menurunkan harga minyak dan sasaran utamanya adalah PETRONAS. Anwar minta supaya lebih banyak keuntungan hasil minyak PETRONAS di luar negara diberi pulangan kepada rakyat. Dengan cara itu, PETRONAS akan semakin kekurangan wang dan tidak mampu lagi menjalankan operasi di luar negara.

 Kemungkinan dalam jangka masa panjang PETRONAS akan bankrap dan Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Amerika sebagai pedagang utama minyak di dunia. Walaupun PERTONAS bangkrap, tetapi Anwar sebagai PM mampu meminjam daripada mana-mana dana Yahudi Amerika terutamanya Bank Dunia dan IMF.  Ketika itulah ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Amerika sepertimana yang terjadi ke atas Indonesia.

No comments: